CARA MENGURANGKAN KESAKITAN BAYI TUMBUH GIGI

Apabila bayi hendak tumbuh gigi memang serba tidak kena. Makan tidak mahu, menyusu tidak mahu. Sampai kita pula yang risau. Selalunya bayi yang nak tumbuh gigi ini air liurnya meleleh-leleh dan demam. Jika bayi menyusu badan bayi kerap mengigit ketika menyusu.

Anak-anak saya pula jika nak dapat gigi mesti akan demam dahulu baru dapat gigi. Sakit urat agaknya. Sekali tumbuh 2-3 batang gigi. Orang tua-tua dulu cakap seelok-eloknya tumbuh gigi bawah dulu, kalau tumbuh gigi atas dulu nanti suka cakap besar. Pada pendapat saya, kepercayaan ini adalah mengarut kerana perwatakan anak-anak kita apabila besar di pengaruhi oleh didikan ayah dan ibu ketika kecil.

Cari atasi kesakitan bayi tumbuh gigi


Antara perkara yang saya lakukan untuk mengurangkan kesakitan bayi ketika tumbuh gigi ialah:

  • Beri bayi gigit mainan yang sejuk seperti Cool Gel atau teether. Ia akan membantu mengurangkan rasa kesakitan gusi bayi.
  • Berikan paracetamol mengikut sukatan yang diberikan. Paracetamol membantu mengurangkan gusi bengkak dan berfungsi sebagai 'pain killer'.
  • Berikan hirisan lobak untuk digigit. Pastikan anda duduk bersama dengan bayi bagi megelakkan bayi tercekik.
  • Lakukan aktiviti yang melibatkan permainan berwarna-warni. Ini akan menyebabkan bayi tidak fokus pada kesakitan yang dialaminya. 
Diharap dengan perkongsian saya serba sedikit ini dapat membantu anda! 

1 comments:

  1. tq sharing..
    sy kena standby ni klu ank nk tumbuh gigi..takut btl klu spi demam..

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in