Showing posts sorted by relevance for query rahim terbalik. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query rahim terbalik. Sort by date Show all posts

Rahim Terbalik atau Retroverted Uterus


Rahim terbalik lazim dikaitkan dengan kesukaran mengandung dan jika bersalin ia perlu menjalani kelahiran secara pembedahan. Apakah rahim terbalik/ retrovert uterus?


Rahim terbalik ialah kedudukan rahim yang condong kebelakang manakala bagi rahim normal lazimnya mencondong sujud ke hadapan. Namun menurut data yang diperoleh, 20% kaum wanita didapati kedudukan rahimnya tidak condong ke belakang yang dipanggil rahim terbalik. Keadaan ini juga dikenali sebagai 'tipped uterus', 'retroverted uterus' atau tilted uterus'.


Tanda-tanda anda mempunyai rahim terbalik:

Biasanya keadaan ini sebenarnya tidak perlu dibimbangkan jika ia melanda diri anda. Cuma sekali-sekala ia boleh meninggalkan kesan sampingan kepada anda. Antara simptom-simptom rahim terbalik ialah:

Sakit sewaktu berhubungan bersama suami

Sewaktu melakukan hubungan suami isteri, anda akan mengalami kesakitan apabila zakar suami terkena pintu rahim (serviks) atau bahagian rahim (uterus) lantaran kedudukan rahim yang terbalik. Dalam terminologi perubatan, ia dikenali sebagai 'collision dyspareunia'.

Untuk mengelakkan rasa sakit sewaktu anda berhubungan dengan suami, anda perlu mengubah posisi semasa melakukan hubungan intim. Ini membolehkan uterus berubah posisi, dengan itu boleh melegakan rasa sakit.

Rasa sakit semasa haid

Semasa datang haid, anda akan merasa kesakitan di bahagian rahim dan sekitar pinggang. Terminologi perubatan untuk ini ialah 'dysmenorrhea'.

Sakit pinggang yang kronik

Ramai wanita mengalami sakit pinggang yang kronik. Rumusan terakhir yang boleh dibuat oleh pakar sakit puan jika ia tidak berpunca daripada sebab-sebab yang lain, ini bermakna sakit pinggang yang kronik itu adalah datangnya daripada kedudukan rahim terbalik.

Apa yang perlu dilakukan?
Jika keadaan ini berlaku, anda dinasihati agar membuat pemeriksaan pelviks atau ujian scan melalui bahagian faraj yang mampu terus ke dalam uterus. Dengan cara ini kedudukannya boleh diketahui dengan jelas.

Ada wanita yang dilahirkan memang punyai masalah rahim terbalik tetapi ada juga yg di sebabkan oleh trauma dan pertumbuan luar biasa organ peranakan. Selalunya sukar di kesan kerana gejalanya nampak biasa. Tetapi jika anda mahu kepastian boleh lakukan ujian 'pelvic examination' ataupun ujian imbasan melalui faraj yg mampu melihat hingga ke uterus, kedudukan rahim akan diketahui lebih jelas.

Kedudukan rahim terbalik boleh menyebabkan risiko perdarahan diawal kehamilan dan berisiko tinggi untuk melahirkan anak secara pembedahan. Oleh itu rawatan perlu untuk rahim terbalik. Antara rawatan yang di cadangkan doktor ialah pembedahan up-lift atau ventro-suspension. keadah ini adalah satu pembedahan yang melibatkan pemendekan atau pemanjangan ligamen-ligamen uterus supaya kembali kedudukan yang betul. cuna hirisan kecil dilakukan dan pembedahan dilakukan dengan memasukkan teropong laparoskopi. Ia merupakan surgery ringkas sehari saja tanpa perlu bermalam di hospital. Ada juga keadah lain seperti berikut:

1. ubat tahan sakit- memberi kelegaan sementara dan dapatkan nasihat doktor jika ingin menggunakannya

2. menukar posisi hubungan kelamin. lakukan bersama suami jika ingin bersama.

3. Pessary - alat seperti cincin di letakan dlm faraj bertujuan menyokong kedudukan rahim yang betul. Penggunaannya perlu doktor bertauliah kerana ia perlu kerap di bersihkan dan dipasang jika tidak dilakukan oleh doktor bertauliah boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ia juga dikatakan akan menggangu nikmat seks.

4. Hysterectomy - jika sakit amat teruk, baru doktor akan cadangkan ini. iaitu satu jenis pembedahan membuang rahim, ialah jalan menyelesaian terakhir. Tetapi anda masih boleh mengandung jika doktor tidak membuang organ peranakan.

