Salam Perkenalan: Tips Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum... Salam perkenalan semua. Dalam era metropolitan kini, kehidupan kita mula sesak dan stress. Tahap kesihatan dan kualiti kehidupan semakin berkurangan akibat tuntutan kerja, tekanan keadaan dan urusan peribadi. Keadaan-keadaan tekanan begini lah yang menyebabkan tahap kualiti kesihatan semakin merudum. Jadi macam mana nak tingkatkan kualiti hidup? Jom nengok tips gaya hidup sihat..



 1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.


 
2. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.


3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.



4. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti. Cuba tutup semua lampu dan nyalakan wangian aromaterapi dan pastikan suasana di dalam kamar sepi.


5. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.


6. Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan yang seimbang menjamin kesihatan tubuh.



7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian. Mandi bunga  akan mengurangkan stress kerana ia mempunyai pelbagai aura ketenangan.


8. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan dan bagi orang islam dekatkan diri kita dengan Allah kerana sebaik-baik tempat mengadu hanya kepada-Nya..


Kredit

3 comments:

  1. Salam perkenalan. Semoga blog ini terkenal suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. salam.. apa maksudnya? berminat nak tahu.. ;)
    http://xercestouch.blogspot.com/

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in