Aduh, bayiku menggigit... Bagi paraibu yang menyusu badan inilah perkara yang paling ditakuti sehinggakan ada yang berputus asa untuk exclusive breastfeeding.. Sampai ada sesetengah ibu yang berdarah putingnya... bukan tujuan saya nak menakutkan anda semua tetapi itu lah hakikatnya.. bagi menyelesaikan masalah mommies semua, saya ada tips untuk menangani bayi yang suka menggigit. Antara tipnya ialah:
- Picit hidung bayi tatkala dia menggigit. Biarkan bayi mencugap seketika. Lakukan berulang kali sehingga bayi berhenti/ memahami.
- Jangan menjerit kerana bayi fikir anda sukanya. Ia ibarat mainan yang dipetik suisnya.
- Jika bayi masih lagi menggigit, letakkanya ketepi dahulu setelah tenang baru susukan semula
- Bagi anak yang lebih besar, berikan reaksi positif seperti pelukan atau ciuman kerana tidak menggigit.
- Pastikan lekapan penyusuan adalh betul dan bukanna di hujung puting.
- Letakkan jari kelingking bagi melonggarkan gigitannya
Cara memulihkan gigitan bayi ialah:
- Sapu dengan air susu ibu
- Sapu dengan minak zaitun
- Menapu krim-krim tertentu (pastikan puting dibasuh terlebih dahulu)
Bersabarlah mommy-mommy semua kerana kita sedang menjalankan perintah Allah.. Anggaplah setiap gigitan bayi itu sebagai penghapus dosa kita. Capailah cita-cita mu untuk menyusukan bayi sehingga dua tahun.
Oh begitu yaaa.
ReplyDelete