Jika anda memilih teknik Up-lift, merupakan yang terbaik. anda perlu tahu kesannya. Selalunya kesakitan akan hilang dan tidak berulang lagi. Pembedahan juga tidak rumit, tempoh sembuh yang pendek. Walau bagaimanapun setiap pembedahan tetap ada risikonya antaranya kesan tindakbalas bius, pendarahan dan kerosakan organ lain. Bagaimanapun komplikasi tersebut jarang berlaku dan kebanyakannya boleh di selesaikan.

Setelah berkahwin sekian lama, pasti pasangan mahukan cahaya mata. Saya adalah salah seorang yang mengalami rahim terbalik. Setelah menjalani rawatan di salah satu Hospital Pakar dan disahkan mempunyai rahim terbalik saya men 'google' kan diri mencari apakah rahim terbalik. Rupanya orang yang mempunyai masalah rahim terbalik agak susah untuk hamil kerana air mani yang masuk melalui faraj wanita akan keluar kembali dan tidak sampai ke ovum. Dalam hal ini para suami harus memainkan peranan yang penting kerana sperma yang kuat dan laju memainkan peranan yang penting disamping posisi seks yang sesuai. Namun perlu diingatkan usaha, doa dan tawakal juga memainkan peranan yang penting untuk mengandung kerana setiap rezeki adalah daripadaNya. Bagaimana nak memekatkan air mani dan menguatkan sperma? Dengan pengambilan VitaE Complex Shaklee dan Zinc ia sangat membantu dalam penghasilan air mani yang berkualiti. 



Antara kebaikkan VitaE:
~ Lebih bertenaga (seksual) 
~ Tahan lebih lama
~ Lebih mudah teransang
~ Libido yang lebih kuat
~ Orgasma yang lebih kuat dan bersemangat
~ Dikenali sebagai pengganti viagra dan 'vitamin cinta'
~ Mengelakkan mati pucuk

Antara kebaikan Zink:
~ Meningkatkan kualiti sperma
~ Menguatkan sperma
~ Menjaga kesihatan testikal


Bagi Set Kesuburan Shaklee untu wanita pula dicadangkan GLA Complex, Alfalfa, Bcomplex dan Energizing Soy Protien (ESP):
GLA Complex:
~ Membantu mengeluarkan cecair serviks dimana sangat membantu mempercepatkan  pergerakkan sperma sampai ke ovum
~ Membantu menstabilkan hormon terutama pesakit PCOS (hormon lelaki terlebih)
~ Mencantikkan kulit
~ Menurunkan berat badan

Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu hamil?
 GLA Complex Shaklee membantu dalam penghasilan cecair servik (cecair kesuburan) yang membantu sperma berenang terus ke uterus terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu sahaja, cecair ini membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak 'kena' hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada lagi disitu sehingga hari yang ke-5.
Alfalfa
~ Membantu mengeluarkan toksin dan kotoran dalam tubuh
~ Membantu mengeluarkan darah haid (haid lama tak datang)
~ Mengetatkan faraj
~ Menghilangkan keputihan dan masalah vagina berbau
~ Membuang angin dalam badan
Bcomplex
~ Membantu mengurangkan stress dimana untuk hamil stress perlu dijauhi
~ Mengandungi asid folic yang sangat penting untuk perkembangan bayi
Energizing Soy Protien (ESP)
~ Membantu menguatkan rahim
~ Memberi tenaga dengan pantas
~ memberi rasa kenyang yang berpanjangan
~ Mencantikkan kulit
~ Protien adalah makanan asas sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, pelekatan telur dan lain-lain.
~ ESP Shaklee bole membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

all/Wassup: 016-6684862 (Pn. Ain)
Add FB: Ain Ridzuan untuk chat bersama saya
FB Fanpage: Klik Like FB Fanpage Set Bersalin Shaklee  untuk mendapatkan diskaun hebat
Email: kedaivitaminsemulajadi@gmail.com


BERURUT UNTUK HAMIL


Ramai dikalangan kita yang nak hamil pasti akan pergi berurut dengan makcik-makcik di kampung. Dengan istilah rahim tinggi, rahim senget, rahim rendah  selalulunya tukang urut akan memperbetulkannya. Tetapi betulkah ada istilah tersebut? Tahukah anda dalam perubatan moden tiada istilah rawatan rahim senget dan rahim tinggi dan hanya ada rahim terbalik sahaja? Berurut untuk hamil juga tidak dapat disahkan keberkesannya. Berurut selalunya dikaitkan dengan menghilangkan tekanan, apabila badan tidak stress dan kurang tekanan ia akan menggalakkan hormone ketenangan dan membantu kehamilan.

