TIPS BIJAK URUSKAN HUTANG

Rasanya zaman sekarang ini kebanyakkan kita semuanya berhutang. Antaranya hutang PTPTN, hutang kereta dan hutang rumah. Tak sempat nak cari kerja surat hutang dah sampai. Ramai yang terjebak dengan hutang dan akhirnya muflis. Tahukah anda terdapat agensi kerajaan yang membantu memudahkan proses pembayaran hutang? Bukan tolong langsaikan hutang ye. Nama nya Jabatan Insolvensi atau AKPK. Jabatan Insolvensi akan menjadi orang tengah antara anda dengan bank atau pemiutang. Mereka membantu menjadualkan semula jadual pembayaran semula setakat penghutang yang mampu bayar balik hatta RM 50.00 sebulan pun diterima.

Berhutang ni bukannya tidak boleh tetapi kena bijak uruskan hutang. Kelak merana diri. Antara tips untuk menguruskan hutang ialah:
  • Gunakan transaksi seelok-eloknya tunai. Elakkan penggunaan kad kredit atau berhutang. Jika anda berjaya mengawal hutang, anda akan mempunyai aliran tunai yang baik.
  • Menambah kekayaan sedikit demi sedikit. Anda boleh menambah aset yang menjana kewangan seperti rumah sewa, sewa kedai.
  • Pastikan anda membayar hutang awal bagi mengelakkan peningkatan caj denda dan penalti di sebabkan kegagalan atau kelewatan  membayar hutang di bank.
  • Mengelak daripada sebarang tindakan undang-undang kerana jika anda telah dikenakan tindakan undang-undang agak sukar untuk berurusan dengan pihak bank dan lain-lain agensi pada masa akan datang.


Amacam? Boleh buat ke? Ya anda pasti boleh buat! Kuatkan hati dan tanam azam saya boleh bebas hutang!

3 comments:

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in