TIPS MENANGANI ANAK SEDANG MARAH


Anak ni adalah anugerah daripada Allah yang perlu kita jaga, belai dan didik mereka dengan kasih sayang. Bila anak-anak buat hal atau ‘tantrum’ kita kene selidik kenapa. Dulu-dulu masa saya mengandungkan Zafri anak yang kedua, kakaknye Jasmine sangat-sangat banyak buat hal. Orang tua-tua cakap ‘nak dapat adik memang macamni’… oh… memang menguji kesabaran.. Kalau tak sabar memang naik tangan. Lebih-lebih lagi Jasmine ni dari lahir memang jenis kuat nangis, so bila ayahnye balik kerja lambat memang berperang lah..

Ni dia tengah 'tantrum'...


Waaahhhhh!!! sedihnya....



Lalu saya pon bertanya rakan-rakan tentang pengalaman mereka mengatasi masalah ini. Dan sememangnya mereka mengalami perkara yang sama. Anak buat perangai bila nak dapat adik baru. Huhuhu… Tak pe-tak pe mungkin sekejap je kot masalah ni… tapi bila di nengokkan dari hari kehari makin menjadi-jadi ‘tantrumnye’. Jadi rakan saya telah di perkenalkan dengan seorang tokoh motivasi kekeluargaan iaitu Prof. Rozieta Shaari… Maka saya pon like page nye.. memang sangat memberansangkan dan rupayanya saya banyak buat benda yang salah… oh, patutla… makin extrim jadinye.. benda yang dilarang dibuatnya… Maafkan ibu nak… (-_-`)…

Antara teknik yang saya gunakan dan sangat berkesan ialah apabila Jasmine tengah buat perangai, baling-baling barang dan sedang marah (emosi ketika ini sedang teransang) maka saya peluk dan cium Jasmine… Know what! Lepas je saya peluk terus senyap! No tantrum ok!! Dah jadi budak baik dan mendengar kata. Kalau dulu memang susah… nak tidur pun macam nak pergi perang.. Alhamdulillah…

Kepada ibu-bapa yang mempunyai anak-anak seperti ini, sabarlah… layanilah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang… Memang kalau nak diikutkan hati memang rasa rotan tak lepas dari tangan tetapi berfikirlah secara waras… yang kita nampak hanyalah parut berbekas 2-3 hari hilang la tetapi parut di dalam hati mungkin berbekas hingga dewasa. Lagi satu tips untuk mengatasi anak yang sedang amarah ialah bisikkan istighfar di telinga anak kita kerana pada saat kemarahan lah anak kita sedang dikuasai syaitan. Sapukan lah muka anak kita dengan air paip atau lagi elok air yang telah bacakan dengan ayat al-Quran. Semoga perkongsian saya ini serba sedikit akan memberi manafaat kepada ibu bapa semua Insyallah…

Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in