Showing posts with label Panduan dan Tips. Show all posts
Showing posts with label Panduan dan Tips. Show all posts

TANDA MENGANDUNG ANAK LELAKI ATAU PEREMPUAN

Perkara yang paling ayah dan ibu nak tahu apabila di sahkan mengandung ialah ingin mengetahui samada mengandung anak lelaki atau perempuan. Ada yang nak anak perempuan, ada yang nak anak lelaki. Kadang-kadang ayah dan ibu tidak kisah tetapi atok dan nenek yang lebih.. hehehe

Tanda mengandung anak lelaki atau perempuan

Korang jangan risau sebab saya pun mengalami perkara yang sama. Keluarga sebelah suami memang tiada cucu lelaki jadi mempunyai harapan tinggi nak cucu lelaki. Masing-masing dengan andaian masing-masing. Bagi mengurangkan teka-teki samada nak tahu korang mengandung anak lelaki atau atau anak perempuan jom kita skodeng tanda mengandung anak lelaki atau perempuan.

Anak lelaki

  • Tiada morning sickness. Pengalaman saya mabuk apabila waktu malam. Masa bangun bagi tiada pula. Jadi perkataan patut ditukar kepada night sickness (menakutkan je.. hehe)
  • Kulit selalu kering sehingga menyebabkan gatal-gatal. Saya selalunya sapukan butter losyen atau minyak zaitun untuk hilangkan kulit kering.
  • Suka makan makanan yang masam dan manis. Saya suka sangat makan makanan masam dan manis. Masa mengandung Jasmine dulu tak de pula hingin sangat dengan mangga ni. Masa mengandungkan Zafri secara tiba-tiba heran sangat dengan mangga. Sampai terkebil-kebil buat muka ayu nak minta mangga kat jiran sebelah rumah. Hehe..
  • Kerap sakit kepala dan perut. Bab sakit perut dan sakit kepala jangan cakap lah. Kalau saya minum air teh atau sesuatu yang berangin memang tak yah tunggu sejam, terus sakit sampai berguling-guling. Nasib baik suami sapukan ubat sapu buang angin khas untuk ibu mengandung. Terus kentut bagai nak rak.. Legaa..
  • Hidung kembang dan mekar. Macam bunga rose tengah kembang haa macam tu lah kembangnya hidungku.
  • Tiap kali nak keluar rumah mesti nak bersolek. Kalau tak bersolek tak sah!
  • Selalu merajuk dengan suami. Kalau sehari tak gaduh tak sah.. agaknya baby dalam perut tak nak kongsi kasi sayang dengan ayahnye kot.. hehehe
  • Perut nampak bulat dan condong ke bawah.
  • Aerola payudara bertambah gelap
Anak perempuan
  • Morning Sickness di awal trimester. Masuk apa pun tak lalu.
  • Lebih cerewet dari waktu biasa. Suami saya pernah beli makanan satu pasar ramadhan sebab dia tak tahu isteri dia nak makan yang mana satu. Mana taknya setiap kali bawa balik makanan asyik komplen aje.. Isterinya ini tak boleh bau langsung bau makanan yang sedang dimasak. Tu yang kena beli makanan di luar.
  • Tidak memperdulikan penampilan. Masa ini nak pakai apa je yang ada di dapan mata. Pernah balik kampung pakai t-shirt dengan kain batik je. Singgah kawasan Rehat dan Rawat rasa malu pulak nak keluar sebab selebet. Hehe..
  • Payudara kelihatan mengembang dan sebelah kiri lebih besar dari sebelah kanan.
  • Mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.
  • Selalu sakit pinggang sebab berat kandungan lebih tertumpu pada pinggang dan punggung.
  • Perut kelihatan agak lonjong dan condong ke atas.
Amacam ada yang sama tak? Walauapapun jantina bayi di dalam kandungan yang pasti itu adalah ketentuan tuhan. Allah yang merancang..

TIPS BUAT DUIT DARI RUMAH

Korang pernah rasa giveup tak bila buat bisness tak jadi? Dah melabur duit macam-macam tapi hasilnya hampa. Nengok orang sana-sini buat duit dari rumah senang aje. Siap tunjuk duit berkepuk-kepuk kat FB. Kalau lah realitinya diriku bergitu..

daftar keahlian shaklee
Dush... rentikan lah angan-angan tu diknon. Nak kaya raya dengan duit sekepuk macam tu petik jari aje mana boleh. Cuba nengok jutawan-jutawan sekarang seperti Tan Sri Sheikh Mokhtar, Tan Sri Anandand Krishnan, Mendiang Lim Goh Tong dan ramai lagi dulu nak kaya macam mana azabnya tak tidur malam, kena tipu, kena hina angan-angan besar dan macam-macam lagi. Kita ni baru seminggu tak tidur malam dah fikir give up. Kamon bebeh! 

Antara tips-tips saya yang menjadi panduan saya untuk berjaya ialah:

  • Dahulukan Allah - Allah is my best partner! Jaga Allah pasti Allah jaga kita. Jangan sebab kita nak dapat order jumlah RM 5,000.00 maka kita melewatkan atau meninggalkan solat. Allah lebih kaya daripada kita. Apalah sangat RM 5,000.00 pada pandangan Allah.. Allah  memandang usaha kita menuju kejayaan bukannya berapa nilai sale yang kita dapat pada hari itu.
  • Bersama-sama orang-orang positif dan soleh - Tidak dapat dinafikan persekitaran sekeliling akan mempengaruhi diri kita. Kalau kita asyik jumpa orang yang suka komplain orang je dah tentu kita juga akan jadi kaki komplen. Jika kita bercampur dengan geng-geng Masjid dah tentu suatu hari nanti kita akan pergi ke Masjid. 
  • Selalu positifkan diri - Kalau kita asyik salahkan orang je sampai bila kita tak perasan kesalahan kita. Jadi bila ada orang tegur tu, terima dengan hati terbuka.
  • Pilih bisness yang tidak memerlukan modal yang tinggi - Untuk anda yang masih baru menceburi dalam bidang perniagaan ini di galakkan supaya menceburi bisness yang rendah modal supaya kadar kerugian minima dan tidak perlu kumpul stok. 
  • Belajar ilmu perniagaan dengan orang yang betul- Ada orang ingat berniaga ni ibarat jual ikan di pasar, letak je terus ada orang beli.. No.. No.. Nak berniaga kena ada teknik dan ilmu. Kalau tiada teknik dan ilmu hancur leburlah perniagaan. 

