PANDUAN MENGURANGKAN STRESS ATAU TEKANAN



Wanita sekarang sering dilingkaran dengan suasana stress. Ditempat kerja mahupun dirumah. Stress yang sedikit kadangkala membawa kepada kebaikan dan kadangkala ia membawa keburukan jika ia berlebihan ia mendatangkan mudarat. Pengurusan dalam menguruskan stress sangat penting bagi menjalani kehidupan yang harmoni. Tanda-tanda tingkah laku stress sejak remaja boleh dikesan seperti menipu ibu bapa, vandalism, berjudi, ponteng sekolah, bergaduh, melarikan diri dari rumah, mengamalkan hubungan seks bebas dan pelbagai aktiviti dan tingkah laku berisiko tinggi yang lain.

Diperingkat dewasa, walaupun telah matang namun berisiko meneruskan tingkah laku yang tidak bersesuaian seperti diatas. Namun ketidakstabilan mental juga boleh dikesan seperti cepat marah, hilang fokus, bersikap kasar, selalu membuat kesilapan dan tidak cekap seperti biasa. Tanda-tanda dari segi biologinya ialah selalu sesak nafas, ketegangan otot, pening kepala, loya, sakit perut, tangan rasa kebas dan kadangkala ia menjadi serius sehingga seseorang menjadi panik serta hilang kawalan dan boleh mati secara mengejut. Sebab itu sekarang ini banyak sangat kes-kes mati mengejut yang tidak disangkakan. Faktor pemakanan seharian juga punca kepada stress dan mati mengejut.

Berikut adalah panduan yang saya kongsikan bersama supaya dapat mengurangkan stress.


  • Selalu bersikap positif. Tiada masalah di dunia ini tidak boleh selesai. Hanya kita yang selalu memikirkan dan mengusutkan fikiran.

  • Belajar menerima hakikat ada beberapa perkara tertentu memang diluar kawalan kita dan kita tidak boleh mengubahnya. Semua ketetapan di dalam dunia ini adalah daripada tuhan. Setiap ujian daripadaNya adalah bertujuan untuk mendidik kita menjadi insan yang lebih hebat dan tabah.

  • Jadi seseorang yang asertif dan bukan agresif. Luahkan perasaan pada orang yang dipercayai secara positif.
  • Hindarkan daripada menunjukkan perasaan marah yang keterlaluan, bersikap defensive atau pasif. 

  • Belajar mengurus masa dengan efektif. Jangan bertangguh-tangguh membuat sesuatu pekerjaaan.

  • Selalu bersenam. Tubuh boleh bertindak balas dengan stress dengan lebih berkesan apabila sihat.

  • Makan makanan yang seimbang. Jangan makan makanan yang berlemak dan manis kerana terdapat sesetengah makanan boleh meningkatkan stress kita.

  • Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Tubuh sangat memerlukan rehat yang cukup selepas melalui pelbagai peristiwa stress.

  • Jauhkan diri daripada pengambilan dadah dan arak. Jangan gunakan cara ini bagi mengurangkan stress.

  • Pengambilan B-Compex juga dapat mengurangkan stress dimana ia memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. 
  • Dapatkan bantuan orang yang dipercayai apabila perlu.


Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA
:) Keahlian pendaftaran sebagai ahli Shaklee PERCUMA dengan pembelian Full Set sahaja

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

1 comments:

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in