Showing posts with label set bersalin. Show all posts
Showing posts with label set bersalin. Show all posts

TIPS JIMAT KETIKA MEMBELI KELENGKAPAN BAYI

Assalamualaikum w.b.t. Saat  membeli kelengkapan bayi yang bakal lahir sangat mengujakan. Lagi mengujakan jika membeli sama kelengkapan ibu bersalin bersama suami tercinta. Saya dulu masa mengandungkan anak-anak, tidak tahu online shopping ni. Beli dekat pasaraya je.. hehe.. Boleh jimat! Lagipun baju bayi baru lahir ni bukannya lama boleh di pakai. Paling lama sehingga 6 bulan.

kelengkapan bayi

Jadi ibu-bapa yang merancang nak beli kelengkapan bayi ni boleh la ikuti tips yang saya berikan ini. Ye lah orang baru dapat anak ni banyak yang kena pakai duit. Tambahan pula keadaan ekonomi negara kita yang tidak menentu.

  • Asingkan duit secara bulanan apabila mengetahui isteri mengandung. Contohnya sebulan RM 300.00 dengan mencampurkan simpanan suami isteri. Yang ini korang boleh buat tabungan namanya 'Tabung Bersalin'. Pastikan disiplin apabila memasukkan duit di dalam tabung itu. Kalau korang cengelat, korang yang tanggung bila anak dah bersalin nanti.
  • Senaraikan keperluan yang perlu dibeli. asingkan mengikut kategori seperti kelengkapan berpantang, perkakas mandian anak, dan lain-lain lagi. Bila korang senaraikan begini secara tidak langsung boleh nampak apa yang perlu beli dan apa yang tidak. Ini adalah senarai checklist kelengkapan bayi yang korang boleh buat rujukan... Checklist kelengkapan bayi
  • Buat perbandingan harga di antara kedai barangan bayi dan pasaraya. Ambil masa satu hari berjalan dengan suami untuk menyemak harga. Selalu semasa expo bayi barang akan sedikit murah.
  • Jangan pentingkan jenama. Apa yang penting bayi selesa pakai pakaian tersebut dan tidak mendatangkan ruam.
  • Guna pakai barang yang sedia ada seperti stroller, baby coat, walker, buaian dan banyak lagi. Ini kerana peralatan ini hanya di gunakan sekejap sahaya. Bila anak dah jalan langsung derang tak pandang stroller tu. Korang juga boleh beli website www.mudah.my atau kumpulan yang menjual pre-loved item bayi.
  • Kalau teringin sangat nak buat majlis cukur jambul macam Scha Al-yahya tu, korang boleh decorate sendiri. Mahal tu nak sewa pelamin bagai. RM 500- RM 1000.00 tau! Duit tu boleh masuk tabung anak.
Amacam ok tak tips yang saya beri ni? Apa yang penting disiplin dan jangan rasa nak pengsan bila nengok baju bayi yang comel-comel tu. Berbelanjalah dengan berhemah...

SET BERSALIN YANG MENGATASI SEMBELIT KETIKA BERPANTANG

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya saya sangat teruja bila dapat membantu kawan-kawan bersalin dengan gembira tanpa kemurungan. Kebanyakkan wanita yang lepas bersalin mengalami kemurungan, rasa tertekan, sembelit yang teruk dan susu badan lambat keluar,


Saya jatuh cinta berkali-kali dengan Set Bersalin Shaklee kerana sepanjang saya berpantang perasaan sentiasa tenang, badan segar, susu badan keluar awal dan boleh menguruskan anak yang pertama. Pengalaman saya bersalinkan anak yang pertama memang menyedihkan. Setiap hari berendam air mata kerana bayi kuat menangis dan tiada rehat yang cukup. Akibatnya saya jadi Zombi hidup. Sampai suami terkejut lihat isterinya kurus kering dengan muka pucat.



Jadi saya tidak mahu korang mengalami perkara yang sama seperti saya. Ramai kawan-kawan dan pelanggan saya yang telah mencuba Set Bersalin Shaklee berasa teruja dan bersemangat semasa di dalam pantang. Tambahan pula mereka sudah mempunyai anak lain. Jadi cabaran nak menguruskan mereka lebih. 



Untuk pengetahuan korang di dalam Set Bersalin Shaklee terdapat:


set bersalin


Set Bersalin Shaklee budget:


  • VitaC
  • Bcomplex
  • Vitalea
  • Zinc
Set Bersalin Shaklee Premium:

  • VitaC
  • Bcomplex
  • Vitalea
  • Zinc
  • Ostematrix
  • Alfalfa
  • ESP
Beza antara kedua-duanya sudah pasti hasilnya yang memberansangkan. Disini saya kepilkan Video untuk menambah keyakinan korang supaya tidak menyesal menggunakan Set Bersalin Shaklee.

