Bagi ibu-ibu yang berkerja penting untuk mengumpul stok beku
susu ibu (EBM). Namun begitu selalunya susu EBM selalunya berbau seperi tengik
dan bau muntah. Selamat ke susu ibu itu? Bagi pada bayi pun dia tidak mahu dan
memuntahkannya kembali.
Tahukan anda bau tengik yang terhasil daripada susu itu
adalah daripada Enzyme Lipase . Lipase ini adalah enzim yang berfungsi untuk memecahkan/
menguraikan lemak yang terkandung di dalam susu itu untuk memudahkan proses
pencernaan. Lagi lama susu itu dibekukan/disejukkan akan terbentuklah 2 lapisan
lemak di dalam susu kita itu di mana ia bertindakbalas di dalam susu kita.
Adakah ia selamat?
Ya, ia selamat! Selagi susu ibu tidak berbau seperti santan
masam dan rasa manis ia adalah SELAMAT. Anda semua tidak perlu risau. Cara
untuk mengetahui stok EBM selamat atau tidak, anda perlu menghidu samda berbau
masam atau tidak dan merasa susu itu samada manis atau tidak.
Tetapi anak saya menolak stok EBM beku, bagaimana
penyelesainnya?
Anda boleh mencampurkannya dengan fresh milik (susu yang baru
diperah) bagi mengurangkan rasa tengik itu. Pastikan suhu kedua-dua susu itu
sama dan baru boleh campurkan. Anda boleh cairkan susu EBM dan letakkan stok
susu EBM dan fresh milk di bahagian chilled peti sejuk selama sejam. Apabila susu
sama, anda boleh mencampurkannya.
Kenapa perlu mencampurkannya ketika suhu sama?
Ia bagi mengelakkan penurunan suhu secara mendadak dan
mengakibatkan bakteria baik dan khasiat-khasiat di dalam susu ibu musnah.

oke gan
ReplyDelete