CARA MEMANDIKAN BAYI


Memandikan bayi yang baru lahir memang sangat merumitkan. Ada sesetengah ibu bapa yang takut memandikan bayi mereka dan meminta pertolongan orang yang arif. Macam saya pada anak yang pertama, pada awal kelahiran ibu saya yang memandikannya. Bukannya apa takut terlepas. Hehehe… Bila masuk anak yang kedua barulah rasa yakin untuk memandikan bayi. Ok, disini saya kongsikan cara-cara memandikan bayi buat panduan bakal-bakal ibu jadikan panduan.

Waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi ialah pada jam 8.00 pagi – 9.00 pagi dan hendaklah bayi diberi minum air susu ibu terlebih dahulu sebelum mandi. Ini kerana kebiasaannya selepas dimandikan bayi selalunya akan tidur. Jika waktu hujan ckulah sekadar di lap sahaja dengan air suam.

Peralatan yang diperlukan untuk memandikan bayi:
  • Besen/tab mandian bayi
  • Syampu dan sabun yang khas untuk bayi
  • Tisu basah (Wet tissue) digunakan untuk membersih kemaluan bayi
  • Air suam
  • Set pakaian bayi dan lampin
  • Minyak telon atau minyak kayu putih
  • Bedak bayi
  • Alkohol 70% untuk tali pusat yang belum putus

Cara sebelum memandikan bayi
  • Letakkan alat-alat mandian di tempat yang mendatar supaya bekas tidak mudah terbalik.
  • Pastikan alat-alat yang diperlukan sudah tersedia
  • Cuci tangan sehingga bersih
  • Apabila bayi buang air besar, bersihkan dengan tisu basah. Caranya mengusap dari depan ke belakang terutamanya bayi perempuan.


Cara memandikan bayi
  • Mulakan dengan bacaan Bismillah
  • Masukkan air suam sekitar 37 darjah. Anda boleh merasa dengan tangan atau menyukat suhu dengan thermometer.
  • Tuangkan air sejuk dahulu kemudian baru air panas. Jika air panas dimasukkan terlebih dahulu, dikhuatiri dasar besen mandian itu akan panas.
  • Masukkan bayi di dalam besen mandian dalam keadaan kepala bayi tinggi sedikit dari badan kerana dikhuatiri air masuk telinga. Sokong kepala bayi dan tengkuk dengan tangan kiri dengan jari ibu dan jari manis memegang kepala bayi dan dikepitkan telinga manakala tangan kanan membersihkan badan bayi.
  • Sabunlah kepala bayi secara keseluruhan dari atas ke bawah.
  • Balikkan bayi sekali-sekala dan bersihkan punggung.
  • Setelah selesai angkatkan bayi dan letakkan diatas permaidani atau tuala yang dibentangkan. Lap sehingga kering.
  • Setelah bayi bersih dan kering, bedaklah bayi anda. Tujuan berbedak ialah supaya kulit bayi tidak mudah ruam, luka dan berpeluh.
  • Sapukan minyak telon atau minyak bawang putih di ke perut bayi dan tapak kaki bayi bagi mengelakkan kembung.

Untuk ibu bapa yang masih lagi kekok memandikan bayi anda boleh mencuba cara ini.
Ok selamat beramal ya!!


Peringatan: Jangan tinggalkan bayi anda berseorangan di dalam bilik air kerana ia sangat merbahaya!!

6 comments:

  1. wahh bisa di cobaniii...
    Trimss. Atikelnya membantu sekali,,
    dan menambag wawasan sy ...
    klo untuk belanja perlengkapan bayi seperti kaos kaki anak itu dimana bunda..
    Moga suk ses dan ditunggu posting artikrl yang berikutnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lazu.. Semoga bermanafaat untuk kamu sekeluarga... Saya tidak pasti mau berbelanja dimana kelengkapan bayi jika di Indonesia.. mungkin kamu boleh cari di Google..

      Delete
  2. saya suka mandikan baby..anak 1st memang mandikan sndiri je dari awal..takut juga mula2 tp sbb anak sndiri ..rasa confident hehe..kalau anak org lain, nak pegang pn takut ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan bila bau bayi lepas mandi? Bau syurga.. rasa tak nak lepas..

      Delete
  3. infonya bagus sekali gan... sukses selalu gan.. !!

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in