TIPS MEMILIH TASKA YANG BAGUS UNTUK ANAK

Sejak kebelakangan ini banyak pula kejadian penderaan pada bayi dan kanak-kanak. Sampai kita sebagai ibu bapa rasa berhenti kerja untuk jaga anak. Berkerja dari rumah juga mendatangkan keuntungan. Tidak sampai hati saya melihat berita-berita yang menyayat hati di dada akhbar. Terbaru bayi berusia 10 bulan melecur di punggung kerana di cucuh strika oleh pengasuhnya. Jika ditanya pada saya samada memilih menghantar anak ke taska atau ke rumah pengasuh, memang tiada jawapan kerana kedua-duanya ada risiko. 



Setakat ini saya menghantar anak-anak saya di Taska dan alhamdulillah dapat taska yang bagus dan sayangkan anak-anak saya. Macam mana saya boleh tahu derang sayangkan anak-anak saya? Ia melalui perbuatan. Kasih sayang tidak boleh dibuat-buat. Ia datang dengan sendiri. Jasmine dulu saya mula hantar ke Taska pada umur 7 bulan kerana ada masalah pembantu rumah. Nak tak nak saya terpaksa hantar ke Taska (masa ni banyak dengar cerita buruk pasal taska di media massa). 

Sebelum saya memilih taska untuk anak, saya melawat portal Jabatan Kebajikan Masyarakat terdahulu untuk mengetahui Taska yang Berdaftar di bawah kementerian. Kelebihan taska di bawah kementerian, mereka di pantau dan diwajibkan untuk menghadiri kursus anjuran JKM. Mereka di latih secara praktikal dan amali. Bila dah dapat nama taska, saya dan suami mengambil cuti sehari untuk survey taska berikut dan taska-taska yang berdekatan dengannya. Kebanyakkan perlu membuat appointment terlebih dahulu atas faktor keselamatan tetapi nasib kami baik sebab kebanyakkan pemilik taska pada hari itu berada di taska. Taska pertama (tidak berdaftar JKM) yang saya pergi, hampir menitis air mata saya bila lihat anak-anak kecil yang baru nak berjalan dikurung di dalam pagar dengan muka sedih dan sayu. Masing-masing diberikan makan dengan nasi sup kosong dan di sup secara beramai. Dengan keadaan taska berbau hapak kerana tingkap di tutup. Huhuhu,... sedih woo! Masuk kereta je terus nangis depan suami kata tak sanggup nak hantar anak kat taska tu.


Pergi pula Taska yang kedua, alhamdulillah pencahayaan dan pengudaraannya betul. Ada aircond, televisyen, peti sejuk untuk simpan susu ibu dan tempat bayi. Sejuk sikit mata memandang. Derang pon bagi makan seorang demi seorang. Tidak campur-campur. Lagi lah diriku eksited. Akhirnya Allah jumpakan kami tempat yang selamat untuk Jasmine. Jadi kitaorang pun hantar Jasmine di taska ini. 

Hubungan yang baik dengan pengasuh taska dan ibu bapa sangat penting untuk kebajikan anak-anak. Pastikan ibu-bapa sering berkomunasi dengan pengasuh taska untuk mengelakkan kekeliruan. Kadang-kadang cikgu taska yang nasihatkan saya macam mana nak handle anak-anak. Hehehe... malu ai tau! Sesekali buatlah checkup dengan cara pinjam tandas untuk mengetahui tahap kebersihan dapur mereka. Seorang ibu kena cerewet. Memang kena tanya macam-macam dengan taska supaya mereka lebih alert dengan anak kita. pernah juga mereka panaskan susu badan Zafri sehingga panas menggelegak, terus saya bagi pamplet tentang pengendalian susu ibu. Baru derang paham. Kadang-kadang mereka tidak tahu dan kita perlu beritahu. Sekarang ini JKM telah mewajibkan pemasangan kamera litar tutup di Taska. Lagi mudah pemantauan di lakukan sebab kadang-kadang pengasuh cakap lain, ibu bapa cakap lain. 

Walaubagaimanapun, mereka adalah manusia biasa dan manusia biasa akan membuat kesalahan. Bila derang membuat kesalahan janganlah kita terus menghukum. Beri mereka peluang untuk memberi penjelasan.. Doa ibu-bapa sangat penting dalam hal ini. Banyakkan berdoa semoga dapat pengasuh taska yang betul-betul sayang dan ambil berat tentang anak kita.

Semoga artikel ini membantu buat ibu-ibu yang pening mencari pengasuh anak.

2 comments:

  1. kisah taska ni mmg bnyk kes, kalau jumpa taska yg ok alhamdulillah tp bg diri saya sendiri mmg ada kisah yg tak boleh lupa pasal taska

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetapi melalui hikmah taska juga mak jemah dah jadi ohsem sekarang ni :)..

      Delete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in