RUAM LAMPIN - CARA MERAWAT DAN MENCEGAHNYA

Ruam lampin adalah salah satu masalah yang seringkali melanda bayi-bayi yang berusia bawah 2 tahun.Bayi selalunya akan merengek jika kulit nereka gatal dan bermasalah. Ada beberapa sebab kenapa keadaan ini berlaku di kalangan bayi. Antara sebab-sebab ruam bayi terjadi ialah:



Kulit bayi lebih nipis berbanding dengan kulit orang dewasa dan kulitnya juga sensetif dan mudah cerut apabila tergesel dan ditekan kuat. Kawasan di bahagian lampin mudah tercemar dengan air kencing dan najis. Jika lampin yang telah dipenuhi dengan air kencing dan najis dibiarkan dan tidak ditukar dengan segera ia akan merosakkan kulit bayi. Akibatnya bahagian ini sering lembab dan dicemari fungus, kuman dan bakteria yang membawa kepada kulit kemerah-merahan dalam keadaan gatal. Kuman fungus yang dikenali sebagai ‘monilia’ atau ‘candida’ jika terdapat dibahagian ini sangat mudah membiak dan merosakkan kulit sehingga terdapat kemerahan dan kemunculan jerawatjerawat dibahagian tersebut. Bayi yang berumur kurang daripada satu tahun sangat rendah tahap immune / perlindungannya sangat mudah terkena jangkitan fungus ‘monilia’ dan akan berulangkali menghidapinya jika tidak dijaga dengan betul. Kuman fungus candida yang membiak di dalam mulut (oral thrush) boleh di kenalpasti dengan tompok-tompok putih di atas lidah dan juga pada dinding-ding mulut yang sering menyebabkan bayi tidak mahu makan.

Bayi yang mengalami cirit birit juga berisiko menghidapi ruam lampin kerana kerosakkan kulit dibahagian dubur dan jika tidak dikawal mudah melarat ke kawasan lampin.

CARA MENCEGAH RUAM LAMPIN

  • Ibu-ibu atau pengasuh perlu menukar lampin bayi sekerap yang mungkin supaya kencing dan najis tidak bertakung lama di bahagian tertutup.
  • Menggelakkan penggunaan sabun serbuk pencuci yang menyebabkan keradangan atau alahan pada bahagian lampin kerana bekas-bekas sabun akan keluar dari lampin dan meyebabkan kulit bayi melecet. (Khas untuk pengguna lampin kain)
  • Sekiranya bayi kencing atau buang najis, bahagian kemaluannya hanya perlu dibasuh dengan air biasa sahaja. Tidak perlu menggunakan sebarang sabun kerana ia akan memburukkan keadaan kerana terdapat sesetengah sabun detergen tidak sesuai dengan kulit bayi. Namun bergitu terdapat sesetengah mandian yang tiada bahan kimia dan semulajadi iaitu Basic H2 Organic Supercleaning Concentrate Shaklee. Ia sangat sesuai digunakan jika bayi terkena keradangan kulit, cacar air atau eczema.

  • Apabila bahagian lampin telah kering sepenuhnya, sapukan dengan krim untuk melindungi kawasan lampin daripada kimia-kimia jika bayi kencing atau buang najis. Untuk krim, anda bolehlah sapukan krim HerbalBlend dimana ia tidak mengandungi steroid yang mana sangat merbahaya kepada bayi. Lagipun ia 100% selamat, berkesan dan semulajadi.

  • Jika bayi telah mengalami keadaan ini digalakkan supaya tidak memakaikan lampin dahulu dan dedahkan kepada udara luar. Lampin plastik akan meburukkan keadaan dan lebih baik jika tidak digunakan semasa bayi mengalami ruam lampin.



Biasanya ruam lampin akan sembuh dalam masa beberapa hari jika mengamalkan langkah kebersihan yang tinggi. 

Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

3 comments:

  1. Salam kenal ...
    terima kasih ata info yang menginspirasi ini...
    oya kalau untuk tren kaos kaki wanita yang banyak diminati wanita saat ini seperti apa ya..
    mohon infonya ya..

    ReplyDelete
  2. terima kasih ya .. untuk tips kecantikannya..
    sebaiknya aktifitas lulur ini dilakukan berapa hari sekali..
    dan kalau untuk pabrik kaos kaki muslimah yang bagus itu dimana ya..

    ReplyDelete

  3. Info dan produk yang menarik untuk merawat ruam lampin. Selain itu, bagi mengelak masalah ruam lampin daripada melarat atau berulang, kita juga harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana silap produk boleh menyebabkan risiko alahan kulit.

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in