GST MEMBEBANKAN ATAU TIDAK JIKA INGIN MERANCANG KELUARGA?

Assalamualaikum w.b.t. Rasanya sekarang ini ramai para ibu bapa tengah runsing dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Tambahan pula kerajaan telah memperkenalkan GST 6% untuk menstabilkan ekonomi negara. Untuk orang yang telah berkeluarga sudah tentu perkara ini agak membebankan terutamanya jika bakal menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat ini. Sebab itu jika ada jualan murah atau apa sahaja expo bayi amat di galakkan membeli kelengkapan bayi. Tetapi jika korang sanggup bertahan berebut di expo sila lah pergi. Hehehe..

Jom kita nengok apa di kenakan GST dari ibu mengandung hingga ke anak sekolah menengah. Pendek kata dari mengandung sehingga besar memang tidak boleh lari dari GST.


Antara perkara-perkara yang akan terlibat dengan GST kit ujian kehamilan, vitamin dan suplemen, susu untuk ibu mengandung dan menyusukan manakala perkara yang tidak di kenakan GST ialah pemeriksaan ibu mengandung dan ubat-ubatan yang di senaraikan dalam pengecualian GST.



Untuk bayi pula hanya susu formula bawah 1 tahun sahaja yang tidak di kenakan GST yang lain seperti lampin pakai buang, alat mandian bayi, breastpump, minyak bayi, botol susu, puting dan pelbagai lagi. Penyelesaiannya sila lah menyusu badan. Jimat dan mudah!


Untuk anak-anak yang setahun keatas GST hanya di kecuali kan untuk Oats dan beras.  Perkhidmatan kanak-kanak seperti taska, susu tepung, tisu basah, lampin pakai buang, baju, barang mandian semuanya di kenakan GST. Pada peringkat ini kos agak meningkat. Bayangkan dalam sebulan kanak-kanak itu minum 4 tin susu dan memakai lampin pakai buang. Mau berlubang poket ayah nya..


GST di kenakan kepada murid prasekolah termasuk buku, peralatan tulis , ubat gigi, beg sekolah dan lain-lain lagi. Hanya yuran taska tidak di kenakan GST samada tanggungan kerajaan atau swasta.


Bagi anak-anak yang bersekolah rendah dan menengah, GST yang di kenakan agak berkurangan sedikit. Yuran persekolahan, makanan di sekolah dan tambang bas di kecualikan daripada GST tetapi dari segi peralatan persekolahan di kenakan GST. 

Jadi ibu bapa sekarang ini memang tersepit meneruskan kelansungan hidup. Nak berbelanja perlu berkira terlebih dahulu. Kena ada duit selit-selit. Duit gaji? Bertapa kat gunung pun belum tentu duit tambah turun dari langit. Duit gaji adalah statik. Contohnya gaji sebulan RM 2500.00. Tolak duit rumah sewa, duit kereta bulanan, pinjaman pelajaran, duit minyak pergi balik pergi sekolah, yuran taska anak dah tinggal berapa? Saki bakinya memang menyakitkan hati.

Saya juga pernah mengalami keadaan seperti itu. Nak meminjam memang malu. Lagipun sampai bila asyik nak meminjam kan. Jatuh maruah tau kalau asyik meminjam. Fikir punya fikir kena usaha dengan cara berniaga dan Shaklee membuka peluang berniaga dari rumah dengan kos modal yang sangat rendah iaitu RM 75.00 sahaja tanpa perlu menyimpan stok. Senang pun senang.. mengadap je depan komputer dan handphone.

Alhamdulillah pucuk di cita ulam mendatang.. 

Bersambung lagi.....

3 comments:

  1. Ini yang membuatkan ramai pasangan ragu-ragu untuk memiliki bilangan anak yang ramai. Maka sudah tiba masanya kita semua mencari sumber pendapatan tambahan untuk menampung keperluan yang semakin meningkat.

    ReplyDelete
  2. Kepweluan hidup semakin meningkat..tetapi kos sara hidup pun ikut meningkat. Pendapatan takde kenaikan. Bagaimana kalau kita tiada pendapatan sampingan.? Pastinya sangat susah. Jadi marilah kita cari pendapatan sampinga .

    ReplyDelete
  3. siyesss sejak gst memang terasaaaa sgttt..tambah pulak ank br jd tambah jd 2 ni..mcm2 yg kena fikirkan..

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in