Amacam ok tak tips-tips yang saya beri ni? Insyallah jika di berikan kudrat saya akan share lagi.

Klik di sini jika anda nak memulakan perniagaan dengan modal yang rendah

DULU SAYA SEDIH FIKIRKAN MACAM MANA BANYAKKAN SUSU IBU TETAPI KINI SUSU SAYA DAH PENUH PETI AIS

Masa saya menyusukan Jasmine, teringat lagi memang penat sangat sampai struggle nak banyakkan susu ibu. Dekat pejabat selalu tertidur. 

banyakkan susu ibu merudum

Tambahan pula mertua duduk serumah. Takkan balik kerja terus masuk bilik. Susu merudum jangan cakap lah. Saya pernah dapat sekali pam hanya 3 oz. Hampa betul perasaan. Nengok kengkawan lain dapat 8-10 oz sekali pam memang cemburu sangat. Oh ya! Jasmine tidak menyusu badan secara terus. Setiap hari saya akan pam susu dan berikan susu ibu melalui botol. Dalam sehari saya wajibkan diri untuk mengepam sekurang-kurangnya 8 kali sehari. Saya dah macam zombi.


Bila mengandungkan anak yang kedua saya tekad saya mesti berubah! Saya nak susukan anak yang kedua ini sampai 2 tahun dengan penyusuan ibu secara terus. Apa yang saya buat persediaan menyusukan anak ialah:
  • Belajar dengan orang yang lebih berpengalaman dalam penyusuan
  • Sertai kumpulan sokongan penyusuan
  • Membaca blog berkaitan penyusuan
  • Mengamalkan pengambilan suplemen
Macam-mana saya buat? Meh sini saya nak share:

Belajar dengan orang yang lebih berpengalaman dalam penyusuan

Kebanyakkan orang-orang lama di dalam penyususan ibu telah mempunyai pengalaman menyusukan anak sehingga 2 tahun. Boleh di katakan setiap hari saya kan mesej inbox meraka untuk inginkan kepastian. Antara orang-orang yang saya maksudkan ialah kaunselor penyusuan ibu seperti Malaysian Breastfeeding Peer Conselor (MBPC). Anda boleh hubungi mereka untuk mengetahui kaunselor penyusan yang terdekat.


Sertai kumpulan sokongan penyusuan

Kalau duduk sensorang memang tak jadi apa. Akibatnya diri sendiri merana. Sertai kumpulan sokongan penyusuan. Kumpulan ini akan membimbing dan membantu dalam setiap permasalahan penyusaan anda. Kebanyakkan ahli kumpulan ini terdiri daripada wanita yang menyusukan anak. Perbincangan sesama ahli akan membantu. Antara kumpulan sokongan yang saya sertai ialah Kumpulan Ibu Menyusukan,

Membaca blog berkaitan penyusuan.

Sekarang ini dah macam-macam blog yang berkongsi tentang penyusuan susu ibu. Termasuk blog Sweet Mom Blog ini.. hehe. Cara penyimpanan susu ibu, cara banyakkan susu ibu, cara mengendalikan stok semasa traver dan lain-lain lagi. Memang seronok bila membaca pengalaman ibu-ibu ini.Kita juga bolrh bertukar-tukar pengalaman.


Mengambil suplemen atau makanan tambahan

Saya memang mempunyai masalah kepenatan badan yang melampau. Jadi saya ambil suplemen untuk memberikan tenaga sepanjang hari. Tambahan pula susu badan semakin lama semakin merudum. Jadi saya perlu cuba pelbagai alternatif untuk mencuba makanan banyakkan susu ibu. Tak sanggup nak berikan anak susu formula.. Alhamdulillah saya berjumpa Shaklee dan pengalaman hitam saya menyusukan akan hilang! Stok susu pon bertingkek-tingkek.. hehehe. Ada orang kata mereka tidak perlukan suplemen susu banyak juga. Oh, saya bukan jenis macam tu! Saya kalau penat sangat sampai mengigil dan tertidur semasa memandu. Ngeri aje..

Alhamdulillah. Sampai sekarang saya masih menyusukan si comel Zafri ni. Dah nak masuk 3 tahun pun. Hehe...Wean off? Rasa macam sedih lak..

Jika anda mengalami masalah susu merudum seperti saya usahakan! Jangan putus asa! Susu ibu adalah hak anak. Jika anda mengalami masalah penyusuan, anda boleh terus hubungi saya. Insyallah saya akan membantu sedaya mungkin.. 

See ya!


CARA CEPAT HAMIL UNTUK PASANGAN YANG DAH LAMA BERKAHWIN

Dah lama berkahwin tetapi masih lagi belum dikurniakan anak. Macam-macam cara cepat hamil di lakukan tetapi gagal. Mertua di kampung dah bising-bising bila nak ada anak sendiri. Adik ipar yang baru kahwin pun dah ada anak sendiri. Memang rasa tak nak balik kampung lah! Asal balik je 'Dah ada isi belum? Tekanan perasaan kan bila orang asyik tanya pasal anak ini. Lepas itu di tambah perasa kekasih lama suami dah berderet anaknya. Makan hati beb!

