PETUA LEBATKAN RAMBUT DAN KENING BAYI

PETUA LEBATKAN RAMBUT DAN KENING BAYI

Bayi lahir selalunya rambut lebat tetapi selepas di ‘cukur jambul’ terus rambut malu-malu nak keluar. Anak-anak saya juga macam tu. Godek-punya godek maka terjumpalah petua untuk melebatkan rambut bayi dan petua mencantikkan kening bayi.
 

Antara petua untuk melebatkan rambut bayi ialah:
  • Sapukan kepala dengan minyak kelapa
  • Sapukan kepala dengan minyak ZAitun
  • Sapukan kepala dengan santan yang telah terbit minyak (dimasakkan dahulu)
  • Kerap minum air kelapa ketika hamil (7 bulan ke atas)
  • Ramas daun bunga raya bersama daun pandan sehingga keluar lender. Sapukan pada kepala bayi dan bilaskannya.
  • Renam 3 sudu sebuk teh di dalam secawan air panas mendidih. Embunkan semalaman. Selepas itu sapukan pada kepala bayi selama 1 jam kemudian cuci. Amalkan seminggu 3 kali. Insyallah.
  • Goreng buah keras tanpa minyak sehingga garing. Kisarkannya sehingga halus. Gaulkan dengan minyak Zaitun. Sapukan di kepala dan biarkan semalaman.

PETUA UNTUK LEBATKAN KENING BAYI

  • Sapukan bawang putih yang telah di potong di kening bayi

Selamat Mencuba!!
 
Petua untuk hilangkan kulit ekzema sila klik disini:
 

1 comments:

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in