Apabila disahkan hamil

Rasa macam tak percaya je bila nampak double line kat kit ujian pengesahan kehamilan. Untuk pasangan yang sedang menunggu cahaya mata, pasti perasaan keterujaan itu membuak-buak.. rasa macam nak melompat je bila bila nengok double line tu.. yang pasti berita gembira itu akan dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.. jadi apakah tindakan yang perlu dibuat setelah mendapati terdapat dua garisan di kit pengesahan kehamilan?



Perkara pertama sekali, anda perlu berjumpa dengan doctor untuk pengesahan kehamilan. Doktor akan melihat atau mengenal pasti samada anda mengandung atau sekadar kecelaruan hormon. Terdapat beberapa kes, ada wanita yang double line tetapi tidak hamil. Doktor juga akan memberi pil asid folik untuk keperluan janin bagi mengelakkan kecacatan tulang belakang janin.

Setelah doktor mengesahkan kehamilan,  seelok-eloknya ibu itu makan makanan yang menyihatkan seperti sayur-sayuran, ikan (ikan yang mempunyai merkuri tinggi perlu dielakkan seperti tuna, salmon, kembong dan lain-lain lagi), daging dan susu. Makanan sunnah seperti kurma dan kismis juga digalakkan kerana ia mempunyai zat yang mencukupi dan boleh menguatkan rahim dan memberi tenaga selain sedap.



Ibu-ibu hamil juga tidak digalakkan makan makanan secara mentah atau separuh masak kerana terdapat beberapa bakteria dan virus yang boleh menyebabkan keracunan dan menyerang bayi. Ini adalah kerana sistem immune ibu hamil sangat rendah dan penyakit senang berjangkit. Selain daripadaitu, sebagai umat islam kita haruslah bersyukur dan melakukan Solat Syukur tanda terima kasih kita kepada Allah. Seelok-eloknya suami isteri yang melakukannya. Bagi amalan rohani pula, digalakkan bapa dan wanita yang hamil mengamalkan membaca Surah Maryam, Surah Yusuff dan Surah Yasin. Ia bertujuan untuk menjaga emosi ibu itu disamping berdoa supaya anak yang dikandungkan menjadi anak yang soleh dan selamat sepanjang proses mengandungkan dan melahirkan.


Antara makan-makanan yang perlu dielakkan semasa awal kehamilan ialah nenas (ia bersifat asid), air kelapa, air tebu, durian, tapai dan rebung. Namun begitu, ia bergantung pada tubuh badan seseorang ada yang tidak boleh menerima da nada yang boleh menerima. Bagi wanita hamil yang mengalami masalah rahim lemah, digalakkan mengambil kurma dan Energizing Soy Protien (ESP) dimana ia membantu menguatkan rahim. Walaubagaimanapun sebagai ibu hamil, wajib untuk kita menjaga pemakanan, emosi, dan kerohanian demi permata hati yang tersayang.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in