Set kesuburan Shaklee

Okey darling-darling... jangan stress ok. Lantak la apa orang nak cakap apa yang penting kita suami isteri rumah tangga aman bahagia. Think positif! Salah satu sebab susah mengandung ialah stress memanjang. Fikir sangat apa orang nak cakap. No.. no.. no..

Saya nak kongsikan dengan korang cara cepat hamil yang paling berkesan untuk pasangan yang dah lama berkahwin. Take note ye darling-darling. Kalau boleh print dan tampal kat dinding.. (hover tak mak.. haha).

Perkara pertama yang paling penting sekali petua cepat hamil ialah tahu bilakan masa ovulasi isteri yang betul sebab masa itu ovum mengeluarkan telur untuk disenyawakan. Kalau tidak jadi sia-sia. Bagaimana nak tahu masa ovulasi isteri? Meh sini..:

Cara mengetahui waktu subur

  • Gunakan kalendar untuk mengenalpasti corak haid korang. Lakukan selama beberapa bulan. Tanda kedatangan haid sejak hari yang pertama hingga hari terakhir. Biasanya ovulasi bagi kitaran haid 27 hari, hari ovulasi ialah pada hari ke 14. Namun bergitu ia bergantung pada kitaran haid setiap wanita. Ada hari yang ke 13 dan ada hari yang ke 16.
  • Perhatikan cecair yang keluar di bahagian intim. Jika cecair itu berwarna jernih seperti putih telur itu adalah petanda wanita sedang ovulasi tetapi apabila cecair menjadi seperti keruh atau hilang anda terlepas masa ovulasi.
  • Perhatikan suhu badan, Suhu badan ketika ovulasi selalunya sedikit meningkat 2-3 hari sebelum ovulasi. Lakukan ujian suhu termometer sejurus selepas bangun tidur.
  • Gunakan ovulasi kit yang terdapat di farmasi. Ia membantu mengesan hormon ovulasi di dalam badan anda. Lakukan seawal 2-3 hari sebelum tarikh anda di jangka ovulasi.
Dah tahu bila masa ovulasi yang sesuai amalkan tips-tips ini. Tips ini MESTI dilakukan untuk peluang kejayaan untuk hamil.
  • Lakukan hubungan seks dengan kerap: Lakukan hubungan seks seminggu dalam 2-3 kali semasa tarikh yang hampir dengan tarikh ovulasi iaitu waktu subur. Ini akan meningkatkan peluang untuk hamil. 
  • Jangan lakukan hubungan seks setiap hari jika menghampiri waktu subur kerana kepekatan sperma atau air mani akan sedikit menurun setiap kali selepas seks. Lakukan seks selang sehari atau dua hari sebelum waktu subur bagi meningkatkan kepekatan air mani dan sperma.
  • Amalkan gaya hidup sihat. Kekalkan berat badan yang unggul, ambil pemakanan yang berkhasiat, elakkan kafien dan elakkan tekanan. 
  • Amalkan pengambilan Bcomplex 2-3 bulan sebelum hamil kerana mengandungi asid folik yang mengurangkan kadar kecacatan pada bayi seperti spina bifida dan kecacatan tiub neural.
Perkara yang korang MESTI ELAKKAN untuk hamil ialah:
  • Jangan merokok. Asap rokok akan menyebabkan telur ovum tidak matang. Dapatkan nasihat doktor untuk berhenti merokok sebelum persenyawaan berlaku. Dikhuatiri jika persenyawaan berlaku janin akan cacat.
  • Jangan minum minuman yang berakohol kerana ia mengurangkan tahap kesuburan seseorang dan akan mengancam keselamatan bayi yang dikandungkankan. Seelok-eloknya sila berhenti minum alkohol.
  • Jangan ambil ubat-ubatan tanpa perkripsi doktor. Nyatakan kepada doktor yang anda merancang kehamilan  supaya ubat yang diberikan tidak mengganggu proses persenyawaan dan meningkatkan peluang kesuburan.
  • Jangan gunakan pelincir faraj kerana ia akan menyebabkan sperma mati dan mengurangkan kesuburan. Air liur juga mempunyai kesan yang sama. Jika anda memerlukan anda boleh mencuba minyak mineral atau minyak canola atau dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui pelincir faraj yang sesuai.
  • Jangan bersenam secara keterlaluan. Kajian mendapati jika bersenam melebihi 5 jam dalam seminggu akan menurukan tahap kesuburan seseorang jika dia tidak mempunyai masalah berat badan walaupun hanya senaman aerobik.
Jika anda pasangan muda awal 30-an dan mempunyai kesihatan yang baik digalakkan mencuba sendiri dalam setahun tetapi jika tidak mendatangkan hasil sila berjumpa dengan pakar gynecology untuk mengenalpasti punca masalah ketidaksuburan.  

Sebelum merancang kehamilan, anda perlukan badan yang sihat untuk hamil samada isteri atau suami. Pengambilan suplemen membantu meningkatkan peluang untuk hamil. Antara suplemen yang membantu meningkatkan tahap kesuburan ialah:

Vitalea

cara cepat hamil dengan Shaklee

Vitalea merupakan multivimin yang lengkap 24 mineral di dalamnya yang membantu memberikan kecergasan kepada pengamalnya. Badan yang sentiasa lemah lesu lemau akan menganggu proses kesuburan.

