DULU SAYA SEDIH FIKIRKAN MACAM MANA BANYAKKAN SUSU IBU TETAPI KINI SUSU SAYA DAH PENUH PETI AIS

Masa saya menyusukan Jasmine, teringat lagi memang penat sangat sampai struggle nak banyakkan susu ibu. Dekat pejabat selalu tertidur. 

banyakkan susu ibu merudum

Tambahan pula mertua duduk serumah. Takkan balik kerja terus masuk bilik. Susu merudum jangan cakap lah. Saya pernah dapat sekali pam hanya 3 oz. Hampa betul perasaan. Nengok kengkawan lain dapat 8-10 oz sekali pam memang cemburu sangat. Oh ya! Jasmine tidak menyusu badan secara terus. Setiap hari saya akan pam susu dan berikan susu ibu melalui botol. Dalam sehari saya wajibkan diri untuk mengepam sekurang-kurangnya 8 kali sehari. Saya dah macam zombi.


Bila mengandungkan anak yang kedua saya tekad saya mesti berubah! Saya nak susukan anak yang kedua ini sampai 2 tahun dengan penyusuan ibu secara terus. Apa yang saya buat persediaan menyusukan anak ialah:
  • Belajar dengan orang yang lebih berpengalaman dalam penyusuan
  • Sertai kumpulan sokongan penyusuan
  • Membaca blog berkaitan penyusuan
  • Mengamalkan pengambilan suplemen
Macam-mana saya buat? Meh sini saya nak share:

Belajar dengan orang yang lebih berpengalaman dalam penyusuan

Kebanyakkan orang-orang lama di dalam penyususan ibu telah mempunyai pengalaman menyusukan anak sehingga 2 tahun. Boleh di katakan setiap hari saya kan mesej inbox meraka untuk inginkan kepastian. Antara orang-orang yang saya maksudkan ialah kaunselor penyusuan ibu seperti Malaysian Breastfeeding Peer Conselor (MBPC). Anda boleh hubungi mereka untuk mengetahui kaunselor penyusan yang terdekat.


Sertai kumpulan sokongan penyusuan

Kalau duduk sensorang memang tak jadi apa. Akibatnya diri sendiri merana. Sertai kumpulan sokongan penyusuan. Kumpulan ini akan membimbing dan membantu dalam setiap permasalahan penyusaan anda. Kebanyakkan ahli kumpulan ini terdiri daripada wanita yang menyusukan anak. Perbincangan sesama ahli akan membantu. Antara kumpulan sokongan yang saya sertai ialah Kumpulan Ibu Menyusukan,

Membaca blog berkaitan penyusuan.

Sekarang ini dah macam-macam blog yang berkongsi tentang penyusuan susu ibu. Termasuk blog Sweet Mom Blog ini.. hehe. Cara penyimpanan susu ibu, cara banyakkan susu ibu, cara mengendalikan stok semasa traver dan lain-lain lagi. Memang seronok bila membaca pengalaman ibu-ibu ini.Kita juga bolrh bertukar-tukar pengalaman.


Mengambil suplemen atau makanan tambahan

Saya memang mempunyai masalah kepenatan badan yang melampau. Jadi saya ambil suplemen untuk memberikan tenaga sepanjang hari. Tambahan pula susu badan semakin lama semakin merudum. Jadi saya perlu cuba pelbagai alternatif untuk mencuba makanan banyakkan susu ibu. Tak sanggup nak berikan anak susu formula.. Alhamdulillah saya berjumpa Shaklee dan pengalaman hitam saya menyusukan akan hilang! Stok susu pon bertingkek-tingkek.. hehehe. Ada orang kata mereka tidak perlukan suplemen susu banyak juga. Oh, saya bukan jenis macam tu! Saya kalau penat sangat sampai mengigil dan tertidur semasa memandu. Ngeri aje..

Alhamdulillah. Sampai sekarang saya masih menyusukan si comel Zafri ni. Dah nak masuk 3 tahun pun. Hehe...Wean off? Rasa macam sedih lak..

Jika anda mengalami masalah susu merudum seperti saya usahakan! Jangan putus asa! Susu ibu adalah hak anak. Jika anda mengalami masalah penyusuan, anda boleh terus hubungi saya. Insyallah saya akan membantu sedaya mungkin.. 

See ya!


2 comments:

  1. Saya pun dulu alami masalah yang sama. Tambah2 lagi apabila saya terpaksa menyusu tatkala hamil dan selepas melahirkan adik. Apa2pun,bagi saya kalau kita betul2 niat Allah akan permudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. selalunya perkara yang baik Allah lorongkan..

      Delete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in