Punca-punca
masalah ketidaksuburan dikalangan wanita :
1.Gangguan
pada telur menyebabkan telur tidak matang.
Keseimbangan
hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang
boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang,
gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (process dimana
folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala terdapat juga wanita yang
merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut
yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah
ini wujud apabila berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan
hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang
atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang
singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan,
terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik atau
terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan
dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ujian ke atas
hormon dapat membantu untuk mengenal pasti puncanya.
2.Tiub
fallopian yang tersumbat menyebabkan ketaksuburan.
Sesetengah
wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah
separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang
telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku
sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan
hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di
dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu
didalamnya atau disebabkan endometriosis. Anda juga boleh melakukan ujian HSG
(Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.
3.Endometriosis.
Endometriosis
berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang dan
tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh
berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim
(endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid
berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku radang/inflamasi setempat yang
menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan
menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenalpasti
puncanya.
4.Antibodi
menyerang sel gamet (telur dan sperma).
Dalam kes
yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal pasti
sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang
sel tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih
banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim
dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.
5.Masalah
pada rahim.
Keadaan
rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk)
seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk
hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Keadaan ini
tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai
ruang yang sempit untuk membesar. Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat
ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari
lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah
ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa
pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan
menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultrasound boleh
membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.
Punca- punca
masalah ketaksuburan dikalangan lelaki:
1.Masalah
gangguan sperma yang tidak matang.
Kebanyakkan
masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang
normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air mani lelaki
(mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan mempunyai kualiti
normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air
mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara sperma mereka juga
mempunyai sperma yang tidak sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul,
tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya 30% dan
sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada sperma tersebut yang boleh
bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai, kemampuan
sperma untuk melakukan proses persenyawaan alah rendah. Bagaimanapun, jika
mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah untuk berfungsi boleh
menghindarkan sperma dari menembusi telur juga. Keupayaan untuk menghasilkan
sperma mungkin berkurang berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak.
Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin lelaki boleh membawa kepada
masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon,
tekanan perasaan, faktor alam sekitar, Masalah keturunan seperti kerosakan pada
genetik. Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada
kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara.
Analisis Sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.
2.Gangguan
kepada pengangkutan sperma.
Dalam 4%
dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat dihasilkan
tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui ejakulasi kerana
salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga
mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal
ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur
duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan
tersumbat, selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan
sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment