TEMPAT MAKAN YANG SEDAP DI PELABUHAN KLANG

Untuk korang yang ingin pergi ke Pelabuhan Klang samada berjalan-jalan atau urusan kerja, terdapat pelbagai makanan yang sedap ada di Pelabuhan Klang. Kebanyakkan restoran yang sedap di Pelabuhan Klang ialah berasaskan mamak dan makanan laut: 

Tempat makan yang paling sedap


  • Uncle berjualan pada hari Jumaat di hadapan Masjid Jamek Samadiah. Dia ini tiada restoran tetapi hanya menjaja. Nasi Briyani dia memang sedap tahap gaban. Setiap kali hari Jumaat je mesti teringatkan dia. Ada pelbagai Nasi Briyani iaitu lauk kari kambing, kari ikan, kari ayam, masak kurma dan pelbagai lagi. Kari dia memang mabeles.
  • Asam pedas Melaka, Pelabuhan Klang - Selaku orang Melaka, asam pedas dekat restoran ini agak sedap (opkos masakan mak lagi sedap). Saya selalu makan di sini ambil asam pedas daging tetel. Memang terangkat. Macam-macam ada dan semuanya masakan kampung. Ia mempunyai cawangan di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.
  • Mee Berahim - Restoran ini telah berada di Pelabuhan Klang hampir 30 tahun. Keenakkan mee nya memang sangat menawan kalbu. Ia juga resepi turun temurun.
  • Restoran Hajra - Restoran ini adalah restoran mamak tetapi mempunyai pelbagai lauk melayu seperti ulaman. Boleh pilih lauk kampung ke atau lauk mamak.
  • Rahmat Tan - Restoran ini di asaskan oleh seorang mualaf cina. Makanannya juga sedap. Terdapat kelengkapan WiFi. Tetapi dari segi kebersihan agak kureng dan pernah diberi notis tutup gerai sebab kotor. 
  • Restoran deSelat - Tidak pernah pergi tapi kawan-kawan cakap ok jer
Ok  tak? Kalau korang ada tempat makan yang sedap boleh komen kat bawah!

3 comments:

  1. Wah menarik! Boleh terjah satu-satu bila datang Pelabuhan Klang nanti :D

    ReplyDelete
  2. Ye ke sedap menikam kalbu...
    Aku anak jati port klang since 1985... semua tempat mknn ko review.. aku rate kan so so je.. 2.5star... aku cuma setuju part nasi beriani tu je... itu mmg sedap...

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in