TIPS KECANTIKAN WANITA SECARA SEMULAJADI

Nak cantik bukan hanya pakai produk kecantikan sahaja tau, banyak benda yang berada disekeling kita boleh di jadikan sebagai bahan untuk mencantikkan wajah dan tubuh. Cuma kita perasan dengan tak perasan aje sebab orang kita ini lebih sinonim nak cantik kena beli produk kecantikan yang mahal. Kan hadooo tu! Nenek-nenek kita dulu pun pakai bedak sejuk je deknon.. bahagia sampai ke tua. Saya juga pernah berkongsi petua kecantikan suatu masa dahulu.

hilagkan jerawat dan jeragat shaklee

Jom cuba try test tips kecantikan semulajadi ni:
  • Apabila korang bangun pagi sebelum mandi dan gosok gigi, urut muka dengan air dari bawah dagu hingga keatas dahi sambil diiringi dengan selawat nabi. Amalkan setiap hari. Ia bertujuan untuk menaikkan seri wajah si pengamal.
  • Jika nak menghilangkan jerawat, korang boleh campurkan bedak sejuk dengan asam jawa sedikit. Sapukan di kulit muka dan tempat jerawat tersebut. Sambil-sambil sapu tu selawat nabi sekali. Insyallah jerawat akan beransur surut.
  • Bibir yang cantik merah bak delima memang idaman wanita. Korang boleh sapukan madu asli di bibir setiap malam sebelum tidur. Amalkan selalu seperti memakai gincu. Jangan risau kerana semut tidak akan hurung madu asli.
  • Potong kuku atau rambut pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat mengikut sunnah nabi. Selesai dipotong, tanam kuku/rabut. Memang rambut akan tumbuh lagi cantik dan lebat.
  • Meyusukan anak akan menyebabkan payudara jatuh. Anda boleh amalkan meminum air kanji sebelum tidur. Lakukan setiap hari untuk mendapat hasil yang memuaskan.
  • Untuk menghilangkan bau mulut, tumbuk 10 biji bunga cenkih bersama bersama 3 ulas bawang putih. Gosokkan pada gigi dan berkumur sehingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.
  • Untuk memutihkan gigi, anda boleh bakat beberapa helai daun kelapa sehingga menjadi abu. Gosok gigi dengan abu daun kelapa sehingga gigi berkilat.
Selain daripada amalan-amalan diatas, saya juga mengambil produk kecantikan Shaklee. Bukannya nak menidakkan petua-petua orang tua yang alami tetapi nak extra cantik. Hehehe.. Nak buat semua sekali memang tak sempat lah sebab bila dah beranak kecil ni memang nak mandi pun 5 minit aje.. hehe.. Produk kecantikan Shaklee juga semulajadi dan tanpa bahan kimia yang membahayakan. Antara produk kecantikan Shaklee yang saya amalkan dari bersalin sampai sekarang ialah:

ESP putihkan kulit dan hilangkan jeragat
  • Saya ambil set diatas ini untuk memutihkan dan menggebukan kulit. Serius saya memang ada jeragat yang banyak dulu tapi bila amalkan set ini, tompok jeragat pun berkurangkan. Lagi advanced parut-parut akibat gigitan cinta nyamuk memang hilang. Stress pon dah kurang. Bila kita stress, kulit akan cepat berkedut.Tak mau lah! Umur tak sampai 40 tahun lagi dah nampak kerepot.
Collagen powder Shaklee hilangkan jeragat
  • Pada asalnya saya ambil Collagen Powder shaklee sebab rambut gugur yang teramat macam sarang burung. Tapi dapat pula pakej extravaganza iatu kulit makin anjal ko! Kesan jeragat lagi lah dah nampak macam bayang-bayang. Bila pakai bedak foundation atau make up memang senang je lekat. Kalau mak andam memang suka jenis kulit macam ni. Hehe.. senang nak make up.
Hilangkan jerawat jeragat vivix shaklee
  • Vivix ni memang super duper power la sebab mengandungi antioksidant yang tinggi. Bila kita makan Vivix kira macam dia cuci dan sental mana bahagian-bahagian dalam badan kita yang tak elok tu. Contohnya macam epal yang terdedah mesti warna coklat sikitkan. Haa macam tu lah badan kita kalau kita tak jaga. Tu sebab macam-macam penyakit timbul bila tua sebab kotoran-kotoran dalam badan dah semakin menebal.
  • Haa... yang ni memang antara rahsia kebahagiaan rumahtangga la sebab memang dikenali sebagai kacip fatimah wanita. Ia menghilangkan keputihan dan bau yang kurang enak di bahagian intim. Jangan tak tau suami pun boleh ambil Alfalfa tau untuk hilangkan bau badan, angin dan sering lemah lesu.
Kalau korang nak order boleh klik link ini:


Kalau korang nak lagi jimat boleh je daftar keahlian Shaklee untuk harga yang betul-betul murah. Dapat potongan 20% untuk setiap produk. Rugi tau. Nak daftar ahli secara online klik link ini:


Atau hubungi saya di 016-6684862 (Ain Ridzuan)

3 comments:

  1. tips yg bagus utk kecantikan kulit
    sy ada ambik vita-c

    Jemput rakan blogger join segmen mudah ni: Klik: 4 POWER BANK UTK DI MENANGI !!!
    Menyediakan hadiah: 4 unit Power Bank 10,000mAh
    Jemput join kalau free :)

    ReplyDelete
  2. kulit gebu idaman perempuan. selamat amalkan dan semoga berjaya, InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Tips yg baik. Jemput ziarah blog saya healthbeautyvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in