Pada pengalaman saya sendiri, saya juga pernah berurut. Pada masa itu saya tidak tau yang saya mempunyai Rahim terbalik. Masa itu saya baru berkahwin dalam 6-7 bulan. Nak jadikan cerita saya menginap disebuah hotel. Sementara menginap di Hotel boleh lah panggil tukung urut untuk urut badan dan Rahim sekali. Saje je suka-suka. Masa urut tu makcik tu urut kat perut saya sakit sangat (tak tahu kenapa). Bila balik dari holiday, period saya lewat. Happynye… mana tau dah melekat.. hehehe.. tunggu punya tunggu nengok tak de pape… check upt pon x de pape.. ok fine saya berserah. Lewat seminggu barulah period datang…

Maka bermulalah episode urut berurut di merata tempat. Cakap je makcik mana yang pandai berurut pasti ku terjah! Hahaha.. sehinggalah suatu hari saya pergi ke Klinik Aspalela, Subang untuk bertanya dengan doktor tentang keadaan saya dan suami (Alhamdulillah suami saya sporting dalam hal ini). Beliau telah mencadangkan berjumpa pakar kesuburan iaitu Doktor Marsitah Bte Mansor di Hospital Pantai Bangsar (tak pasti dia ada lagi kat situ atau tak tapi dengar citer dia ada buka Klinik Medina di Taman Malawati). Memula sekali doktor memasukkan ‘sesuatu’ di dalam faraj untuk meninjau keadaan Rahim dan perkara pertama yang dia cakap ‘rahim awak terbalik ni’ dalam hati… Hah! Ape benda Rahim terbalik tu?..  Doktor terangkan Rahim terbalik tu Rahim yang kedudukannya terbelakang… Dan peratusan untuk hamil adalah rendah.  Tetapi kita boleh usaha, doa dan tawakkal. She’s great doctor. Dia memberitahu kenyataan yang perlu di hadapi dan apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan dan bukan hanya janji –janji manis sahaja. Maka bermulalah usaha saya secara moden. Untuk bahagian suami dia check semua ok cuma kene kurangkan merokok la.. hehee

Kesimpulannya berurut tidak mendatang apa-apa kesan pada saya.. mungkin kesan buruk kot.. hehe wallahuallam.. Untuk pasangan yang nak hamil tu saya nasihatkan periksa dulu tempat untuk berurut dulu sebelum membuat tindakan. Sebab secara logiknya, macam manalah makcik tu boleh nampak isi kandungan dalam perut kita nikan? Walaubagaimanapun terpulang padan pandangan masing-masing. Juga berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui tentang rahim yang terselindung dengan pelvis.


Pengambilan Bcomplex juga sangat membantu untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang tinggi membantu meghindarkan kecacatan pada bayi yang dikandungkan. Untuk ikhtihar yang lebih berkesan, anda boleh mencuba Set Kesuburan Shaklee yang boleh membantu untuk hamil insyallah. Dapatkan konsultansi percuma dari saya.

KEHAMILAN DENGAN RAHIM TERBALIK

Anda mempunyai rahim terbalik tetapi anda hamil. Adakah ia membahayakan? Mari kita kupaskan..
Pertama sekali tahniah atas kehamilan  anda. Bukan semua wanita yang mempunyai rahim terbalik mempunyai peluang hamil. Saya contohnya mempunyai rahim terbalik tetapi alhamdulillah saya hamil.

Perkara pertama apabila anda melihat pregnancy test dua line, anda perlu berjumpa segera doktor untuk mengesahkan kehamilan. Pada usia kandungan 5-6 minggu, dah boleh scan untuk melihat kantung dan jantung janin.

Selalunya doktor akan memberi asid folic yang berwarna kuning sebagai suplemen di awal kehamilan. Asid folic diawal kehamilan sangat penting kerana ia membantu mencegah kecacatan tulang belakang bayi. Salah satu alternatif sumber asid folic yang lain ialah bcomplex. Selain mencegah kecacatan tulang belakang bayi, ia juga membantu menghilangkan tekanan pada ibu hamil dan cepat menukarkan gula kepada tenaga. Jadi risiko kencing manis semasa kehamilan dapat dielakkan. Selain itu ia juga mencegah anemia ketika hamil.

