Menyusukan anak sebenarnya tidak semudah yang difikirkan.
Ramai ibu yang gagal dan kecundang dan proses menyusukan anak. Terdapat banyak
rintangan yang perlu dilalui semata-mata ingin memberikan yang terbaik untuk si
comel. Macam saya di awal-awal pemilihan untuk menyusukan anak, suami saya
tidak menyokong penyusuan susu ibu. Katanya susu saya tidak berkualiti dan nampak
cair, takut anak tak cukup zat. Memang sangat down masa ini. Walhal kita semua
tahu Nabi Muhammad S.A.W menyusu dengan halimatussadiah sehingga 2 tahun lebih
(di sunatkan 2 tahun sahaja). Mungkin beliau terpengaruh dengan iklan-iklan di
televisyen yang mengembar-gemburkan tentang kehebatan susu formula.
Dalam hati ini, tuhan sahaja yang tahu. Saya mendapat cahaya
mata lambat kerana masalah rahim terbalik. Jadi saya niatkan dalam hati, jika
saya hamil dan melahirkan, saya nak susukan anak saya dengan susu saya sendiri.
Alhamdulillah Allah perkenankan. Apabila suami saya reject untuk menyusukan
anak perkara pertama yang saya buat ialah:
Berdoa kepada tuhan agar dibukakan pintu hati suami saya
untuk mengizinkan saya menyusukan anak. Betapa hebatnya doa itu secara
tiba-tiba kami termasuk ke kelas penyusuan ibu sedangkan sepatutnya kami perlu
menghadiri kelas Dietition (kerana kencing manis ketika hamil). Maha suci Allah…
Allah bukakan pintu hati suami saya untuk memberi keizinan menyusukan anak.
Siap support belikan semua peralatan penyusuan dan breatpump yang memudahkan.
Dari segi mentua pula, tiada masalah sangat kerana mentua
saya tidak kisah saya menyusukan anak susu ibu atau formula cuma beliau
terkejut apabila saya beritahu saya masih menyusukan anak (kedua) sehingga
sekarang (setahun 5 bulan). Tak sangka kot.. hehehe
Ibu saya pula masa anak pertama, memang sangat mencabar…
yelah anak pertama mana ada pengalaman lagi.. orang tua-tua dulu kalau anak
menangis je dikatakan lapar. Lalu di pujuknya saya berikan nestum/air kanji
pada bayi itu walhal masa itu baru anak saya baru 4 hari. Allah! Saya keraskan
hati dan cakap dengan emak saya, bayi saya tidak perlukan makanan lain selain
susu ibu (very strict).. sampai nak gaduh pun ade… hehehe.. Tapi gaduh-gaduh
manje la.. Akhirnya emak saya dah give up nak berikan susu formula/nestum.
Sebenarnya
bayi yang selalu menangis masa pantang hanya nakkan bonding si ibu sahaja.
Manakan tidak 9 bulan 10 hari duduk nyaman di dalam Rahim ibu tetapi tiba-tiba
dikelilingai keadaan yang menakutkan (sejuk, panas, bising).. Sudah tentulah
dia perlukan pelukan seorang ibu (bonding).. Hanya penyusuan susu badan sahaja
dapat menenangkannya.
Bagi ibu-ibu baru yang memilih untuk penyusuan susu ibu
secara ekslusif seeloknya anda lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu
terlebih dahulu kerana dugaan nak menyusukan anak ni maha dasyat. Disini saya
kongsikan tips untuk menyakinkan orang terdekat (suami, ibu sendiri, ibu mertua, ipar duai) supaya
menyokong penyusuan ibu.
Berdoa – Berdoa semoga dibukakan pintu hati mereka mereka
untuk meyokong penyususan susu ibu.
Cetak risalah-risalah tentang kebaikan susu ibu dan
tunjukkan kepada mereka dan suruh meraka baca.
Selalulah bercerita tentang kebaikan susu ibu. Nyatakan niat
murni anda untuk memberikan yang terbaik kepada cahaya mata sendiri.
Menghadiri bersama kelas atenatal yang menyokong penyusuan
susu ibu. Disini akan di dedahkan kebaikan dan faedah menyusukan anak.
Ok. Ini sahaja perkongsian saya tentang cabaran awal
menyusukan anak. Semoga anda semua berjaya… Ingat! Nak buat perkara baik pasti
ada cabarannya. Gud luck!!
Jumpa lagi di next entry ya!! Daaa…
Ya setuju tu sis, bagi saya, nak lebih jimat masa, jimat tenaga, pergi je seminar @ class menyusu oleh pakar-pakar laktasi, buat la research sikit berkenaan seminar tu, tengok testimoninya, tengok berapa ramai yg dah berjaya, kemudian invest la sket duit demi untuk anak-anak.. bukan apa, kalau kita blajar sendiri tanpa guru, takut tak jadi nanti sediri fade up, so better kena ada mentor, boleh tanye2.. insyallah berjaya, kalau saya, saya cadangkan seminar Pn. Asiah, dia ajar berdasarkan pengalaman die.. huhu..Kelengkapan untuk menyusu pun kena ready dah, mcm breastpump, Baju Khas untuk Menyusu, semua ni penting untuk menjadikan kita lebih semangat untuk menyusukan bayi dan takde la nanti nak jadikan alasan malas sbb susah nak pump dekat office etc.
ReplyDeletemakasi mba
ReplyDelete