Korang boleh terus hubungi saya di 016-6684862 (Ain Ridzuan) untuk tempahan an konsultasi percuma ^_^

SET BERSALIN YANG PASTI MENYESAL JIKA TIDAK DIGUNAKAN SEMASA DALAM PANTANG

Assalamualaikum wbt. Berpantang merupakan perkara yang paling tidak di gemari oleh wanita yang baru lepas melahirkan anak. Banyak pantang larang yang perlu di patuhi. Namun ia perlu di lakukan untuk kesihatan ibu dan bayi.



Antara perkara yang paling selalu di alami oleh ibu berpantang ialah bayi demam kuning. Apabila bayi demam kuning, jamu tidak boleh di ambil oleh ibu kerana ia akan membebankan hati bayi yang berusaha mengeluarkan birubilin daripada hati. Maka berlaku lah episod ibu ulang alik ke klinik untuk memeriksa tahap kuning bayi. Ada juga ibu yang sampai jahitan terbuka kerana banyak berjalan. 

Selalunya demam kuning bayi akan hilang apabila berusia 2 minggu tetapi ada juga sehingga sebulan yang di kenali sebagai prolong jaundis. Jadi bila pula masanya nak makan jamu bersalin? Sudahnya tinggal sepi di rak hingga habis berpantang. Darah kotor juga masih bersisa di dalam rahim. Lepas 6 bulan bersalin macam-macam masalah berlaku vagina longgar, berbau, selalu sakit pinggang, suami dingin dan macam-macam lagi.

Jadi bagi mengelakkan masalah seperti diatas, adalah sangat di sarankan supaya mengambil set bersalin yang selamat dan bagus untuk bayi dan ibu iaitu Set Bersalin Shaklee. Set Bersalin ini sesuai diambil oleh ibu yang bersalin secara normal, pembedahan atau kelahiran pramatang.


Set Bersalin Shaklee berfungsi untuk menambah nutrien dan zat di dalam badan ibu yang telah hilang semasa proses kehamilan dan bersalin dengan cepat. Sebagai contoh pengambilan Vitalea berfungsi sebagai penambah darah untuk ibu yang kehilangan banyak darah semasa bersalin dan tidak perlu makan hati/ organ dalaman yang diketahui sediamaklum mempunyai toksin.

Selain itu Set Bersalin Shakle melengkapi keseluruhan aspek nutrien yang di perlukan badan. 

Apakah khasiat Set Bersalin Shaklee?


Vitalea 
  • Menambah darah ibu yang telah kehilangan banyak darah semasa bersalin
  • Memberi tenaga supaya ibu kekal cergas selepas bersalin dan boleh menyusukan bayi
  • Mengelakkan pening atau mata berpinar lepas bersalin
Bcomplex
  • Sebagai anti stress yang bertujuan untuk mengelakkan angin meroyan
  • Menukarkan gula kepada tenaga. Sebab itu jika anda menguruskan 2 orang anak dalam satu-satu masa, anda masih lagi bertenaga.
  • Mengelakkan rambut gugur lepas bersalin kerana ia mempunyai Biotin
  • Kulit berseri sepanjang berpantang kerana ia melembabkan kulit
Vitamin C
  • Mempercepatkan luka sembuh dan mencantikkan tempat luka
  • Meningkatkan antibodi badan supaya tidak mudah jatuh sakit
  • Mengelakkan tempat luka bernanah atau jangkitan kuman
  • Gabungan penyerapan hebat jika diambil bersama Vitalea
  • Wajah semakin berseri dan tidak pucat
Zinc
  • Mempercepatkan luka sembuh dan bercantum dengan baik
  • Mengelakkan rambut gugur selepas bersalin
  • Anti Inflamansi
Ostematrix
  • Mengelakkan sembelit semasa berpantang. Sesetengah amalan berpantang menegah pengambilan air secara berlebihan dan akan menyebakan sembelit. Pengambilan Ostematrix akan melancarkan sisitem pembuangan.
  • Mengelakkan tumpah darah kerana kalsium di dalamnya membantu mempercepatkan pembekuan platlet darah.
  • Menenang otot-otot yang stress lepas bersalin
ESP
  • Memperbaiki rahim atau bahagian dalaman yang luka dengan cepat.
  • Menghilangkan stretchmarks 
  • Mempercepatkan pengeluaran air susu ibu
  • Mengelakkan luka terbuka kembali
  • Sumber tenaga yang cepat
Ini adalah testimoni pelanggan saya yang sangat berpuashati dengan Set Bersalin Shaklee.