Akan tetapi jika kehamilan anda selalu bleeding, itu adalah tanda rahim lemah. Rahim lemah kerana otot uterus tidak kuat untuk menampung embrio akibat tidak mempunyai sel-sel yang tidak sihat. 

Antara sebab-sebab rahim lemah ialah:
  • Selalu angkat berat
  • Kerap meneran akibat sembelit dan batuk berpanjangan menyebabkan tekanan di bahagian abdomen berterusan
  • Berpantang pada kelahiran terdahulu sambil lewa
  • Berat badan berlebihan kerana berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan kepada rahim
  • Faktor usia semakin lanjut kerana kekurangan hormon estrogen kerana semakin menapous
Selalunya saya akan mencadangkan ESP dan Alfalfa dimana ia sangat membantu menguatkan otot uterus sebagai persediaan untuk meneruskan kehamilan. Walaubagaimanapun Alfalfa tidak digalakkan diambil oleh ibu yang telah hamil.

Bagi ibu-ibu yang ingin membuat persediaan kehamilan mudah dan bayi yang sihat, anda boleh mengambil Set Kehamilan Shaklee yang paling asas tetapi lengkap dari segi nutrient nya kerana selalunya ibu hamil pada awalnya akan mengalami morning sickness. Set Kehamilan Shaklee sekurang-kurang akan melengkapi nutrient yang telah hilang. 




Fungsi Set Kehamilan Asas Shaklee ialah:

Sustained Released Vita-C ialah: 
Membantu meningkatkan immune system badan disamping memberikan tenaga yang berpanjangan sepanjang kehamilan.
Membekalkan antioksidant berpanjangan.

Vitalea: Membantu mengelakkan anemia  semasa kehamilan kerana Vitalea adalah sejenis tablet iron yang mana menambah darah di dalam badan. Ia mengelak daripada wajah pucat.

B-complex: Membantu mengelakkan stress. Mempunyai asid folic yang lengkap untuk tumbesaran dan menghindari kecacatan bayi.

Kesemua vitamin ini sangat membantu dalam memudahkan proses kehamilan dan melahirkan bayi yang sihat. Insyallah..

Untuk membeli Set Kehamilan Shaklee Asas sila klik disini:


Anda mahu daftar ahli Shaklee dan ingin mengetahui bagaimana daftar ahli Shaklee? Klik disini.. 

Untuk pertanyaan lanjut dan konsultansi boleh terus hubungi saya:

Saya adalah agen Shaklee anda!!

Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668

FB: Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/

FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:

:) Jadual pemakanan PERCUMA

:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..







5 SEBAB RAHIM KEMBANG PUNCA SUSAH DAPAT ANAK

Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya saya baru pertama kali dengar tentang rahim kembang. Yang selalu di dengari ialah rahim jatuh, rahim terbalik, rahim tinggi dan lain-lain lagi. Rahim adalah organ yang paling penting wanita. Tanpa rahim tidak sempurna kejadiaan sebagai wanita. Di rahim wanitalah tempat kejadian asal usul kejadian manusia. Bayangkan di dalam rahim wanita itu lah tempat seorang manusia hidup makan dan minum selama 9 bulan.


Ok. berbalik kepada rahim kembang. Kawan saya baru-baru ini di sahkan oleh doktor mempunyai rahim kembang. Terkejut sakan beliau bila mengetahuinya. Beliau juga sedang berusaha untuk mempunyai zuriat sendiri. Selalunya orang perempuan jarang menyedari terkena rahim kembang. apabila keadaan semakin teruk barulah disedari. Setelah di selidiki berikut adalah tanda-tanda seseorang wanita mempunyai rahim mengembang:

bahaya dan rawatan rahim kembang

Tanda-tanda rahim kembang:


  • Banyak keputihan keluar daripada kemaluan
  • Seluar dalam sentiasa dalam keadaan basah 
  • Selalu perut kejang
  • Period tidak menentu
  • Perut buncit
  • Sakit ketika melakukan hubungan dengan suami
  • Tumit kaki sakit

Punca rahim kembang ialah:

  • Kerap minum ais
  • Banyak mengambil makanan yang sejuk seperti sayur kangkung, kacang panjang, makanan bermalam
  • Apabila keguguran kandungan, wanita tidak berpantang dengan baik
  • Tidak berpantang dengan sempurna selepas melahirkan anak
Akibat daripada rahim kembang ini ialah suami tidak mendapat kenikmatan ketika bersama dengan isteri dan peluang untuk hamil juga rendah. Jadi apa yang perlu dibuat jika doktor sahkan anda mempunyai rahim kembang?

