Bekerja dari rumah sememangnya impian kita sebagai ibu.
Saban hari menghantar anak-anak ke taska atau rumah pengasuh pasti sayu hati
meninggalkan mereka. Pagi-pagi kena kejutkan anak-anak dari bangun tidur untuk
keluar bersama ke Taska. Macam saya selalunya bila malam baru dapat jumpa
dengan anak-anak itu pun setakat 3-4 jam sehari. Dalam masa inilah nak manjakan
mereka, nak bermain, nak mendengar cerita mereka. Macam-macam nak diceritakan…
Sampai nak tidur pon sibuk bercerita.. Alahai anak… Kalaulah ibu dapat
menikmati bersama waktu membesarkan mu…Bila kita berikan kepada orang lain untuk didikan, kita
tidak boleh harapkan hasil yang diinginkan. Ada anak-anak bila di Taska suka
buli kawan-kawan lain tetapi bila dirumah jadi budak baik. Sampaikan sesetengah
ibu bapa tidak percaya anak mereka nakal di Taska. Itulah hasilnya jika kita
harapkan orang lain jagakan anak kita. Tapi nak buat macam mana, kita perlu
mencari rezeki untuk tambah pendapatan keluarga. Bil air, bil elektrik dan
kereta semua perlu dibayar setiap bulan.
Sememangnya hajat saya untuk membesarkan anak-anak dengan
tangan sendiri dan saya sedang berusaha mencapai impian SURI RUMAH
BERPENDAPATAN TINGGI. Dengan Shaklee saya yakin yang saya boleh berjaya. Di
dalam Group yang saya sertai ini mempunyai pelbagai latar belakang ibu-ibu yang
mempunyai impian yang sama. Mempunyai impian yang besar sememangnya perkara
biasa kita sebagai manusia tetapi untuk merealisasikan impian kita perlukan
jalan yang betul dan orang-orang yang telah berjaya membimbing kita ke arah
kejayaan. Ini adalah sebahagian ibu-ibu yang bercita-cita besar untuk menjadi suri rumah berjaya.
Saya amat bersyukur kerana dipertemukan di dalam Group Jutawan
Muslimah yang banyak membimbing saya tentang online marketing, cara pemasaran
produk Shaklee dan amalan kerohanian. Di dalam Group Jutawan Muslimah sangat di
pentingkan aspek kerohanian. Amalan tahajjud Cinta memang menjadi keutamaan
kami. Keseimbangan dunia dan akhirat sangat dititik beratkan. Untuk pengetahuan
anda, pendapatan salah seorang Presidential Master di dalam group kami ialah RM
500 ribu sebulan. Walhal dahulu beliau adalah seorang Engineer tetapi sanggup
berhenti kerja semata-mata nak menjaga anak sendiri dan bebas daripada
kongkongan majikan. Pendapatan di dalam Shaklee adalah ‘unlimited’. Selagi kita
rajin selagi itu kita akan berjaya. Tiada apa yang mustahil jika kita memang
nakkan sesuatu.
Sekiranya anda berminat untuk sama-sama berjaya dengan saya
di dalam Shaklee anda boleh hubungi saya untuk menjadi ahli Shaklee. Pemilihan
group atau leader sangat penting untuk mencapai impian. Pastikan anda berfikir
semasak-masaknya untuk memilih pemimpin yang layak. Jika anda bersama saya,
saya akan membimbing anda sehingga berjaya dan tiada istilah dipinggirkan. Jom
sertai saya!!!
Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB: Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini
mantaap
ReplyDelete