Pengguna 1:

Walaikumussalam kak. Alhamdulillah baby sihat sekarang masih dalam pantang. Nak bagi tau sis memnag sangat bagus lah sis berpantang dengan Shaklee ni. Rasa letih tu langsung tiada dan yang paling best luka bersalin hanya kering 8 hari je dah kering. Doktor pon terkejut bila pergi check.


Pengguna 2:



Video:





Untuk tempahan secara online:


Untuk tempahan dengan pembayaran bank transfer, cash deposit, COD anda boleh terus hubungi saya di:



Untuk penjimatan lebih 20%, anda digalakkan mendaftar keahlian untuk mendapat harga yang lebih murah! Sila klik ke link ini.


Kawasan COD: Shah Alam, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Klang, Pelabuhan Klang, Kota Damansara

CERITA PN. HIDAYAH YANG MENYUSUKAN BAYI PRAMATANG 32 MINGGU SEHINGGA BERJAYA

Bayi pramatang ialah bayi yang keluar awal sebelum 37 minggu usia kehamilan. Keperluan bagi setiap bayi pramatang ialah susu ibu. Kebanyakkan ibu yang melahirkan bayi pramatang mempunyai masalah susu lambat keluar kerana bayi tidak menyusu secara terus pada payudara ibu. 


Untuk penghasilan susu ibu dengan cepat anda digalakkankan meransang payudara dengan menggunakan pam susu. Pengambilan Set Penyusuan juga sangat membantu meransang pengeluaran susu dengan cepat di samping memulihkan badan ibu yang baru lepas bersalin dengan cepat. Ikuti pengalaman Puan Hidayah yang mengambil Set Penyusuan untuk menyusukan bayi pramatangnya.


Jika anda mempunyai masalah seperti Pn. Hidayah, jangan lupa terus hubungi saya untuk mengetahui set penyusuan dan bagaimana menyusukan anak. Izinkan saya membantu anda!




NAK BERSALIN DI HOSPITAL KERAJAAN ATAU SWASTA?

Setiap ibu pasti nak bersalin ditempat yang selesa dan mesra pelanggan tetapi kecut perut bila dengar cerita hospital kerajaan banyak kerenah manakala hospital swasta dengan caj yang tinggi. Kalau dapat hospital bersalin yang mesra pelanggan dan murah rasa bahagia je. Alhamdulillah.. Allah mempermudahkan saya untuk bersalin di swasta sebab suami nak doktor perempuan muslim.


Bagi ibu-ibu yang tengah pening nak cari hospital mana untuk bersalin, meh sini saya berikan sedikit pandangan pro dan kontra bersalin di hospital kerajaan atau swasta.

Hospital Kerajaan


  1. Tidak boleh membuat pilihan samada doktor perempuan atau lelaki.
  2. Pelajar praktikal kejururawatan akan turut melakukan pemeriksaan atenatal untuk anda. 
  3. Sesetengah hospital kerajaan membenarkan suami menemai isteri di dalam labour room, sesetengah tidak.
  4. Selepas bersalin bayi akan diletakkan bersama ibu untuk membina bonding. Ibu harus mengurus sendiri bayi. Tetapi pada peringkat awal selalunya jururawat akan mengajar anda cara memakai lampin bayi dan cara yang betul untuk menyusukan bayi. Jangan risau.
  5. Tiada waris yang boleh menunggu di wad.
  6. Lebih berpengalaman dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi.
  7. Menempatkan ramai pesakit.
  8. Harga yang paling minima dari RM 50.00 hingga ke RM 500.00 sahaja mengikut kes.
Hospital swasta:


  1. Pemeriksaan hanya di lakukan oleh pakar Gynea dan nurse sahaja
  2. Boleh membuat permintaan doktor perempuan muslim
  3. Suami boleh menemani di dalam Labour Room.
  4. Bayi di letakkan di dalam nursery tidak bersama ibu. Ibu perlu membuat permintaan untuk menyusukan anak. Ini adalah kerana mereka beranggapan ibu perlukan rehat. Tetapi ada sesetengah hospital swata terus lepas bersalin beri terus bayi pada ibu untuk meransang bonding.
  5. Persiapan bayi seperti mandi, tukar lampin di dalukan nurse.
  6. Persiapan ibu seperti mandi, menukar pad bersalin di lakukan nurse.
  7. Terdapat kaunselor penyusuan yang akan mengajar tentang penyusuan.
  8. Boleh pilih bilik samada bilik perseorangan dan bilik berkongsi.
  9. Ahli keluarga boleh menunggu di wad.
  10. Harga diantara RM 5000 - RM 10,000.00. Biasanya bersalin normal RM 5,000.00. Jika bersalin secara pembedh dan mempunyai kes itu yang sampai RM 10,000.00.
Pendek kata tepuk dada tanya hati dan poket.. Hehe. Kalau ada duit nak bersalin dengan hospital swasta ok je. Tetapi jika anda mengalami masalah kencing manis atau darah tinggi semasa mengandung, sangat digalakkan bersalin di hospital kerajaan kerana selalunya hospital swasta tidak mahu menerima ibu hamil yang mempunyai risiko.