Bcomplex


Cara cepat hamil dengan shaklee

Sebagai antistress (anti-tekanan). Punca susah mengandung berpunca kepada tingginya tahap tekanan. Apabila kita tertekan, sejenis hormon akan dirembeskan keluar untuk menghalang tahap kesuburan. Ia juga mempunyai asid folic yang membantu mengelakkan spina bifida atau kecacatan pada bayi.

Sustained Released 500 mg Vita-C

Vita-C merupakan antioksida yang bagus untuk memperbaiki sel-sel dalaman yang telah rosak. Sangat sesuai di ambil untuk suami yang kuat merokok. Untuk isteri ia membantu mengeluarkan telur yang sihat.

GLA Complex


Membantu membetulkan hormon yang kacau-bilau di dalam badan seperti masalah haid tidak teratur, senggut yang teruk, telur tidak matang (PCOS) dan faraj selalu kering ketika hubungan seks.

Alfalfa


Khasiatnya untuk mengeluarkan toksin yang terpendap lama di dalam badan. Ada wanita yang mempunyai period yang tidak teratur dan darah-darah lama yang terpendap didalam rahim. Ini tidak bagus kerana akan menyebabkan ketumbuhan di dalam rahim (cyst/ fibroid). Untuk suami pula jika merokok memang wajar sangat diambil kerana ia membuang racun-racun di dalam badan. Selain itu ia juga membuang angin jahat di dalam badan. Pernah dengar tak tentang angin di dalam faraj? Salah satu sebab susah mengandung kerana ada angin di dalam rahim dan menghalang persenyawaan berlaku.

Zinc


Membantu mengeluarkan sperma yang sihat dan aktif. Ada sperma yang sihat, lembam dan cacat. Zinc membantu memperbaiki kecacatan dan kesihatan sperma. Kalau sperma tidak sihat dan lembam macam mana nak sampai ke telur untuk persenyawaan? Habisnya sperma mati ditengah jalan.

Vita-E Complex


Merupakan vitamin cinta untuk pasangan suami isteri kerana ia meningkatkan keinginan untuk bersama dan memperbaiki tahap kesuburan suami isteri secara keseluruhan. Vitamin E juga mengandungi aktioksida yang tinggi.

Testimoni pengguna Set kesuburan ini:

Pengguna 1: 


Saya belum kahwin lagi. Saya period tidak teratur. Memang dari dulu lagi. Dah pernah jumpa pakar, ambil ubat hormon semua. Makan ubat datang la period. Tapi takkan selamanya bergantung pada ubat kan. Pernah juga amalkan vitamin EPO yang dari klinik, farmasi. Tapi tidak berkesan juga. Sehinggalah di perkenalkan oleh sahabat saya Nazirah Abdullah GLA Complex Shaklee ni. Lepas sebulan ambil, alhamdulillah period datang. Walaupun period belum betul-betul teratur lagi. tapi stilla ambil dengan konsistan. Sebabnya saya dapat pakej BONUS! Dengan tidak disangka berat saya turun sampai 4kg! Kulit muka pon jadi licin. Pada hal mula-mula ambil bukan untuk tujuan tu pun kan.. Best kan!! So siapa yang ada masalah period yang tidak teratur, boleh la ambil GLA neh. Boleh kawal berat badan dan licinkan kulit juga tau!



Testimoni Puan Suziana Hanafi:

Saya nak share testimonial saya menggunakan GLA selama 2 bulan.. alhamdulillah cyst saya dah pun mengecut dari 4cm (tak ingat yang tepat) ke 3.6 cm.. tadi saya buat checkup kat klinik nak nengok saiz cyst saya dan alhamdulillah. .. dan period saya pun dah tak keluar darah yang berketul-ketul lagi..makan GLA adalah salah satu usaha saya sebab doktor pernah cadangkan saya buat pembedahan tapi saya tolak dan mencuba GLA ni.. mudah-mudahan tahun 2013 nanti ada rezeki untuk saya pregnant pula.. doakan saya yer kawan-kawan.


Pengguna 3:




Untuk tempahan:

Tempahan secara bank transfer, cash deposit atau COD boleh terus hubungi saya atau sila isi borang tempahan disini. Klik disini untuk mengetahui kawasan COD:

Kak Long kawasan COD



Nak lagi jimat daftar keahlian Shaklee aje. Potongan sehingga 20% harga produk. Hanya RM 80.00 untuk seumur hidup

Anda juga mungkin meminati artikel:

MAKANAN MENURUNKAN KANDUNGAN GULA DALAM DARAH

Ibu saya seorang pesakit kencing manis. Pemakanan memang kena jaga betul-betul. Kalau salah makan je mesti kandungan gula dalam darah naik mendadak dan bangun pagi kebas. Kalau terkurang makan dia akan jadi Diabetis hypo dimana kandungan gula di dalam darah sangat sedikit hingga boleh menyebabkan mengigil atau pengsan. Bila pengsan keadaan akan merbahaya. Ibu mertua kawan saya pernah pengsan dan kandungan gula di dalam darah tinggal 1 sahaja. Nasib baik keluarga cepat-cepat beri air manis baru pulih.


Sebenarnya sebagai pesakit kencing manis kita perlukan cara yang betul untuk mengawal gula di dalam darah ini. Jika kita main agak-agak sahaja ia lebih memburukkan keadaan. Diet pemakanan harian perlu betul dan makan pada masa yang ditetapkan. Jangan makan lewat malam. Bila kita skip makan dan makan lewat, insulin tidak dapat menukarkan gula kepada tenaga seterusnya kandungan gula dalam darah akan meningkat. 

