YURAN TASKA NAIK SECARA MENDADAK TAHUN 2015?

Yuran taska tahun depan akan naik berganda! Tambahan pula tahun depan dengan GST Malaysia dan harga pasaran minyak turun naik. Rasa nak terbeliak mata mak bapak termasuk lah diriku. Kalau seorang dua anak boleh la tapi kalau 3-4 orang mau taknya pening kepala nak bayar yuran taska.


Taska tempat anak-anak saya mengenakan RM 350.00 seorang tak termasuk overtime. Selalunya kitaorang kena bayar dalam RM 850.00. Ada terkejut dan terkesima bila saya beritahu yuran taska tapi nak buat macam mana kadar yuran taska di kawasan Shah Alam memang macam ini. Jadi bayar je la.

Jadi bila keadaan macam ini kita hendak buat macam mana?

Program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR)


Saya ada terpandang banner di Taska anak saya tentang Program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR) di bawah program Kerajaan Selangor. Kerajaan Selangor akan memberi bantuan yuran taska maksima RM 100.00 untuk seorang anak dan akan di bayar terus ke taska anak.

Ibu bapa yang menetap di Selangor boleh la cuba hantar permohonan ini. Borang Si KEMBAR boleh di ambil di Pusat Khidmat Dun Selangor atau mana-mana taska berdaftar di Selangor. Antara kelayakkan Si KEMBAR ialah:

  • Warganegara MALAYSIA (seperti tertera di dalam MyKad)
  • Ibu atau bapa rakyat Selangor atau menetap di Selangor atau;
  • Anak yang di lahirkan di Selangor atau menetap di Selangor
  • Atau ibu bapa telah bermastautin tetap di Selangor selama 5 tahun. Anda perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Kampung/ Penghulu/ Pengerusi Kawasan Perumahan/ Senator/ ADUN/ Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
Dari segi pendapatan pula, anda layak jika pendapatan isi rumah:
  • RM 2,500.00 ke bawah yang menanggung 1 orang anak ATAU;
  • RM 3,000.00 kebawah yang menanggung 2 orang anak
  • Suami isteri berkerja
  • Menghantar anak ke nurseri/ taska
  • Terhad kepada 2 orang anak yang berusia 4 tahun ke bawah.

Rancang pebelanjaan keluarga

Berjimat cermat dalam menguruskan kewangan. Potong apa yang tidak perlu. Contohnya setiap bulan mesti isteri pergi pusat kecantikan untuk rawatan kecantikan. Apakata anda buat sendiri di rumah. Bab-bab menyental dan mengurut minta suami buatkan. Barulah mengeratkan hubungan suami isteri.. hehe..

Belajar menabung

Saya tak suruh anda menabung sehari RM 50.00 ke RM 100.00 sehari. Apakata duit syiling lebihan perbelanjaan kita seharian kita asingkan. Memang nampak sedikit tetapi lama-lama jadi bukit. Bila tabung dah penuh, masukkan ke dalam akaun yang anda takkan sentuh. Ni kena kuatkan hati sedikit. Duit ini boleh digunakan bila keadaan betul-betul mendesak seperti anak sakit atau berlaku kemalangan. Jangan sekali-kali teringat ada duit dalam akun tu.

Paling penting sekali bertenang dalam mengadapi tekanan ekonomi. Bila tak cukup duit ramai suami isteri bergaduh. Saya cukup pasti semua orang tak suka bila cukup bulan poket kosongkan? Cuba anda amalkan tips-tips yang di atas. Insyallah pasti serba sedikit akan membantu masalah kewangan anda!


Klik di sini untuk tahu: Tips bijak uruskan hutang

2 comments:

  1. salams ain, kak mieja dtg sini:)

    ReplyDelete
  2. memang menbebankan para suami isteri yang bekerja jika yuran taska dinaikkan mendadak

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in