Assalamualaikum wb.t. Maafkan saya kerana dah lama tak kemaskini hampir 2 minggu kalau tidak silap. Terdapat beberapa perkara yang perlu saya uruskan antaranya saya dah ada 'rumah baru'.. hehehe... Kalau dalam online ni kalau rumah maksudnya blog. Tempat meluahkan rasa.... Nama rumah baru saya ialah http://www.ainridzuan.com. Jemput-jemput lah klik.. hehe
Di sana saya akan kongsikan tips-tips kehamilan yang akan membantu bakal ibu bapa di luar sana. Namun saya takkan tinggalkan blog kesayangan intan payung saya ni.. Banyak budi, banyak kenangan! Dengan blog ini lah saya bertemu dengan pelbagai jenis orang, belajar perkara yang mematangkan diri. Pendek kata sayang ketat-ketat lah dengan blog ini.
Pembaca blog ini jangan majuk-majuk eh! (Ada ke yang skodeng blog saya ni? hehehe.. Perasan sungguh diriku ini).. Tak pe perasan sikit.. hehe.. Erm... kalau korang nak saya share tentang apa-apa just email ke kedaivitaminsemulajadi@gmail.com. Contohnya tentang penyusuan ke, kehamilan ke, kesuburan ke dan lain-lain.
Tak nak syok sendiri. Kena ada interaktif antara dua pihak gitu... barulah hubungan mesra kekal abadi. Hehehe...
See yaa!!! Muah!
owh patut la..dah beberapa kali pergi singgah blog baru tue
ReplyDeleteTerima kasih :)
Delete