Showing posts with label Bersalin secara pembedahan. Show all posts
Showing posts with label Bersalin secara pembedahan. Show all posts

CARA KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN

Assalamualaikum wbt. Masalah bersalin secara pembedahan yang paling biasa di temui ialah perut buncit dan susah di kempiskan. Ia kerana luka pembedahan masih lagi baru dan di bimbangi akan terbuka semula. Orang tua-tua kata perut memboyau. Agak memalukan jika dah bersalin hampir 6 bulan tetapi perut masih lagi macam lepas bersalin. 

kempiskan perut lepas bersalin

Bagi merungkai masalah ibu-ibu ini. Saya ingin kongsikan cara bagaimana nak kempiskan perut selepas bersalin samada untuk ibu bersalin pembedahan atau normal.


  • Pemakaian bengkung sangat membantu mengempiskan perut ditambah pula dengan sapuan limau nipis bersama dengan kapur. Otot perut pada ketika ini tidak kuat. Pemakaian bengkung pada ketika ini membantu menyokong dan menguatkan otot di samping membuang lemak yang terkumpul di perut. Jika anda bersalin secara pembedahan di galakkan supaya menggunakan bengkung moden yang boleh di ubahsuai tahap ketatnya. Waktu yang seelok-eloknya memakai bengkung moden jika bersalin pembedahan ialah 2-3 minggu selepas melahirkan. Memang akan rasa sedikit ngilu tetapi boleh ubah mengikut keselesaan anda. 
  • Elakkan meminum air sekaligus. Minum air sekaligus akan menyebabkan ruangan perut menjadi besar dan buncit.Seeloknya minum air sedikit-sedikit dan minum dalam keadaan duduk. Apabila minum dalam keadaan berdiri air yang masuk kedalam perut sambil berdiri itu akan memberikan tekanan kepada perut.
  • Membuat tarian zumba atau gelekkan pinggang. Tarian gelekkan pinggang seperti tarian Arab membantu menguatkan otot di bahagian pelvis. Cuba anda gelekkan perut sekarang. Rasa perut keraskan? Itu maknanya otot anda sedang bersenam. Jangan risau senaman ini tidak menganggu luka pembedahan.
  • Elakkan mengambil makanan bergula dan berlemak. Ini memang pantang besar jika nak kempiskan perut! Lemak dan gula yang berlebihan yang tidak di tukarkan kepada tenaga akan menimbun di dalam badan. 
  • Korset. Korset ni boleh di pakai selepas pantang. Penggunaan korset ini bertujuan untuk menstrukturkan semula lemak dan mengurangkan nafsu makan. Korset agak ketat. Apabila ketat ia akan mengecilkan ruangan bagaian perut dan anda akan rasa kenyang walaupun makan sedikit. Ia bergantung kepada seseorang. Ada yang selesa dan ada yang tidak selesa. Ada yang mahal dan ada yang murah bergantung pada budget korang.
Walau apa pun semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Tiada jalan pintas untuk kurus. Yang penting jaga makan dan rajin bersenam. Selamat mencuba!

Anda mungkin berminat artikel ini:

RAHSIA HILANGKAN PARUT PEMBEDAHAN

Parut akibat pembedahan memang amat menjengkelkan. Tidak hanya untuk ibu bersalin secara pembedahan tetapi termasuk pembedahan lain seperti pembedahan hati, jantung, appendiks dan lain-lain. Terdapat juga krim untuk mengurangkan kesan parut pembedahan tetapi parut masih kelihatan.

Cara Hilangkan parut dengan Shaklee

Saya bersalin secara pembedahan dan pernah melakukan pembedahan membuang appendiks. Memang tak cantik pon parut tu. Saya nak share produk yang saya ambil untuk hilangkan parut pembedahan. Saya mengamalkan pengambilan Energizing Soy Protein + VitaC + Zinc. Hasilnya memang awesome!! Parut hilang, strechmark hilang, parut lama pun hilang.. Hehe.. En. Suami pon heran bin takjub tengok kesan parut hilang.


cara hilangkan parut dengan Shaklee

Energizing Soy Protein- Memperbaiki kesan kulit yang rosak dan menggantikan kulit yang baru lebih cantik dan gebu. Ia juga membekalkan 9 asid mino yang tidak dapat dibekalkan oleh tubuh. Jangan risau! ESP adalah soya yang selamat kerana ia Non-GMO iaitu soya yang tidak diubahsuai genetiknya... Ibarat kekacang soya yang ditanam di belakang rumah petik dan terus di proses di mesin pembuat soya!

Petua kulit licin dengan Shaklee


VitaC- Membantu mencantikkan dan mempercepatkan kehilangan parut. Menjadikan kulit lebih lembut dan anjal serta meransang pembentukan kolagen. Yang paling penting ia melambatkan penuaan. Awet muda gituww!
hilangkan parut pembedahan dengan shaklee

Zinc- Memperbaiki kesan parut secara dalaman.

Hasilnya memang mabelessss!!! Jika anda ingin menempah sila hubungi 016-6684862 Ain Ridzuan.

Anda mungkin berminat:

CARA BERPANTANG DENGAN MUDAH UNTUK KELAHIRAN CZERIAN

Sebut sahaja bersalin secara pembedahan pasti ada sesetengah ibu takut dan mencemuh muka. Seolah-olah bersalin secara pembedahan ini satu kesalahan besar. Tahukah anda bahawa bersalin secara pembedahan di lakukan kerana untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak? Bukan sebab suka-suka tadah perut minta di bedah. Sorry emo jap...

