SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK YATIM

Anak yatim adalah amanah Allah dan tanggungjawab kita menjaganya. Kita sebagai orang sihat, kuat bertenaga, mempunyai ilmu dan wang sangat dituntut untuk membantu mereka. Setiap kejadian di sekeling pasti ada kaitan dengan kita. Sambil-sambil jalan berblogwalking ini terjumpa pos ini di Denaihati. Jadi saya putuskan untuk menyebarkan di dalam blog kesayangan saya ini.


Antara peralatan persekolahan yang di perlukan ialah:
  • 2 pasang pakaian sekolah kebangsaan
  • 2 pasang pakaian sekolah agama
  • Sebuah beg sekolah
  • Sepasang kasut sekolah
  • Peralatan tulis
  • Yuran Kafa/ PIBG
Secara purata setelah dikira-kira, mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM 200.00 untuk seorang pelajar dan hampir RM 10,000.00 untuk menaja 50 orang pelajar.

Justeru itu saya dengan rendah hati menyeru kawan-kawan supaya menyumbang serba sedikit untuk pendidikan anak-anak ini. Setiap sumbangan anda sangat besar ertinya dan di pandang tinggi oleh Allah.

Untuk sumbangan anda boleh terus masukkan terus ke akaun:

Nama: Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih
Akaun Maybank: 5121 1003 6832  

Untuk sebarang pertanyaan hubungi mereka terus di talian 013-274 9573.

Boleh juga terjah Facebook mereka Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih .

Semoga usaha-usaha kita ini akan mendatangkan kebahagiaan kepada mereka dan keberkatan pada kita.

Sila share artikel ini atau maklumat ini di media-media sosial seperti wassup, FB, Instagram dan lain lain lagi. 

6 comments:

  1. fyna pun nak war-warkan kat blog fyna juga lah macam nih.

    ReplyDelete
  2. salams ain,

    besar pahala dan ganjaran menyebarkan berita yg sangat diperlukan oleh anak yatim...insyaallah akan cuba bantu sedikit yg mampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Miza,

      Insyallah jika buat perkara baik pasti ada keberkatannya.. jom buat entry..

      Delete
  3. saya pun rasa nak buat entri dekat blog juga lah

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in