Saya ingin kongsikan makanan-makanan yang boleh mengawal kandungan gula di dalam darah iaitu:

KAYU MANIS


Terdapat beberapa kajian menyatakan pengambilan kayu manis boleh merendah kandungan gula di dalam darah. Ia juga boleh mengurangkan kolestrol, triglycerides dan kolestrol jahat LDL dan meningkatkan kolestrol baik HDL.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa jenis kayu manis yang akan menyebakan darah cair. Pengambilan secara berlebihan akan membahayakan. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

HALBA


Serat di dalam halba berfungsi untuk melambatkan pencernaan karbohidrat. Ini dapat menjelaskan kandungan gula di dalam darah. Ia juga penuh dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Halba boleh diambil secara pil, direndam atau masukkan ke dalam makanan.

BAWANG PUTIH


Bawang putih telah terbukti selama bertahun-tahun untuk menurunkan paras kolestrol. Bawang putih juga membantu menurunkan paras gula di dalam darah. Ekstrak di dalam bawang putih di dapati dapat meningkatkan kandungan insulin pesakit diabetis. 

AVOCADO


Avocado menunjukkan dapat mengurangkan risiko sindrom metabolik kerana mempunyai Asid Lemak Mono tak tepu (Mono saturated Fatty Acid -MUFA). Kajian membandingkan Diet karbohidrat yang tinggi bersama dengan diet MUFA menunjukkan kandungan glukosa yang rendah dalam darah. MUFA dapat memberikan rasa kenyang selepas makan, memberikan kesan yang sihat kepada tekanan darah dan masalah keradangan. Antara makanan yang tinggi dengan kandungan MUFA ialah kacang, buah zaitun, minyak zaitun, rami dan benih.

BLUEBERRY (BERRY HITAM)


Anthocyanincs adalah nutrien yang terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna warni. Buah-buahan yang berwarna biru, unggu, merah dan berkulit mempunyai kepekatan Anthocyanincs yang tinggi. 

Kajian mendapati orang gemuk di berikan minum smoothies blueberry semalam 6 minggu dan mendapati kanungan gula di dalam darah turun. Buleberry di dapat dapat meningkatkan paras insulin di dalam darah. 

CUKA EPAL


Cuka epal yang diambil bersama secawan air kosong sebelum makan apa-apa di dapati dapat meningkatkan kepekaan kepada insulin dan mengurangkan kandungan gula di dalam darah selepas makan makanan berkanji. Asis asetik di dalam cuka dapat mengurangkan enzim-enzim yang tertentu.

KOPI


Pengambilan kopi satu hari secawan bersama serbuk kayu manis akan membantu menurunkan kandungan paras gula. 

VIVIX


Kandungan Vivix yang terdiri daripada anggur muscadine, lobak unggu, elder berry tinggi kandungan Anthocyanincs, resveratrol dan ellagic acid membantu meningkatkan sensitiviti insulin terhadap gula di dalam darah. Pengambilannya satu hari sesudu membantu mengurangkan gula di dalam darah. Baca entry inin untuk mengetahui tentang vivix seterusnya: 



Harga Vivix ialah RM 475.00 sebotol. 

Pembelian 2 botol Vivix PERCUMA keahlian dan dapat CASH REBATE.

Klik disini untuk tempahan online melalui kad kredit atau kad debit


Jika ingin melakukan pembelian secara tunai, online transfer atau COD (Cash in delivery) boleh terus hubungi saya:

Sumber rujukan:

http://www.healthline.com/health-slideshow/foods-lower-blood-sugar#1

NAK BERSALIN DI HOSPITAL KERAJAAN ATAU SWASTA?

Setiap ibu pasti nak bersalin ditempat yang selesa dan mesra pelanggan tetapi kecut perut bila dengar cerita hospital kerajaan banyak kerenah manakala hospital swasta dengan caj yang tinggi. Kalau dapat hospital bersalin yang mesra pelanggan dan murah rasa bahagia je. Alhamdulillah.. Allah mempermudahkan saya untuk bersalin di swasta sebab suami nak doktor perempuan muslim.


Bagi ibu-ibu yang tengah pening nak cari hospital mana untuk bersalin, meh sini saya berikan sedikit pandangan pro dan kontra bersalin di hospital kerajaan atau swasta.

Hospital Kerajaan


  1. Tidak boleh membuat pilihan samada doktor perempuan atau lelaki.
  2. Pelajar praktikal kejururawatan akan turut melakukan pemeriksaan atenatal untuk anda. 
  3. Sesetengah hospital kerajaan membenarkan suami menemai isteri di dalam labour room, sesetengah tidak.
  4. Selepas bersalin bayi akan diletakkan bersama ibu untuk membina bonding. Ibu harus mengurus sendiri bayi. Tetapi pada peringkat awal selalunya jururawat akan mengajar anda cara memakai lampin bayi dan cara yang betul untuk menyusukan bayi. Jangan risau.
  5. Tiada waris yang boleh menunggu di wad.
  6. Lebih berpengalaman dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi.
  7. Menempatkan ramai pesakit.
  8. Harga yang paling minima dari RM 50.00 hingga ke RM 500.00 sahaja mengikut kes.
Hospital swasta:


