Salam minggu darling…. Semenjak drama Ariana Rose di TV3 jam
7 malam bersiaran saya memang dah jatuh hati dengan pelakon dan dramanya.
Lakonan mantap Keith Foo dan Ariana Rose memang superb!! Tapi saya selalu tak
dapat menontonnya di televisyen kerana sampai rumah pun dah malam. Kalau sempat
pun 5 minit terakhir aje. Penyelesaiannya nengok je lah di www.tonton.com.my boleh ulang 3-4 kali part
yang best.. hehehe.. Namun begitu disebabkan sikap kurang sabar untuk
mengetahui endingnya, saya telah meminjam novel asalnya iaitu The Wedding
Breaker dengan rakan. Fuh, tebalnya! Ada 642 muka surat. Memang memerlukan
komitment yang tinggi jika hendak mengabiskannya. Tapi tak pe lah demi minat ku
yang mendalam pada pelakonnya, saya baca juga..
Setiap kali saya membaca sesebuah novel saya mesti mencari ‘ilmu
baru’ di dalamnya dan di dalam novel The Wedding Breaker ini saya suka dengan
ilmu baru ini dan kongsikan dengan pembaca blog saya yang comel dan kacak ini.
Antara ilmu baru yang sayan pelajari melalui novel ini ialah:
Sewaktu Ariana Rose ingin di nikahkan bersama Tengku Adam
Kamil Datuk Tengku Mukhriz, ibu Ariana Rose Datin Asra sempat berpesan padanya
mengenai tips-tips melayari rumah tangga yang diambil dari seorang ibu iaitu Umamah Binti Al-Harith kepada anaknya yang ingin
berkahwin.
Nasihat yang pertama dan yang kedua: Kita perlu sentiasa
berpuas hati dengan layanan suami dan jadilah pendengar yang baik. Taat kepadanya
kerana kepuasan hati suami akan membawa kebahagiaan dan ketengan kepada rumah
tangga. Apabila kita taat pada suami Allah akan sayang pada kita.
Nasihat ketiga dan keempat: Pastikan kita dalam keadaan
terbaik pada pandangan suami. Pakai pakaian cantik-cantik dan jangan lupa
semburkan minyak wangi kerana lelaki mudah tertarik dengan bau-bauan.
Nasihat kelima dan keenam: Siapkan makanannya tepat pada
waktunya dan pastikan apabila suami tidur kita tidak bising. Kalau ada anak
hormati suami dan bawa anak-anak ketempat lain supaya tidak menganggu suami
tidur. Perut yang lapar dan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan seseorang
mudah marah.
Nasihat ketujuh dan kelapan: Jaga hati pekerjanya dan
anak-anak-nya kerana ini menunjukkan kematangan kita.
Nasihat kesepuluh dan kesebelas: Jangan sesekali pecahkan
rahsianya kepada orang lain dan jangan melawan cakapnya. Jika rahsianya
diur-uarkan kepada orang lain, hati kita tidak akan tenang kerana memikirkan
jika dia buat perkara yang sama seperti kita. Melawan cakapnya akan menerbitkan
rasa kebencian dalam hatinya. Kebencian yang sedikit-sedikit apabila berkumpul
akan membawa kehambaran dalam perkahwinan.
Haaa… inilah tips-tips rumah tangga bahagia yang saya suka
sangat. Sebab tu saya share dengan anda semua. Pesanan untuk kita semua… jangan
lupa amalkan…
Daaaaaaaaaaaaaaa……………
0 comments:
Post a Comment