MAKANAN UNTUK PECAHKAN LEMAK

Setelah penat bersenam perkara pertama yang kita harapkan ialah bahagian punggung, perut dan lengan mengecil. Namun bergitu untuk mengecilkannya memerlukan senaman yang menguatkan otot. Tetapi tahukah anda terdapat beberapa makanan yang berfungsi menyingkirkan lemak di bahagian perut?


Teh Hijau
Teh herba ini merupakan antara teh yang amat bagus untuk mengecilkan perut dan mengurangkan masalah radang di dalam perut.


Omega-3
Terdapat kajian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan diet menggunakan bahan asid lemak omega-3 berupaya mengecilkan perut sekaligus menjadikan ia rata.


Bawang putih
Bertindak sebagai antibiotik semulajadi sekaligus gula dalam darah. Ini kerana apabila paras gula terkawal maka pembakaran lemak diperut dapat distabilkan. Bawang putih juga dapat meningkatkan metabolisma.


Daun Pudina
Kandungan semulajadi pudina mampu melarutkan lemak sekaligus meningkatkan sistem metabolisma.


Kulit kayu manis
Kulit kayu manis mampu menjadi pembakar lemak yang paling efektif. Tambahkan sedikit kulit kayu manis di dalam makanan.


Tembikai
Buah tembikai mempunyai 82 peratus air dimana ia membuatkan seseorang kenyang dengan cepat. Secara tidak langsung, ia mengurangkan keinginan untuk mengunyah setiap masa.


Epal
Kulit kalium di dalam epal membantu seseorang kenyang cepat.


Pisang
Sama seperti epal, buah pisang juga membuatkan seseorang merasa kenyang kerana terdapat pelbagai vitamin dan kalium dan meningkatkan rasa kenyang.

Selamat mencuba!

0 comments:

Post a comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in