  1. Pemeriksaan hanya di lakukan oleh pakar Gynea dan nurse sahaja
  2. Boleh membuat permintaan doktor perempuan muslim
  3. Suami boleh menemani di dalam Labour Room.
  4. Bayi di letakkan di dalam nursery tidak bersama ibu. Ibu perlu membuat permintaan untuk menyusukan anak. Ini adalah kerana mereka beranggapan ibu perlukan rehat. Tetapi ada sesetengah hospital swata terus lepas bersalin beri terus bayi pada ibu untuk meransang bonding.
  5. Persiapan bayi seperti mandi, tukar lampin di dalukan nurse.
  6. Persiapan ibu seperti mandi, menukar pad bersalin di lakukan nurse.
  7. Terdapat kaunselor penyusuan yang akan mengajar tentang penyusuan.
  8. Boleh pilih bilik samada bilik perseorangan dan bilik berkongsi.
  9. Ahli keluarga boleh menunggu di wad.
  10. Harga diantara RM 5000 - RM 10,000.00. Biasanya bersalin normal RM 5,000.00. Jika bersalin secara pembedh dan mempunyai kes itu yang sampai RM 10,000.00.
Pendek kata tepuk dada tanya hati dan poket.. Hehe. Kalau ada duit nak bersalin dengan hospital swasta ok je. Tetapi jika anda mengalami masalah kencing manis atau darah tinggi semasa mengandung, sangat digalakkan bersalin di hospital kerajaan kerana selalunya hospital swasta tidak mahu menerima ibu hamil yang mempunyai risiko.

Ada yang kata daripada menghabiskan duit bersalin di hospital swasta baik beli barang kemas atau pergi umrah. Hehe.. pada pendapat saya la kan, saya memilih untuk bersalin dengan hospital swasta kerana saya ingin bersalin dengan harmorni dan tidak trauma sepanjang proses bersalin tersebut. Nak bersalin anak kedua, ketiga dah takut.  Alhamdulillah, Allah perkenankan. saya berjumpa dengan doktor dan nurse yang baik-baik.

Apa yang penting DOA supaya dipertemukan doktor dan jururawat yang baik-baik tidak kira bersalin di hosptal swasta atau kerajaan sebab semuanya manusia. Manusia memang sentiasa ada kekhilafan masing-masing. Daa...

Jika anda mencari set bersalin sila klik disini:


Anda boleh terus hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau perundingan produk Shaklee. Cash on Delivery di kawasan Sungai Buloh, Subang Bestari, Kota Damansara, Shah Alam dan Pelabuhan Klang.


MAKANAN UNTUK TINGKATKAN KESUBURAN PESAKIT PCOS YANG SUSAH MENGANDUNG

PCOS ialah sejenis penyakit di sebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di hidapi oleh sesetengah wanita yang menyebabkan kesukaran mengandung. Sebab PCOS masih belum dikenal pasti puncanya tetapi faktor genetik salah satu sebabnya. Kebanyakkan pesakit PCOS mempunyai cyst yang kecil didalam ovari tetapi ia tidak menganggu tetapi ia adalah penyebab hormon tidak betul. Saya ada menulis artikel tentang PCOS punca gagal hamil.

Punca PCOS


Jadi apakah perkara yang boleh kita lakukan untuk megawal simptom PCOS? Ia melalui cara menjaga pemakanan dan bersenam. Pesakit PCOS sebenarnya mengalami masalah pengendalian hormon insulin yang berfungsi untuk menukar gula di dalam darah. Insulin yang tinggi mendatangkan kesan buruk seperti pertumbuhan rambut yang lebat, berat naik secara mendadak, hati berlemak, kencing manis dan PCOS. Jadi seelok-eloknya anda bersenam setelah menikmati makanan.

susah mengandung kerana pcos

Jom terjah apakah makanan yang perlu diambil dan di elakkan untuk pesakit PCOS:

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK PESAKIT PCOS


  • Makanan yang tinggi Indeks Glesemik seperti nasi putih, kentang putar, muffin, kek dan lain-lain. Makanan ini akan menyebabkan kadar insulin di dalam darah semakin meninggi.
  • Susu - Susu menyebabkan hormon Testosteron meningkat kerana ia mengandungi protien yang menghadkan pemprosesan normal di dalam badan. Jika hormon Testosteron tidak diuruskan dengan betul ia akan menyebabkan pengeluaran hormon Testosteron.
  • Soya kerana ia mempunyai hormon progestron.
  • Lemak jahat - Jauhi lemak jahat seperti lemak tepu, hydrogenated dan lemak trans kerana ia meningkatkan pengeluaran oestrogen yang menyebabkan kadar penyerapan nutrien berkurangan dan masalah berat badan. Contohnya seperti minyak masak, marjerin, makanan segera, makanan proses dan ayam moden.

MAKANAN YANG PERLU DIAMBIL UNTUK PESAKIT PCOS


  • Sayur-sayuran yang berwarna hijau kerana ia kaya dengan iron, kalsium, potassium dan magnesium yang mempunyai vitamin K, C, E dan vitamin B.
  • Buah-buahan yang tinggi serat, vitamin, phytonutrien dan mineral seperti Ceri, plum, anggur, epal, apricot, kiwi, kelapa, prune dan oren jus.
  • Sayur-sayuran yang berwarna cerah - kerana ia tinggi antioksidan yang membantu mengawal tekanan oksidatif iaitu tekanan fisiologi. Badan mereka tertekan kerana masalah berat badan.
  • Makanan daging tanpa lemak dan haiwan itu hanya makan rumput/ organik sepanjang hayatnya tanpa di suntik oleh hormon seperti ayam kampung.
  • Lemak baik seperti Fatty Acid penting untuk mengekalkan sel-sel yang sihat dan membawa keluar toksin. Antaranya ialah minyak ikan, seeds, avocado dan minyak zaitun.
  • Suplemen - Kalau nak ikutkan kesemu diet diatas pasti akan kekurangan nutrien di dalam badan dan kita perlu pastikan tubuh mencukupi vitamin A, D, E, C, B1, B2, B3, B6, B12, Asid folic, Magnesium, iron, Zinc, Chronium, Selenium Manganese, Bcomplex dan Essential Fatty Acid.
  • Antara suplement yang saya cadangkan untuk mengatasi masalah PCOS ialah Omega Guard (Fatty Acid), Bcomplex, Vitalea, VitaC, Zinc dan GLA Complex.