Ada yang kata daripada menghabiskan duit bersalin di hospital swasta baik beli barang kemas atau pergi umrah. Hehe.. pada pendapat saya la kan, saya memilih untuk bersalin dengan hospital swasta kerana saya ingin bersalin dengan harmorni dan tidak trauma sepanjang proses bersalin tersebut. Nak bersalin anak kedua, ketiga dah takut.  Alhamdulillah, Allah perkenankan. saya berjumpa dengan doktor dan nurse yang baik-baik.

Apa yang penting DOA supaya dipertemukan doktor dan jururawat yang baik-baik tidak kira bersalin di hosptal swasta atau kerajaan sebab semuanya manusia. Manusia memang sentiasa ada kekhilafan masing-masing. Daa...

Jika anda mencari set bersalin sila klik disini:


Anda boleh terus hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau perundingan produk Shaklee. Cash on Delivery di kawasan Sungai Buloh, Subang Bestari, Kota Damansara, Shah Alam dan Pelabuhan Klang.


CARA BERPANTANG DENGAN MUDAH UNTUK KELAHIRAN CZERIAN

Sebut sahaja bersalin secara pembedahan pasti ada sesetengah ibu takut dan mencemuh muka. Seolah-olah bersalin secara pembedahan ini satu kesalahan besar. Tahukah anda bahawa bersalin secara pembedahan di lakukan kerana untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak? Bukan sebab suka-suka tadah perut minta di bedah. Sorry emo jap...

Pelbagai dogma mengatakan bersalin secara pembedahan susah, leceh, sakit dan macam-macam lagi. Walhal orang yang cakap itu pun tidak pernah bersalin secara pembedahan pun. Ni nak cerita sikit ni. Zaman dahulu bersalin secara pembedahan di lakukan secara menegak iaitu dari bawah dada sampai ke ari-ari. Memang sakit! Tetapi sekarang pembedahan dilakukan di bahagian bawah perut atau ari-ari untuk mengurangkan tahap kesakitan. Saya bersalin kedua-dua anak secara pembedahan. Anak yang pertama bersalin secara pembedahan kerana sonsang dan anak yang kedua kerana pilihan.

Sebenarnya cara berpantang bersalin secara pembedahan ini mudah. Antara tips-tips yang saya amalkan ketika berpantang secara pembedahan ialah:
  • Pada hari yang kedua selalunya nurse akan meminta kita bangun dari katil untuk kelancaran darah di kaki. Pada masa ini, anda di galakkan memakai bengkung moden atau bengkung khas untuk bersalin secara pembedahan. Ini bertujuan supaya luka pembedahan tidak bergerak terlalu banyak dan menyebabkan kesakitan. Bila pakai bengkung moden perut tak de lah bergerak-gerak. Contohnya seperti ini:
Cara berpantang bersalin pembedahan

  • Sapu minyak herba di seluruh badan bagi mengelakkan angin masuk. Mak saya siap suruh letak bawang putih kat telinga dan ikat rambut (buat tocang) dengan ketat.

  • Pakai stokin. Ini penting sebab angin senang masuk melalui kaki. Zaman sekarang ini ramai yang tidak endahkannya. Tahukah anda ibu jari kaki berkaitan dengan rahim. Bayangkan kalau kita tidak pakai stokin dan angin masuk terus ke rahim. Tu sebab ramai para ibu yang lepas bersalin mengalami kentut rahim ketika bersama dengan suami selepas berpantang.

  • Elakkan sayur yang menjalar dan sejuk seperti kacang panjang, tauge, kacang botol, tembikai, bayam, kangkung dan lain-lain.

  • Makan nasi panas dan elakkan makan makanan yang telah di panaskan kembali.

  • Bersihkan tempat luka dengan Spirit/ Alkohol yang klinik beri. Jika tiada boleh minta pada Klinik. Cuci 2 kali sehari dan elakkan daripada berpeluh.

