Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

JALAN-JALAN DI PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA

Petang-petang berekreasi bersama anak-anak memang seronok. Nak-nak time cuti sekolah. (Eh, ada ke anakku bersekolah?... hehe)..  Semalam balik kampung di Pengkalan Balak, Melaka. Jadi sempatlah menyinggah di pantai sambil melayan anak-anak.



Happy giler derang dapat main pasir. Sekali sekala melayan karenah anak-anak apa salahnya. Kali ini ayahnya tak dapat balik kampung sama sebab ada urusan. Nasib baik atoknya sporting temankan kami ke hulu ke hilir. Suami saya pesan kalau nak pergi mana-mana kena bawa mak atau abah sekali. Jadi diriku menurut perintah.. hehehe.. 



Memang sangat mendamaikan bila sekali sekala dapat berada di tepi pantai. Cerdik pandai kata, kalau kita nak tenangkan fikiran atau mencari idea pergilah ke tempat semulajadi seperti pantai atau di dalam hutan kerana semua tumbuh-tumbuhan dan binatang tidak henti-henti berzikir pada Allah. Kalau kita sentiasa mendekatkan diri pada alam semulajadi yang sentiasa berzikir, apatah lagi jika kita sendiri berzikir. Sudah tentu hati kita juga pasti tenang. Insyallah.

Cuba masa korang tengah dok saje-saje zikir 'Astagfirullahalazim'. Menusuk kalbu beb.. Salah satu khasiat mengamalkan istighfar dosa-dosa kita akan terhapus dengan rahmat Allah. Insyallah..

Selamat bercuti-cuti..

SATE KAJANG HAJI SAMURI

Sate memang antara makanan kegemaran saya tetapi yang menjadi kegemaran ialah Sate Kajang Haji Samuri. Memang sedap!!

Restoran Sate Kajang Haji Samuri yang paling sedap sekali ialah di Kajang. Sate ayam dan sate lembunya memang lembut dan berempah. Antara makanan yang digemari di Restoran Sate Kajang Haji Samuri ialah kuah kacang dan sambalnya. Rasanya awesome sungguh!! Tetapi saya singgah di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil sementara menuju ke Melaka.

Di Restoran Sate Kajang Haji Samuri tedapat pelbagai sate iaitu sate arnab, sate, sate rusa, sate kambing dan macam-macam lagi. Memang pening kepala nak pilih mana satu. Hehe.. jom layan beberapa gambar yang menggoda nafsu anda!










WESTPORTS MALAYSIA

Selama 3 hari ini saya telah dihantar oleh Jabatan untuk menghadiri latihan sangkut di Westports Malaysia. Apakah latihan sangkut? Latihan sangkut ialah latihan mempelajari selok belok tentang operasi pengendalian Westports daripada kapal tiba di Pelabuhan Klang, pengeluaran kontena hingga keluar kembali belayar.

Apa yang saya pelajari setakat ini, apabila kapal ingin berlabuh di Westports mereka perlu mendapat kebenaran untuk berlabuh. Apabila telah mendapat kebenaran berlabuh Pilot akan datang ke kapal untuk tarik kapal ke dock. Apabila telah sampai ke dock, kren akan memunggah kontena yang ditetapkan untuk diletakkan di yard. Yard ialah kawasan letak kontena. Kalau kita lihat memang banyak sangat kontena bertingkat-tingkat, tetapi mereka mempunyai sistem yang sistematik untuk susunan itu. Kalau nak ikutkan memang teruja sangat dapat ikut latihan sangkut ni.

Mereka mempunyai fasiliti dan pekerja yang komited dalam pekerjaan. Mereka juga membuat latihan intensif para technician baru selama 2 bulan. Pelabuhan merupakan pintu masuk negara. Jadi macam-macam orang boleh jumpa disini dan kebanyakkan pekerja di sini semuanya lelaki. Pernah juga orang perempuan kerja disini tetapi tahan 2 bulan sahaja.. hehehe..perempuan ni kan fitrahnya lemah lembut je..

Wah! Dah macam tulis laporan jer. Jom layan beberapa keping gambar yang saya sempat snap!



Sistem Pengendalian Yard


Quay Cren


FAMILY DAY DI HYATT REGENCY HOTEL, KUANTAN

Seronoknye bila bercuti! Lebih-lebih lagi cuti sekolah bersama anak-anak dan keluarga. Tempat yang paling best sekali kalau bawa anak-anak bercuti semestinya ke Hotel dan tempat-tempat peranginan. Anak-anak saya kalau cakap nak pergi tidur hotel memang melompat-lompat la.. hehehe
 
Terbaru ni kami pergi ke Hyatt Regency Hotel, Kuantan sempena menghadiri Hari Keluarga anjuran tempat kerja saya. Memang teruja sangat! Perjalanan dari Shah Alam ke Kuantan mengambil masa 4 jam. Nasib baik anak-anak tak buat hal. Yelah sebab kitaorang bertolak dari rumah jam 8 malam. Jadi derang tidur aje lah. Sampai hotel je dah nak dekat jam 12.00 tengah malam.
 
Anak-anak kelaparan nak makan..
 
Aktiviti keesokkan harinya ialah MANDI KOLAM dan MANDI LAUT!!! Yeehaa!! Ada juga syarikat anjurkan sukaneka untuk kanak-kanak dan orang dewasa tapi budak-budak bila dah nampak kolam kannnn..... memang tak pandang kiri kanan.. sabar jelah...
 
Waitress jadi askar!! 
Petang sikit tu kami pergi ke Kuantan Prade sambil-sambil cuci mata dan bersiar-siar di kawasan bandar Kuantan.. Dulu suami belajar di MRSM KUANTAN.. memang melawat kawasan yang pernah dia 'fly' masa dulu-dulu..
 
 
Malam hari pula ada dinner.. tema malam tu ialah 'Patriotik'.. masing-masing melaram baju askar dan bendera.. kanak-kanak ada acara pakaian beragam.. macam-macam kerenah.. ada yang nangis, ada yang nak terkencing pon ada. Hehehe.. Saya tak ikut tema sebab pakai baju mana yang ada je.. anak- anak je lah saya pakaikan baju askar.. Majlis selesai jam 10.30 malam... siap dapat duit raya lagi untuk anak-anak.. Thanks Boss!!
 
 
Esoknya dah nak balik jadi anak-anak kena awal lah sebab dah janji nak bawa mandi kolam. Cuma lepas balik mandi kolam tu, ayahnye bagi tau Jasmine dapat mandi dengan Fasha Sandha.. Jeleess tau! Dia datang kat Hyatt Regency Hotel sebab ada jemputan..
 
Itu aje ringkasan perjalanan percutian saya yang tak seberapa ni... korang camne?

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in