SOLAT DHUHA PEMBUKA REZEKI

Salam buat pembaca blog ini... Rasanya sudah lama tidak ketemu.. hehehe walhal baru 2-3 hari je... Bersempena pagi Jumaat yang mulia ini, saya nak share tentang Solat Dhuha.. Solat Dhuha adalah salah satu amalan untuk menjemput rezeki atau pelaris untuk buka pintu rezeki.

Solat Dhuha bukan sahaja boleh diamalkan oleh orang yang berniaga tetapi kehidupan kita sebagai umat islam. Rezeki bukan sahaja datang dalam bentuk wang ringgit tetapi dalam bentuk kesihatan, kebahagiaan bersama pasangan dan anak-anak yang soleh. Jadi bagaimanakah cara melakukan Solat Dhuha?

Rakaat 1:

Niat Solat Dhuha: Sahaja aku Solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah taala.

Diikuti dengan surah alfatihah dan surah lazim. Rukuk dan sujud.

Rakaat 2:

Baca surah alfatihah dan disusuli surah al-Dhuha. Rukuk, sujud dan tahiyyad akhir.

Setelah selesai Solat Dhuha,  baca doa Dhuha.



Amalan solat dhuha sangat berkesan jika dilakukan setiap hari.

Semoga bermanafaat!!!!

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in