5 SEBAB RAHIM KEMBANG PUNCA SUSAH DAPAT ANAK

Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya saya baru pertama kali dengar tentang rahim kembang. Yang selalu di dengari ialah rahim jatuh, rahim terbalik, rahim tinggi dan lain-lain lagi. Rahim adalah organ yang paling penting wanita. Tanpa rahim tidak sempurna kejadiaan sebagai wanita. Di rahim wanitalah tempat kejadian asal usul kejadian manusia. Bayangkan di dalam rahim wanita itu lah tempat seorang manusia hidup makan dan minum selama 9 bulan.


Ok. berbalik kepada rahim kembang. Kawan saya baru-baru ini di sahkan oleh doktor mempunyai rahim kembang. Terkejut sakan beliau bila mengetahuinya. Beliau juga sedang berusaha untuk mempunyai zuriat sendiri. Selalunya orang perempuan jarang menyedari terkena rahim kembang. apabila keadaan semakin teruk barulah disedari. Setelah di selidiki berikut adalah tanda-tanda seseorang wanita mempunyai rahim mengembang:

bahaya dan rawatan rahim kembang

Tanda-tanda rahim kembang:


  • Banyak keputihan keluar daripada kemaluan
  • Seluar dalam sentiasa dalam keadaan basah 
  • Selalu perut kejang
  • Period tidak menentu
  • Perut buncit
  • Sakit ketika melakukan hubungan dengan suami
  • Tumit kaki sakit

Punca rahim kembang ialah:

  • Kerap minum ais
  • Banyak mengambil makanan yang sejuk seperti sayur kangkung, kacang panjang, makanan bermalam
  • Apabila keguguran kandungan, wanita tidak berpantang dengan baik
  • Tidak berpantang dengan sempurna selepas melahirkan anak
Akibat daripada rahim kembang ini ialah suami tidak mendapat kenikmatan ketika bersama dengan isteri dan peluang untuk hamil juga rendah. Jadi apa yang perlu dibuat jika doktor sahkan anda mempunyai rahim kembang?

Rawatan Rahim Kembang

  • Elakkan daripada minum ais dan makanan sejuk
  • Elakkan diri dari penyaman udara dan kipas angin dari terkena kaki
  • Ambil herba untuk memanaskan rahim 
  • Buat senaman kagel
  • Buat senaman seperti "Anda baring tetapi kaki dan punggung sandarkan kepada diding, angkat punggung beberapa kali"
  • Pakai korset. Corset sebenarnya dapat meletakkan rahim di tempat yang betul. Sebab itu semasa dalam pantang digalakkan supaya memakai bengkung.
Jadi dah tahu dah rahim kembang tu macam mana kan Perkara nampak kecil dan ringan tetapi jika diabaikan merana hidup. Boleh bercerai berai suami isteri tau. Isteri lebih-lebih lagi jangan ambil mudah perkara ini.

Klik disini untuk:

3 comments:

  1. Itu pentingnya ambik makanan panas dalam pantang kan.
    Bila rahim kembang bahaya sangat kan.

    ReplyDelete
  2. Kalau yg belum brkahwin ade tanda2 di atas, ape yg prlu dibuat ye?? Mohon ade sesiapa bgi jawapan

    ReplyDelete
  3. Herba yg memanaskan rahim tu, mcm jamu la kn.

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in