Anak adalah insan comel yang ditunggu-tunggu oleh insan yang
telah berkahwin. Anak adalah pengikat kebahagiaan suami isteri. Namun begitu
bukan semua pasangan yang telah berkahwin cepat dikurniakan anak. Ada yang
tidak perlu menunggu kerana bunting pelamin dan ada yang perlu menunggu
sehingga 7-8 tahun. Sesungguhnya pemberian zuriat itu adalah rahsia Allah. Dia akan memberi
apabila tiba masanya. Tetapi kita sebagai calon ibu bapa harus bersedia dari
segi mental dan fizikal untuk menyambut kelahiran orang baru.
Antara persediaan suami isteri untuk hamil dan menimang
cahaya mata ialah:
Kesihatan tubuh – Kesihatan tubuh haruslah optima dan
bersedia untuk menerima perubahan di dalam tubuh. Untuk mendapat bayi yang
sihat dan sempurna, ibu perlu melengkapkan diri dengan menjaga pemakanan yang
seimbang bagi membekalkan yang terbaik untuk bayi. Sebagai contoh, kaum wanita
masa kini kerap balik kerja lewat malam dan makan apa yang sempat saje. Keadaan
ini tidak elok diamalkan kerana tubuh anda dalam keadaan tekanan dan bagaimana
boleh berlaku persenyawaan jika tubuh sendiri tidak bersedia menerimanya?
Elakkan tekanan – Tekanan hidup dalam era moden ini sangat
kuat. Semua orang mengejar kesempurnaan, gaya hidup dan nak yang terbaik. Jika
kita lihat datuk nenek kita zaman dahulu masalah lambat dapat zuriat ini jarang
berlaku tetapi pada masa kini terdapat banyak pasangan yang lambat dapat
zuriat. Apabila badan kita sentiasa penat dan berada dalam tekanan peluang
untuk hamil adalah sedikit.
Berat badan yang berlebihan – Anda perlu turunkan berat badan jika
berlebihan berat badan. Berat badan yang berlebihan akan menganggu proses
persenyawaan dan kadangkala kualiti sperma rendah.
Hindari persekitaran bertoksin – Persekitaran bertoksin
memang merbahaya untuk tubuh badan. Jika anda mahukan zuriat dan sayangkan
pasangan anda, saya nasihatkan anda berhenti kerja tersebut dan tukar pada
kerja yang lain. Terdapat sesetengah orang yang berkerja di kawasan bertoksin
didapati mandul kerana sperma cacat atau ovum tidak matang.
Gaya hidup yang sihat – Gaya hidup yang sihat seperti
bersenam dan berekreasi adalah sangat penting. Curilah masa berdua bersama
pasangan untuk melakukan aktiviti mencabar seperti memanjat gunung, berenang,
berbasikal untuk merehatkan minda.
Makan makanan yang berkhasiat – Pilih makanan yang segar dan
menyihatkan. Kurangkan makanan yang berlemak, tinggi kandungan garam dan
gulanya. Makanan proses selalunya tinggi kandungan garam dan tinggi kandungan bahan
perisanya.
Ok.. ini saja perkongsian saya.. jumpa lagi di next entry..
mantap infonyaa
ReplyDelete