Apakah khasiat Set Kesuburan PCOS ini?

Omega Guard adalah Fatty Acid yang menyingkirkan lemak dalam badan. Ia juga berfungsi menyingkirkan lemak yang menyelaputi ovari di samping menstabilkan keperluan Fatty Acid di dalam badan.

GLA Complex sangat penting di dalam menstabilkan hormon estrogen, progestron dan testosteron di dalam badan. Ia juga mampu mengeluarkan telur yang matang dari ovari. Selain itu ia juga berperanan untuk melancarkan kitaran haid dan mengurangkan sakit simptom pra-PMS.

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap bagi memenuhi keperluan tubuh. Untuk hamil sangat penting memiliki tubuh yang sihat dan cergas. Selain itu ia juga membantu meransang pertumbuhan sel badan yang sihat.

Bcomplex bertujuan untuk mengurangkan tekanan pesakit. Diketahui pesakit PCOS sentiasa berada di dalam tekanan kerana hormon tidak stabil. Pengambilan Bcomplex membantu mengurangkan rasa amarah. Selain itu ia juga sebagai persediaan kehamilan untuk bayi kerana mempunyai asid folic.

VitaC sebagai sumber aktioksidan yang tinggi bagi memulihkan sel-sel tubuh yang rosak. Ia membantu mengeluarkan ovum yang sihat.

Zinc Complex membantu dalam menstabilkan pengeluaran hormon insulin. Insulin yang tinggi akan menyebabkan pesakit mengalami kegemukan dan Diabetis Melitus. 

Berikut adalah testimoni pengguna yang menggunakan Set Kesuburan PCOS Shaklee:

PCOS SUSAH MENGANDUNG

Untuk pesakit PCOS yang masih mengharapkan kehadiran zuriat, jangan berhenti berharap. Insyallah pasti akan ada rezeki.

Pembelian secara kad kredit boleh klik di sini:


Pembelian Set Kesuburan PCOS ini anda boleh melalui saya iaitu dengan menghubungi saya:

pengedar shaklee kota damansara

Setiap pembelian dari saya korang layak mendapat:

<3 Konsultansi cara pemakanan vitamin dengan betul
<3 Tips kehamilan dan kesuburan
<3 Di masukkan kedalam group-group ekslusif
<3 Khidmat konsutansi berkenaan set di berikan sepanjang hayat.

TIPS MENCARI PENGASUH BAYI YANG PENYAYANG DAN BAIK HATI

Takutnya bila nengok lagak ngeri pengasuh bayi dan kanak-kanak yang tersebar di surat khabar dan media sosial. Ada yang kena ikat, kena balut balut dengan kain sambil salotep mulut, bagi makan sampai nak tercekik bayi tu.. Seram habis!


Semalam saya dengar Radio IKIM.FM tentang penderaan pengasuh pada bayi dan kanak-kanak. Pakar kanak-kanak menyatakan terdapat beberapa tips yang boleh kita gunakan untuk mencari pengasuh anak yang bagus. Antaranya:

  • Sebelum pemilihan pengasuh bayi, ibu-bapa perlu membina hubungan dengan pengasuh seperti pergi sendiri ke rumah pengasuh untuk melihat keadaan rumahnya dari segi saiz rumah dan lantai. Kalau rumah sempit, bersepah, lantai pula melekit-lekit tak payah la ambil. Kita nak orang jaga anak kita sudah tentu perlukan tempat yang selesa dan bersih. Sistem pengudaraan rumah juga perlu betul. Tingkap kena buka utuk peredaran udara yang baik.

  • Semasa sesi suai kenal perhatikan emosi pengasuh bayi tersebut. Jika asyik sentap, merajuk, guna ayat nak marah je, baik tak payah ambil sebab bayangkan kalau dia menjaga anak kita. Ada masa baik dan ada masa hangin satu badan. Siapa yang jadi mangsa? Anak-anak juga.

  • Pagi-pagi masa hantar anak atau nak ambil anak bersembang lah dengan pengasuh anak. Jangan hantar anak kat pengasuh macam kita letak anak kat tepi pintu pastu cakap dengan pengasuh macam order makan kat kedai. Contohnya: Kak, ni ubat demam bagi 5ml dua kali sehari, ubat selsema 2 kali sehari, jangan bagi ais krim.. bla.. bla... bla... Pastu terus pergi kerja. Ingat pengasuh tu tukang ambil order makanan ke? Memang kita perlu cepat pergi kerja tetapi bila kita melakukan hubungan dengan manusia WAJIB menjaga emosi mereka. Sebab tu jadi macam-macam kes hantar ke rumah pengasuh ok je tapi bila ambil balik dari rumah pengasuh merah kena gigit nyamuk la, ruam la, lebam sebab jatuh la... sebab tiada connection hati antara ibu dan pengasuh. 

  • Layan pengasuh seperti anda melayan kaum keluarga sendiri. Contohnya pagi-pagi belikan kuih lebih untuk anak kita dan pengasuh, bila raya bagi lah sebalang dua kuih raya, mesra dengan ahli keluarganya. Bila ibu positif, dengan sendirinya pengasuh akan positif dengan anak kita. Jangan anggap mereka sebagai orang gaji atau orang lain dalam hidup kita. Orang yang membesarkan anak kita tu.. 90% apa yang di lakukan pengasuh akan ditiru oleh anak-anak.

