Pemulihan Ibu selepas bersalin secara normal dan caesarean

BERSALIN SECARA NORMAL




1. Luka episiotomi atau koyakkan dijahit dengan benang
Benang ini dibuat daripada protien dan akan hancur dan lesap dengan sendirinya dalam masa 10 hari ke 12 hari. Jangan takut untuk mebersihkan luka dengan air suam. Pastikan anda sentiasa lap luka sehingga kering. luka yang kotor dan berbau perlukan perhatian dan dikhuatiri dijangkiti kuman. Jika lambat sembuh, jumpa doktor untok mendapatkan nasihat. Biasanya doktor akan memberikan antibiotik serta ubat untuk mencuci luka tersebut.

2. Rahim akan mengecut dalam masa 10 hari
Sekiranya rahim tidak mengecut dan pendarahan berterusan, kemungkinan besar masih ada cebisan uri yang tertinggal. untuk memastikannya, ibu perlu menjalani pemeriksaan ultrabunyi atau imbasan. jika betul terdapat uri yang tertinggal, ibu perlu menjalani D&C untuk mengeluarkan cebisan tersebut.

3. Kepentinggan penjayaan payudara
pastikan kelancaran susu dan kebersihan payudara sentiasa terjaga. sekiranya payudara sakit dan merah atau 'Masititis' (jangkitan yang menyebabkan payudara bengkak, keras, kemerahan dan sakit), ibu harus mengambil antibiotik.

4. Diet yang baik
Selepas bersalin, ibu perlu mengambil makanan yang kaya dengan serat dan vitamin seperti buah betik dan sayuran hijau yang penting untuk mengelakkan masalah sembelit. Digalakkan juga makan tambahan yang kaya dengan asid folic dan zat besi kera ibu akan menyusukan bayi. Semasa bersalin ibu kehilangan banyak darah dan perlukan zat tersebut untuk mendapatkan darah yang mencukupi bagi keperluannya.

5. Post-partum blues / depress atau tekanan
keadaan ini adalah disebabkan oleh gangguan paras hormon dalam tubuh badan wanita selepas bersalin. Wanita memerlukan sokongan suami dan keluarga agar sentiasa bersemangat dan ceria.

BERSALIN SECARA CEASAREAN/ PEMBEDAHAN



Keutamaan diberi kepada penjagaan luka lebih besar dan dalam. Ada luka jenis menegak dan ada juga jenis melintang. Kebanyakkan ibu takut hendak mandi atau mebasahkan luka. Akibatnya kulit menjadi kotor dan kuman menyerang luka..Keadaan ini akan menyebabkan 'wound breaksdown' iaitu luka terbelah dan perlu dijahit semula. Cara yang betul ialah dengan mandi dan jaga kebersihan diri dengan baik. Cuci luka dengan bersih-bersih dan keringkan dengan tuala bersih. untuk mengeringkan luka yang telah dicuci dengan cepat, anda boleh pasang kipas dan halakan pada luka. 
Dengan tangan yang bersih, picit hujung luka. kalau tiada cecair yang keluar dan tidak sakit ertinya luka anda telah sembuh dan dan baik. Jika telah sembuh dan baik, tiada halangan untuk berbengkung (asalkan jangan terlalu ketat).

Bagi mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan masalah sembelit semasa berpantang, SET BERSALIN SHAKLEE (boleh dilihat melalui pautan ini) juga dapat membantu malahan dapat memberikan tenaga yang diperlukan disamping dapat menambah darah yang hilang semasa bersalin.



Untuk makluman lanjut sila hubungi: 

016-6684862 (Ain)
FB: Sila add ' Ain Ridzuan' dan hantar mesej ke https://www.facebook.com/messages/conversation-id.432526646824929
FB Fanpage: Set Bersalin Shaklee 

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in