CARA PENGENDALIAN STOK PERAHAN SUSU IBU SEMASA TRAVELLING


Sekarang ni nak dekat-dekat cuti sekolah ni mesti ramai yang nak balik kampung, bercuti bersama keluarga atau pun berpindah rumah. Stok perahan EBM (Express Breast Milk) masih banyak di dalam peti ais, takkan nak buang sayang tu. Disini saya kongsikan tips-tips pengendalian susu ibu semasa sedang travelling.

Anda perlu menyediakan:

  • Kotak polistrin/Coller Bag/ Thermos

  • Garam kasar

  • Milk liner (Autumn atau beberapa brand lagi)

  • Ais pack/ Ais

  • Tuala

  • Surat Khabar


Langkah 1:
Isikan susu ibu perahan di dalam Milik Liner bagi menjimatkan ruang, Tag tarikh dan waktu susu diperah pada milk liner tersebut.

Langkah 2:
Masukkkan susu perahan itu kedalam polistrin/coller bag secara berselang seli dengan garam dan ais/ais pack. Contoh: Letak Garam kasar, ais/ice pack terlebih dahulu, kemudian letak Stok Perahan EBM pada lapisan pertama, Ulangi langkah taburkan garam, ais/ice pack dan kemudian letak Stok Perahan EBM untuk lapisan kedua. Ulangi langkah diatas sehingga penuh.

Langkah 3:
Akhir sekali letakkan tuala basah dan surat khabar diatasnya supaya udara sejuk tidak keluar sepanjang perjalanan.

Cara ini insyallah selalunya tahan sehingga 8 jam perjalanan. Lebih banyak ais/ice pack dan garam yang digunakan lagi lama tahan sejuk. Saya telah menggunakan teknik ini semasa mambawa pulang Stok Perahan Susu Ibu ketika habis pantang dari Melaka ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah susu masih lagi dalam keadaan elok. Teknik ini juga boleh digunakan jika secara tiba-tiba blackout.

Bagi ibu yang berkursus pula yang tidak kurang dari 3-4 hari, anda tidak perlu membekukan stok perahan susu ibu tersebut dan lebih elok jika hanya mengekalkan sejuknya sahaja. Ini kerana susu yang telah dibekukan dan kemudian telah telah cair, ia perlu dihabiskan dalam masa 24 jam.


Semoga ibu-ibu semua berjaya!

1 comments:

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in