Rawatan Rahim Kembang

  • Elakkan daripada minum ais dan makanan sejuk
  • Elakkan diri dari penyaman udara dan kipas angin dari terkena kaki
  • Ambil herba untuk memanaskan rahim 
  • Buat senaman kagel
  • Buat senaman seperti "Anda baring tetapi kaki dan punggung sandarkan kepada diding, angkat punggung beberapa kali"
  • Pakai korset. Corset sebenarnya dapat meletakkan rahim di tempat yang betul. Sebab itu semasa dalam pantang digalakkan supaya memakai bengkung.
Jadi dah tahu dah rahim kembang tu macam mana kan Perkara nampak kecil dan ringan tetapi jika diabaikan merana hidup. Boleh bercerai berai suami isteri tau. Isteri lebih-lebih lagi jangan ambil mudah perkara ini.

Klik disini untuk:

ATASI SENGGUGUT TERUK SEMASA HAID BERSAMA SHAKLEE

Ada sesetengah wanita mengalami senggugut teruk semasa haid. Antara tanda-tanda senggugut ialah sakit dibahagian ari-ari dengan rasa seperti mencengkam sehingga tidak boleh melakukan apa-apa, sakit pinggang, muntah-muntah, cirit birit dan mual. Senggugut juga boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang wanita.

Mengapakah senggugut boleh terjadi?

Senggugut boleh dialami seseorang selepas 6-12 bulan datang haid. Ia berlaku kerana berlaku pengecutan rahim secara paksa untuk mengeluarkan darah kotor yang tebal di dinding rahim. Senggugut juga boleh berlaku kerana disebabkan anda mempunyai ketumbuhan seperti cyst, Fibroid, Endometriosis, jangkitan dalam rahim, penggunaan alat perancang IUD dan rahim terbalik. 

Saya teringat semasa di sekolah menengah sesetengah rakan-rakan yang mempunyai senggugut yang teruk semasa haid minum minyak cap kapak campur dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan semasa datang haid. Ada juga yang mengambil minuman bikarbonat atau makanan tajam untuk mempercepatkan pengeluaran darah haid. Memang menakutkan!  Ada juga rakan-rakan yang terpaksa ambil MC tiap kali haid. Ada juga rakan-rakan saya selepas berkahwin secara tiba-tiba terkena senggugut selepas kahwin tetapi ada juga semasa bujang kena senggugut yang teruk tetapi selepas bersalin terus hilang senggugutnya. 

Jadi apakah penyelesaiannya? Sampai bila nak menanggung derita? Pesakit senggugut juga berkemungkinan untuk mandul. Lebih baik kita berusaha terlebih dahulu sebelum terjadi apa-apa. Antara produk Shaklee yang saya cadangkan untuk mengurangkan dan menghilangkan senggugut ketika haid haid ialah:

SENGGUGUT TERUK SHAKLEE

GLA Complex: Membantu membentuk protaglandin yang mengawalselia hormon wanita. Mengurangkan sistem PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara. Selain itu ia juga membantu mengecutkan ketumbuhan seperti cyst, fibroid dan lain-lain lagi

Ostematrix: Membantu melegakan urat-urat rahim daripada tegang. Ostematrix adalah sejenis kalsium. Pengambilan kalsium sehari sebelum haid benar-beanr membantu mengurangkan kekejangan pada ari-ari perut.

Bcomplex: Membantu mengurangkan ketegangan atau mood swing ketika datang haid. Ia juga membantu merehatkan urat-urat di rahim. Orang perempuan bila marah-marah je mesti orang akan cakap datang bulan la tu. Ia sangat membantu dalam aspek meredakan kemarahan.

Testimoni pengguna yang mengambil Set Senggugut Shaklee:

Testimoni pertama:


Testimoni set senggugut teruk shaklee


Testimoni kedua:

Set Senggugut teruk lepas kahwin Shaklee


Untuk tempahan anda boleh terus order ke:


Atau boleh je terus hubungi saya untuk harga kasih sayang di 016-6684862 (Ain Ridzuan). Nak lagi jimat boleh daftar keahlian Shaklee terus dapat 20% diskaun setiap pembelian produk.

Hanya pembelian dengan saya sahaja akan mendapat khidmat rundingan terbaik:
  • Cara pemakanan vitamin dengan betul
  • Tips-tips kesuburan (jika anda ingin hamil)
  • Tips-tips menghilangkan sakit senggugut


Pastikan anda memilih pengedar Shaklee yang betul-betul berpengetahuan sebelum menggunakan produk. Ditakuti kesannya kurang memberansangkan.