Pelbagai dogma mengatakan bersalin secara pembedahan susah, leceh, sakit dan macam-macam lagi. Walhal orang yang cakap itu pun tidak pernah bersalin secara pembedahan pun. Ni nak cerita sikit ni. Zaman dahulu bersalin secara pembedahan di lakukan secara menegak iaitu dari bawah dada sampai ke ari-ari. Memang sakit! Tetapi sekarang pembedahan dilakukan di bahagian bawah perut atau ari-ari untuk mengurangkan tahap kesakitan. Saya bersalin kedua-dua anak secara pembedahan. Anak yang pertama bersalin secara pembedahan kerana sonsang dan anak yang kedua kerana pilihan.

Sebenarnya cara berpantang bersalin secara pembedahan ini mudah. Antara tips-tips yang saya amalkan ketika berpantang secara pembedahan ialah:
  • Pada hari yang kedua selalunya nurse akan meminta kita bangun dari katil untuk kelancaran darah di kaki. Pada masa ini, anda di galakkan memakai bengkung moden atau bengkung khas untuk bersalin secara pembedahan. Ini bertujuan supaya luka pembedahan tidak bergerak terlalu banyak dan menyebabkan kesakitan. Bila pakai bengkung moden perut tak de lah bergerak-gerak. Contohnya seperti ini:
Cara berpantang bersalin pembedahan

  • Sapu minyak herba di seluruh badan bagi mengelakkan angin masuk. Mak saya siap suruh letak bawang putih kat telinga dan ikat rambut (buat tocang) dengan ketat.

  • Pakai stokin. Ini penting sebab angin senang masuk melalui kaki. Zaman sekarang ini ramai yang tidak endahkannya. Tahukah anda ibu jari kaki berkaitan dengan rahim. Bayangkan kalau kita tidak pakai stokin dan angin masuk terus ke rahim. Tu sebab ramai para ibu yang lepas bersalin mengalami kentut rahim ketika bersama dengan suami selepas berpantang.

  • Elakkan sayur yang menjalar dan sejuk seperti kacang panjang, tauge, kacang botol, tembikai, bayam, kangkung dan lain-lain.

  • Makan nasi panas dan elakkan makan makanan yang telah di panaskan kembali.

  • Bersihkan tempat luka dengan Spirit/ Alkohol yang klinik beri. Jika tiada boleh minta pada Klinik. Cuci 2 kali sehari dan elakkan daripada berpeluh.

  • Setelah selesai mandi keringkan luka dengan pengering rambut supaya kawasan luka cepat kering. Jangan biarkan kawasan luka lembap untuk mengelakkan pembiakan bakteria.

  • Ada sesetengah mencadangkan Gamat atau ikan haruan untuk mempercepatkan luka sembuh tetapi ada sesetengah doktor tidak mencadangkan kerana akan menyebabkan keloid iaitu daging tersebul di parut pembedahan dan isi daging akan melekat-lekat di rahim. Saya hanya menggunakan Set Berpantang Shaklee sepanjang kehamilan. Alhamdulillah. Memang lain benar bezanya berbanding anak yang pertama menggunakan set bersalin jenama lain. Saya dah boleh berjalan sendiri ke nursery untuk lihat anak, dah boleh uruskan diri sendiri dan boleh naik tangga seawal  hari ketiga.. hehehe.. Kerlass ko! Luka pun seawal 2 minggu dah baik dan bila genap 3 bulan baby dah boleh lompat-lompat kat atas perut ibu dia. Bayi dalam pantang ni memang banyak ragam bila malam, tetapi alhamdulillah tak de pulak dia merengek-rengek malam hari.
bersalin secara pembedahan

Jadi apakah yang spesial sangat Set Bersalin Shaklee? Set Bersalin Shaklee merawat tubuh dari dalam kerana sepanjang tempoh kehamilan banyak nutrisi yang hilang kerana di serap oleh bayi. Semasa bersalin juga, ramai ibu yang tumpah darah. Apakah yang terdapay di dalam Set Bersalin Shaklee?

Vitalea - Sebagai multivatimin yang lengkap berperanan menambah darah ibu bersalin akibat tumpah darah dan memberi tenaga sepanjang hari.

Bcomplex - Membantu mengelakkan meroyan semasa berpantang. Ia juga menukarkan makanan kepada tenaga.

VitaC - Membantu mempercepatkan luka pembedahan sembuh dan meningkatkan sistem pertahanan badan. 

Zinc Complex - Membantu menyembuhkan luka secara dalaman

Energizing Soy Protien - Sumber protien yang penting untuk memberikan tenaga dan memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak. Menghindari keloid (daging lebih) dan memperbanyakkan air susu ibu. Ia juga membantu menghilangkan strechmark selepas bersalin

Ostematrix - Membantu menghindari sembelit ketika berpantang. Di kenali sebagai agen pelawas ketika berpantang.

Alfalfa - Sebagai raja herba yang berperanan untuk mengeluarkan darah kotor, mengecutkan rahim dan vagina, mengeluarkan angin jahat dan sebagai milkbooster susu ibu. 

Untuk tempahan dan harga kasih sayang boleh buat tempahan di:

016-6684862
Ain Ridzuan

Nak lagi jimat boleh Daftar keahlian Shaklee dan dapat potongan sehingga 20% dari harga runcit.
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in