Musim cuti sekolah merupakan musim yang paling seronok bagi anak-anak. Masa ini lah masing-masing hendak menghabiskan cuti sekolah bersama keluarga. Ada yang balik ke kampung melawat atok dan nenek, ada yang pergi ke taman tema air tidak kurang juga pergi ke luar negara. Bagi ibu yang sarat mengandung perjalanan jauh merupakan dilema. Perjalanan jauh semasa hamil yang di tempuhi ibu berkemungkinan akan menjejaskan diri sendiri atau bayi kerana kepenatan.
Bagi menyelesaikan masalah ini saya ingin kongsikan tips percutian ibu-ibu mengandung yang boleh membantu anda!
- Rancang percutian anda. Sebelum pergi ke sesuatu tempat, survey terlebih dahulu kawasan tersebut dan rancang waktu perjalanan yang betul. Perlu diingatkan semasa percutian akan ada sedikit masalah seperti kelewatan pengangkutan,cuaca dan kesesakan lalu lintas. Kesemua ini adalah perkara yang dijangka jadi kita perlu merancang masa sebaik-baiknya.
- Sediakan bekalan makanan yang mencukupi untuk perjalanan itu seperti biskut, Oat, Roti, Jus Rebina, buah-buahan dan lain-lain lagi. Perut ibu mengandung akan sentiasa lapar dan menggunakan banyak tenaga untuk berjalan. Elakkan perut kosong supaya anda tidak rasa loya dan muntah.
- Bagi mereka yang menaiki kereta di galakkan supaya berhenti sekejap-sekejap di kawasan Rehat dan Rawat atau tempat yang bersesuaian untuk melegakan ketegangan urat dan mengambil udara segar. Ini bertujuan supaya darah dan oksigen berjalan lancar di salur darah. Anda boleh mencuba seperti senaman di bawah ini yang mana bersesuaian:
- Jika anda perlu menaiki kapalterbang, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan kehamilan anda terkini. Usia kandungan yang perlu mendapatkan surat kebenaran doktor menaiki kapal terbang ialah 28 minggu-34 minggu. Biasanya ibu mengandung yang mengalami masalah plasenta previa (uri kebawah) dan darah tinggi sangat tidak digalakkan daripada menaiki kapal terbang atau berjalan jauh kerana ia meningkatkan bebanan kepada kandungan.
- Pilih pakaian yang selesa yang tidak ketat. Pemilihan fabrik seperti cotton, kain kapas dan sifon sangat membantu memberikan keselesaan dan menyerap peluh. Elakkan fabrik jenis tebal dan tidak serap peluh seperti Denim, Satin, Kurdoroi dan labuci.
Selamat bercuti!
senaman tu nampak mudah dan sesuai untuk ibu mengandung
ReplyDeleteYes.. sesuai untuk ibu mengandung dan release tension..
Delete