Anemia ialah sesuatu keadaan kekurangan hemoglobin dalam darah. Ia di panggil sebagai kurang darah tetapi bukanlah isipadu darah yang berkurangan. Hemoglobin ialah bahan protien yang berpigmen merah yang terkandung di dalam sel darah merah. Pigmen ini memberi warna merah kepada darah dan berfunsi sebagai pengangkut oksigen. Oleh itu hemoglobin adalah sangat penting dan bacaan yang baik bagi seorang dewasa yang sihat adalah secara puratanya 12 gram/100ml darah. Anemia dikenalpasti / didiagnosis jika kandungan hemoglobin di dalam darah kurang daripada 11 gram/100ml atau kurang 10 gram/100ml semasa hamil.
Antara sebab anemia ialah mempunyai penyakit kronik yang menjejaskan penyerapan gastro-usus atau fungsi buah pinggang, penyakit berkaitan sum-sum tulang seperti barah tulang atau leukemia, thalasemia atau cara pemakanan. Namun begitu, antara sebab yang paling sering didapati masalah anemia ialah kekurangan zat besi, asid folik atau vitamin B12 dimana ia adalah kandungan asas sel darah merah. Kandungan asas tersebut datangnya dari cara pemakanan dan yang paling selalu berkurangan adalah zat besi. Tambahan pula zat besi akan hilang sedikit disebabkan pengeluaran haid setiap bulan. Kehilangan zat besi melalui darah haid perlu dibekalkan kembali untuk mengelakkan masalah anemia menjadi lebih teruk. Oleh itu risiko menghidapi anemi anemi lebih tinggi kepada wanita yang tidak mengamalkan diet yang seimbang dan asyik mengawal berat badan hingga mengabaikan makanan yang sepatutnya diambil.
Semasa hamil, isipadu bekalan darah meningkat , justeru itu zat besi dan zat-zat lain amat diperlukan. Keperluan zat bertambah disebabkan perkembangan bakal ibu dan bayi dalam kandungan. Tambahan pula kehilangan zat besi tanpa dibekalkan kembali daripada kehamilan dan kelahiran terdahulu akan menambah masalah anemia jika kaedah pemakanan tidak diambil secara optima.
Semasa hamil, kekurangan zat besi seringkali berlaku kerana diet biasa tidak mencukupi kerana terdapat pertambahan keperluan zat besi yang agak banyak. Akibatnya bekalan oksigen tidak mencukupi bagi fungsi organ dan kesihatan ibu tidak optima. Semasa hamil, bekalan oksigen juga tidak mencukupi bagi perkembangan uri dan janin. Dalam keadaan cemas seperti kemalangan atau tumpah darah ketika melahirkan anak anemia boleh membawa maut.
Berikut adalah kadar hemoglobin yang bersesauian mengikut peringkat umur dan keadaan:
Tanda-tanda anemia:
- Pucat lesi
- Mudah penat dan kurang bertenaga
- Mudah sesak nafas apabila menggunkan tenaga yang berlebihan
- Kepala seperti berpusing-pusing
- Kadar denyutan jantung yang cepat
- Kehilangan berat badan
Antara makanan yang disyorkan diambil ialah:
Sumber
Zat Besi
|
Sumber
Asid Folik
|
Sumber
Vitamin B12
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi wanita/ ibu hamil yang mengalami masalah kekurangan zat besi atau anemia, saya selalu mencadangkan pengambilan Set Kehamilan Shaklee dan Egnergizing Soy Protien (ESP) untuk mengatasi masalah mereka. Rata-rata pengguna yang menggunakan gabungan set ini berpuashati dengan hasilnya dan setiap kali checkup bulanan bacaan hemoglobin tidak terlalu rendah. Lebih baik mencegah daripada merawat.
Untuk pertanyaan lebih lanjut sila hubungi:
No. Tel: 016-6684862 (Ain)
FB Fanpage: Natural Healthy (untuk info terkini)
FB: Hantu Durian (untuk live chat)
Email: kedaivitaminsemulajadi@gmail.com
0 comments:
Post a Comment