TAUHU BAKAR TERBAIK DI PELABUHAN KLANG

Assalamualaikum wbt. Cuba angkat tangan siapa kat sini tak suka makan! Tiada manusia di dalam dunia ni tak suka makan, semuanya suka makan kecuali yang memang sakit dan tak de selera nak makan tu la. Hari ini saya nak bawakan tempat tauhu bakar dan rojak yang sedap di Pelabuhan Klang.


Sebenarnya saya mengenali pakcik yang menjual Tauhu Bakar ni sejak 4 tahun lepas setelah rakan sepejabat beritahu port baru tempat makan yang sedap. Beliau menjalankan perniagaan rojak buah dan tauhu bakar atas sokongan Lembaga Zakat Selangor. Macam mana saya boleh tau? Kerana beliau menggunakan lori yang di bekalkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Jadi kami gelarkan dia pakcik lori zakat untuk mudah mengenali beliau.


Pengalaman saya ketika mengandungkan anak yang kedua, secara tiba-tiba mengidamkan tauhu bakar pakcik ini. Hampir setiap petang saya cari dan tak jumpa. Ingatkan dah tutup tetapi rupanya saya cari tak kena hari yang beliau berniaga.. Akhirnya setelah anak saya berusia 2 tahun baru jumpa.. huhuhu

Untuk pengetahuan korang, setiap kali pergi ke tempat pakcik ni mesti ramai orang yang menunggu. Tapi saya salute la beliau sangat pantas melayan tempahan walaupun seorang diri. Cuma kenkadang tu bila dah ramai sangat orang dia memang minta pelanggan ambil sendiri. Hehehe... tetiba ada pelayan sambilan pula di sini.


Apa yang best sangat tauhu bakar dan rojak buah pakcik zakat ini ialah kuahnya! Memang melekat habis!... Ditambah pula taburan kacang yang meriah dan mendamaikan. Bila tauhu bakar masuk ke mulut memang terasa segala kenikmatannya itu. Rasa kacang, rasa kuah rojak dan rasa tauhu menjadi satu.Weeewwwit!!


Untuk pengetahuan korang pakcik zakat ni ada dari jam 12.30 tengahari sehingga 6.30 petang setiap hari Isnin hingga Khamis. Jumaat beliau cuti. Cara nak cari tempat pakcik ini ialah ia berada di berdekatan RHB Bank Pelabuhan Klang. Jika berada di traffic light bangunan pagawam Show Brothers lama arah dari Klang ambil ke kanan nampak RHB Bank belok ke kanan dan jalan terus. Di situ lah pakcik itu berada. Faham ke faham ni?

Kalau tak jumpa boleh la tanya orang di situ. Papepun korang wajib cuba tau!

4 comments:

  1. fuhh..

    lama gila tak makan tauhu bakar wehh..

    ReplyDelete
  2. kak..tumpang tanya..sekarang ni abg tu masih meniaga kat RHB bank tu ke?dulu port dia kat tempat lain..dah lama saya cari abg ni..dah lama tak makan tahu bakar dia..terima kasih kak bg info psl abg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi dik.. akak baru pergi 2 minggu lepas.. Tempat dia kat RHB Bank depan sikit.. dekat dengan bangunan baru tu..

      Delete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in