  • Jangan berburuk sangka dengan pengasuh! Sebab apa yang kita fikirkan betul-betul akan jadi pada anak kita. Kalau kita fikir anak kena pukul dengan pengasuh, gelombang negatif akan sampai pada pengasuh. Gelombang itu tidak bagus. Senyum pada pengasuh.. jangan tarik muka 100 darjah. Letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah. Jika kita berbuat baik pada manusia sudah pasti Allah akan membantu kita. 
Anda boleh jadikan serba sedikit tips ini sebagai panduan untuk mencari pengasuh yang baik untuk anak-anak.

Semoga berjaya!

Anda juga mungkin meminati:


TIPS KECANTIKAN WANITA SECARA SEMULAJADI

Nak cantik bukan hanya pakai produk kecantikan sahaja tau, banyak benda yang berada disekeling kita boleh di jadikan sebagai bahan untuk mencantikkan wajah dan tubuh. Cuma kita perasan dengan tak perasan aje sebab orang kita ini lebih sinonim nak cantik kena beli produk kecantikan yang mahal. Kan hadooo tu! Nenek-nenek kita dulu pun pakai bedak sejuk je deknon.. bahagia sampai ke tua. Saya juga pernah berkongsi petua kecantikan suatu masa dahulu.

hilagkan jerawat dan jeragat shaklee

Jom cuba try test tips kecantikan semulajadi ni:
  • Apabila korang bangun pagi sebelum mandi dan gosok gigi, urut muka dengan air dari bawah dagu hingga keatas dahi sambil diiringi dengan selawat nabi. Amalkan setiap hari. Ia bertujuan untuk menaikkan seri wajah si pengamal.
  • Jika nak menghilangkan jerawat, korang boleh campurkan bedak sejuk dengan asam jawa sedikit. Sapukan di kulit muka dan tempat jerawat tersebut. Sambil-sambil sapu tu selawat nabi sekali. Insyallah jerawat akan beransur surut.
  • Bibir yang cantik merah bak delima memang idaman wanita. Korang boleh sapukan madu asli di bibir setiap malam sebelum tidur. Amalkan selalu seperti memakai gincu. Jangan risau kerana semut tidak akan hurung madu asli.
  • Potong kuku atau rambut pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat mengikut sunnah nabi. Selesai dipotong, tanam kuku/rabut. Memang rambut akan tumbuh lagi cantik dan lebat.
  • Meyusukan anak akan menyebabkan payudara jatuh. Anda boleh amalkan meminum air kanji sebelum tidur. Lakukan setiap hari untuk mendapat hasil yang memuaskan.
  • Untuk menghilangkan bau mulut, tumbuk 10 biji bunga cenkih bersama bersama 3 ulas bawang putih. Gosokkan pada gigi dan berkumur sehingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.
  • Untuk memutihkan gigi, anda boleh bakat beberapa helai daun kelapa sehingga menjadi abu. Gosok gigi dengan abu daun kelapa sehingga gigi berkilat.
Selain daripada amalan-amalan diatas, saya juga mengambil produk kecantikan Shaklee. Bukannya nak menidakkan petua-petua orang tua yang alami tetapi nak extra cantik. Hehehe.. Nak buat semua sekali memang tak sempat lah sebab bila dah beranak kecil ni memang nak mandi pun 5 minit aje.. hehe.. Produk kecantikan Shaklee juga semulajadi dan tanpa bahan kimia yang membahayakan. Antara produk kecantikan Shaklee yang saya amalkan dari bersalin sampai sekarang ialah:

ESP putihkan kulit dan hilangkan jeragat
  • Saya ambil set diatas ini untuk memutihkan dan menggebukan kulit. Serius saya memang ada jeragat yang banyak dulu tapi bila amalkan set ini, tompok jeragat pun berkurangkan. Lagi advanced parut-parut akibat gigitan cinta nyamuk memang hilang. Stress pon dah kurang. Bila kita stress, kulit akan cepat berkedut.Tak mau lah! Umur tak sampai 40 tahun lagi dah nampak kerepot.
Collagen powder Shaklee hilangkan jeragat
  • Pada asalnya saya ambil Collagen Powder shaklee sebab rambut gugur yang teramat macam sarang burung. Tapi dapat pula pakej extravaganza iatu kulit makin anjal ko! Kesan jeragat lagi lah dah nampak macam bayang-bayang. Bila pakai bedak foundation atau make up memang senang je lekat. Kalau mak andam memang suka jenis kulit macam ni. Hehe.. senang nak make up.
Hilangkan jerawat jeragat vivix shaklee
  • Vivix ni memang super duper power la sebab mengandungi antioksidant yang tinggi. Bila kita makan Vivix kira macam dia cuci dan sental mana bahagian-bahagian dalam badan kita yang tak elok tu. Contohnya macam epal yang terdedah mesti warna coklat sikitkan. Haa macam tu lah badan kita kalau kita tak jaga. Tu sebab macam-macam penyakit timbul bila tua sebab kotoran-kotoran dalam badan dah semakin menebal.
  • Haa... yang ni memang antara rahsia kebahagiaan rumahtangga la sebab memang dikenali sebagai kacip fatimah wanita. Ia menghilangkan keputihan dan bau yang kurang enak di bahagian intim. Jangan tak tau suami pun boleh ambil Alfalfa tau untuk hilangkan bau badan, angin dan sering lemah lesu.
Kalau korang nak order boleh klik link ini:


Kalau korang nak lagi jimat boleh je daftar keahlian Shaklee untuk harga yang betul-betul murah. Dapat potongan 20% untuk setiap produk. Rugi tau. Nak daftar ahli secara online klik link ini:


Atau hubungi saya di 016-6684862 (Ain Ridzuan)
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in