CABARAN AWAL DI DALAM MEMILIH PENYUSUAN SUSU IBU


Menyusukan anak sebenarnya tidak semudah yang difikirkan. Ramai ibu yang gagal dan kecundang dan proses menyusukan anak. Terdapat banyak rintangan yang perlu dilalui semata-mata ingin memberikan yang terbaik untuk si comel. Macam saya di awal-awal pemilihan untuk menyusukan anak, suami saya tidak menyokong penyusuan susu ibu. Katanya susu saya tidak berkualiti dan nampak cair, takut anak tak cukup zat. Memang sangat down masa ini. Walhal kita semua tahu Nabi Muhammad S.A.W menyusu dengan halimatussadiah sehingga 2 tahun lebih (di sunatkan 2 tahun sahaja). Mungkin beliau terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen yang mengembar-gemburkan tentang kehebatan susu formula.

Dalam hati ini, tuhan sahaja yang tahu. Saya mendapat cahaya mata lambat kerana masalah rahim terbalik. Jadi saya niatkan dalam hati, jika saya hamil dan melahirkan, saya nak susukan anak saya dengan susu saya sendiri. Alhamdulillah Allah perkenankan. Apabila suami saya reject untuk menyusukan anak perkara pertama yang saya buat ialah:

Berdoa kepada tuhan agar dibukakan pintu hati suami saya untuk mengizinkan saya menyusukan anak. Betapa hebatnya doa itu secara tiba-tiba kami termasuk ke kelas penyusuan ibu sedangkan sepatutnya kami perlu menghadiri kelas Dietition (kerana kencing manis ketika hamil). Maha suci Allah… Allah bukakan pintu hati suami saya untuk memberi keizinan menyusukan anak. Siap support belikan semua peralatan penyusuan dan breatpump yang memudahkan.

Dari segi mentua pula, tiada masalah sangat kerana mentua saya tidak kisah saya menyusukan anak susu ibu atau formula cuma beliau terkejut apabila saya beritahu saya masih menyusukan anak (kedua) sehingga sekarang (setahun 5 bulan). Tak sangka kot.. hehehe

Ibu saya pula masa anak pertama, memang sangat mencabar… yelah anak pertama mana ada pengalaman lagi.. orang tua-tua dulu kalau anak menangis je dikatakan lapar. Lalu di pujuknya saya berikan nestum/air kanji pada bayi itu walhal masa itu baru anak saya baru 4 hari. Allah! Saya keraskan hati dan cakap dengan emak saya, bayi saya tidak perlukan makanan lain selain susu ibu (very strict).. sampai nak gaduh pun ade… hehehe.. Tapi gaduh-gaduh manje la.. Akhirnya emak saya dah give up nak berikan susu formula/nestum. 

Sebenarnya bayi yang selalu menangis masa pantang hanya nakkan bonding si ibu sahaja. Manakan tidak 9 bulan 10 hari duduk nyaman di dalam Rahim ibu tetapi tiba-tiba dikelilingai keadaan yang menakutkan (sejuk, panas, bising).. Sudah tentulah dia perlukan pelukan seorang ibu (bonding).. Hanya penyusuan susu badan sahaja dapat menenangkannya.

Bagi ibu-ibu baru yang memilih untuk penyusuan susu ibu secara ekslusif seeloknya anda lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu terlebih dahulu kerana dugaan nak menyusukan anak ni maha dasyat. Disini saya kongsikan tips untuk menyakinkan orang terdekat  (suami, ibu sendiri, ibu mertua, ipar duai) supaya menyokong penyusuan ibu.

Berdoa – Berdoa semoga dibukakan pintu hati mereka mereka untuk meyokong penyususan susu ibu.

Cetak risalah-risalah tentang kebaikan susu ibu dan tunjukkan kepada mereka dan suruh meraka baca.

Selalulah bercerita tentang kebaikan susu ibu. Nyatakan niat murni anda untuk memberikan yang terbaik kepada cahaya mata sendiri.

Menghadiri bersama kelas atenatal yang menyokong penyusuan susu ibu. Disini akan di dedahkan kebaikan dan faedah menyusukan anak.


Ok. Ini sahaja perkongsian saya tentang cabaran awal menyusukan anak. Semoga anda semua berjaya… Ingat! Nak buat perkara baik pasti ada cabarannya. Gud luck!! 

Jumpa lagi di next entry ya!! Daaa…
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in