BERURUT UNTUK HAMIL


Ramai dikalangan kita yang nak hamil pasti akan pergi berurut dengan makcik-makcik di kampung. Dengan istilah rahim tinggi, rahim senget, rahim rendah  selalulunya tukang urut akan memperbetulkannya. Tetapi betulkah ada istilah tersebut? Tahukah anda dalam perubatan moden tiada istilah rawatan rahim senget dan rahim tinggi dan hanya ada rahim terbalik sahaja? Berurut untuk hamil juga tidak dapat disahkan keberkesannya. Berurut selalunya dikaitkan dengan menghilangkan tekanan, apabila badan tidak stress dan kurang tekanan ia akan menggalakkan hormone ketenangan dan membantu kehamilan.

Pada pengalaman saya sendiri, saya juga pernah berurut. Pada masa itu saya tidak tau yang saya mempunyai Rahim terbalik. Masa itu saya baru berkahwin dalam 6-7 bulan. Nak jadikan cerita saya menginap disebuah hotel. Sementara menginap di Hotel boleh lah panggil tukung urut untuk urut badan dan Rahim sekali. Saje je suka-suka. Masa urut tu makcik tu urut kat perut saya sakit sangat (tak tahu kenapa). Bila balik dari holiday, period saya lewat. Happynye… mana tau dah melekat.. hehehe.. tunggu punya tunggu nengok tak de pape… check upt pon x de pape.. ok fine saya berserah. Lewat seminggu barulah period datang…

Maka bermulalah episode urut berurut di merata tempat. Cakap je makcik mana yang pandai berurut pasti ku terjah! Hahaha.. sehinggalah suatu hari saya pergi ke Klinik Aspalela, Subang untuk bertanya dengan doktor tentang keadaan saya dan suami (Alhamdulillah suami saya sporting dalam hal ini). Beliau telah mencadangkan berjumpa pakar kesuburan iaitu Doktor Marsitah Bte Mansor di Hospital Pantai Bangsar (tak pasti dia ada lagi kat situ atau tak tapi dengar citer dia ada buka Klinik Medina di Taman Malawati). Memula sekali doktor memasukkan ‘sesuatu’ di dalam faraj untuk meninjau keadaan Rahim dan perkara pertama yang dia cakap ‘rahim awak terbalik ni’ dalam hati… Hah! Ape benda Rahim terbalik tu?..  Doktor terangkan Rahim terbalik tu Rahim yang kedudukannya terbelakang… Dan peratusan untuk hamil adalah rendah.  Tetapi kita boleh usaha, doa dan tawakkal. She’s great doctor. Dia memberitahu kenyataan yang perlu di hadapi dan apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan dan bukan hanya janji –janji manis sahaja. Maka bermulalah usaha saya secara moden. Untuk bahagian suami dia check semua ok cuma kene kurangkan merokok la.. hehee

Kesimpulannya berurut tidak mendatang apa-apa kesan pada saya.. mungkin kesan buruk kot.. hehe wallahuallam.. Untuk pasangan yang nak hamil tu saya nasihatkan periksa dulu tempat untuk berurut dulu sebelum membuat tindakan. Sebab secara logiknya, macam manalah makcik tu boleh nampak isi kandungan dalam perut kita nikan? Walaubagaimanapun terpulang padan pandangan masing-masing. Juga berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui tentang rahim yang terselindung dengan pelvis.


Pengambilan Bcomplex juga sangat membantu untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang tinggi membantu meghindarkan kecacatan pada bayi yang dikandungkan. Untuk ikhtihar yang lebih berkesan, anda boleh mencuba Set Kesuburan Shaklee yang boleh membantu untuk hamil insyallah. Dapatkan konsultansi percuma dari saya.

3 comments:

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in