ADAB BERGADUH DALAM RUMAH TANGGA

Assalamualaikum wbt. Selalunya musim-musim cuti sekolah ramai yang melansungkan perkahwinan. Bahagia rasanya apabila melihat pasangan dua sejoli menyatukan cinta kepada cinta yang halal. Namun begitu menempuh alam perkahwinan ini tidak seperti semasa bercinta dahulu. Semasa alam perkahwinan bermula, baru lah terserlah perangai sebenar pasangan kita.



Secara amnya bergaduh semasa bercinta tidak sama dengan dengan gaduh lepas kahwin. Bergaduh selepas berkahwin perlu ada teknik yang betul bagi mengekalkan rumah tangga. Kalau ikutkan hati boleh bercerai berai. Orang cakap menarik rambut di dalam tepung agar tidak berselerak. Begitulah gambaran adab bergaduh di dalam rumah tangga. Barulah di katakan gaduh-gaduh sayang..

adab bergaduh dalam islam

Semasa bergaduh ada juga adab dan pantang larang yang kita tidak boleh buat masa bergaduh iaitu:

Jangan hina kedua ibu bapanya


Ini adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Bayangkan seseorang menghina kedua ibu bapa kita, yang mendidik, menyusukan kita dari kecil tiba-tiba orang lain menghina mereka. Perkara ini memang akan menyakiti hati pasangan dan melibatkan banyak pihak seterusnya merenggangkan hubungan kekeluargaan. Pada zaman sekarang ini kebanyakkan menantu memang tidak sukakan keluarga mentua. Macam alergik bila kena balik rumah mentua. Jangan bergitu. Pasangan yang kita kahwini itu anak mereka. Ambillah hati mereka demi keharmonian rumah tangga kita.

Jangan mengungkit 


Jangan mengungkit apa yang telah di berikan kepada pasangan. Hilang pahala atas semua kebaikkan kita lakukan untuk pasangan.

Jangan bertengkar depan anak-anak


Jangan bertengkar di depan anak-anak kerana ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada mereka. Selain itu mereka juga akan rasa tertekan dan hilang rasa hormat apabila melihat ibu bapa saling bergaduh. Perkara yang paling teruk berlaku ialah mereka menceritakan keadaan ibu bapa bergaduh kepada orang luar. Ini akan menjejaskan imej keluarga kita.

Jangan pukul pasangan


Apabila bergaduh elakkan daripada memukul pasangan menggunakan tangan atau peralatan. Dalam Islam ada adab mengawal kemarahan. Jika tengah marah dalam keadaan berdiri maka duduk lah, Jika tidak dapat melegakan berbaring lah. Jika masih lagi tidak dapat meredakan kemarahan berwudhuk la dan lakukan solat sunat taubat. Sesungguhnya marah itu sebahagian daripada sifat syaitan.

Jangan hina pasangan


Jangan hina peribadi pasangan samada gemuk, pendek, kulit mengerutu dan lain-lain kerana ia akan menambah lagi kekeruhan hubungan dan pergaduhan akan menjadi semakin berpanjangan.

Jangan bergaduh berpanjangan


Suami isteri jika tidak bercakap seharian kerana bergaduh, berhati-hatilah syaitan mungkin akan masuk jarum. Had maksima tidak bertegur sapa ialah 3 hari. Bayangkan keadaan kalau selama 3 hari tidak bercakap dengan pasangan walaupun tinggal sebumbung. Rendahkan ego, lapangkan hati dan belajar memaafkan. Pasti rumah tangga aman bahagia.

Ingatlah pasangan yang kita gaduh dan marah itu suatu ketika dahulu pernah ada di dalam hati kita.. Dia ibu dan bapa kepada anak-anak kita.. Jangan gaduh lama-lama ya!

Anda mungkin berminat dengan artikel ini:
Tips bijak urus hutang


Kredit: Majalah Anis

1 comments:

  1. Amalkan solat secara berjemaah setiap waktu solat supaya kedua-duanya dalam keadaan tenang je

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in