ZAFRI ALERGI KULIT ATAU GEGATA?

Pagi tadi bangun dari tidur, muka Zafri bengkak dan merah-merah kerana alergi kulit. Zafri memang ada alergi kulit sejak dari kecil. 

alergi kulit

Risau sangat bila nengok keadaan dia meregek je. Bila malam merengek sebab gatal di muka dan belakang badan. Seingat saya semalam Zafri memang ada makan telur tetapi di dalam kuantiti sedikit. Memang kebiasaannya dia makan telur ok je dan tiada apa-apa alergi jika makan telur. Tetapi saya perasan bila Zafri makan telur Omega-3 mesti akan naik alergi. Hmmm tak tau nak cakap apa..

Lagi satu Zafri alergi pada cendawan butang. Dia akan muntah-muntah sampai lembik. Sangat menakutkan tau! Hampir-hampir masuk ward sebab hilang banyak air di dalam badan dia. Selalunya doktor akan bagi ubat untuk menuetralkan asid di dalam perut dia. Bila Zafri macam ini memang saya akan ambil cuti dua hari sebab Zafri merengek dan totally lembik.. Sedih woo bila nengok anak menangis, muntah sampai lembik.

alergi kulit ekzema

Berbalik pada keadaan alergi gegata Zafri, saya memang ada standby Herbal Blend CreaƄm kat dalam handbag. Saya sapukan Herbal Blend Cream pada kulit Zafri. Alhamdulillah kurang meregek dan merah-merah pon semakin kurang.

Untuk pengetahuan korang, alergi sangat merbahaya jika di tak dijaga. Alergi berlaku kerana sistem pertahanan badan badan kita lemah.

Semoga pengalaman saya ini akan menjadi pengajaran ibu bapa diluar sana.

2 comments:

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in