  • Setelah selesai mandi keringkan luka dengan pengering rambut supaya kawasan luka cepat kering. Jangan biarkan kawasan luka lembap untuk mengelakkan pembiakan bakteria.

  • Ada sesetengah mencadangkan Gamat atau ikan haruan untuk mempercepatkan luka sembuh tetapi ada sesetengah doktor tidak mencadangkan kerana akan menyebabkan keloid iaitu daging tersebul di parut pembedahan dan isi daging akan melekat-lekat di rahim. Saya hanya menggunakan Set Berpantang Shaklee sepanjang kehamilan. Alhamdulillah. Memang lain benar bezanya berbanding anak yang pertama menggunakan set bersalin jenama lain. Saya dah boleh berjalan sendiri ke nursery untuk lihat anak, dah boleh uruskan diri sendiri dan boleh naik tangga seawal  hari ketiga.. hehehe.. Kerlass ko! Luka pun seawal 2 minggu dah baik dan bila genap 3 bulan baby dah boleh lompat-lompat kat atas perut ibu dia. Bayi dalam pantang ni memang banyak ragam bila malam, tetapi alhamdulillah tak de pulak dia merengek-rengek malam hari.
bersalin secara pembedahan

Jadi apakah yang spesial sangat Set Bersalin Shaklee? Set Bersalin Shaklee merawat tubuh dari dalam kerana sepanjang tempoh kehamilan banyak nutrisi yang hilang kerana di serap oleh bayi. Semasa bersalin juga, ramai ibu yang tumpah darah. Apakah yang terdapay di dalam Set Bersalin Shaklee?

Vitalea - Sebagai multivatimin yang lengkap berperanan menambah darah ibu bersalin akibat tumpah darah dan memberi tenaga sepanjang hari.

Bcomplex - Membantu mengelakkan meroyan semasa berpantang. Ia juga menukarkan makanan kepada tenaga.

VitaC - Membantu mempercepatkan luka pembedahan sembuh dan meningkatkan sistem pertahanan badan. 

Zinc Complex - Membantu menyembuhkan luka secara dalaman

Energizing Soy Protien - Sumber protien yang penting untuk memberikan tenaga dan memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak. Menghindari keloid (daging lebih) dan memperbanyakkan air susu ibu. Ia juga membantu menghilangkan strechmark selepas bersalin

Ostematrix - Membantu menghindari sembelit ketika berpantang. Di kenali sebagai agen pelawas ketika berpantang.

Alfalfa - Sebagai raja herba yang berperanan untuk mengeluarkan darah kotor, mengecutkan rahim dan vagina, mengeluarkan angin jahat dan sebagai milkbooster susu ibu. 

Untuk tempahan dan harga kasih sayang boleh buat tempahan di:

016-6684862
Ain Ridzuan

Nak lagi jimat boleh Daftar keahlian Shaklee dan dapat potongan sehingga 20% dari harga runcit.

CHECKLIST KEPERLUAN BAYI BARU LAHIR

Ibu-ibu pasti teruja bila nak menyambut kelahiran bayi. Maklumlah nak menerima orang baru dalam hidup. Macam-macam persediaan yang perlu dilakukan untuk menyambut si comel. Tak kira lah anak yang pertama, kedua atau seterusnya. Sebelum membeli barang bayi ibu-ibu, perlukan checklist menyambut kelahiran. Berikut adalah senarai barang yang perlu ibu-ibu beli... Namun ia bergantung pada budget ibu-ibu..

Pakaian:

  • 4 pasang baju lengan panjang 
  • 4 pasang baju lengan pendek 
  • 5 pasang Stokin
  • 5 pasang Sarung tangan
  • 5 helai Napkin
  • 2 helai tuala mandi
  • 5 helai barut
  • Lampin pakai buang
  • Bedung (seeloknya yang stretchable macam bedung Gugu Gaga)
Kelengkapan mandian:
  • Sabun Mandian
  • Shampoo
  • Besen mandian bayi
  • Nappy Rash
Penjagaan badan:
  • Bedak
  • Minyak Telon
  • Minyak rambut
  • Cotton Butt
  • Pemotong kuku
  • Penyedut hingus
  • Tuam bayi
  • Lotion badan
  • Tisu basah
  • Termometer badan
  • Sikat
  • Spirit / alcohol 70% untuk membersihkan pusat
  • Cotton  Ball
Tidur:
  • Bantal
  • Bantal peluk
  • Tilam bayi
  • 3 helai selimut bayi
Keperluan ibu:
  • Stokin
  • Baju lengan panjang bukaan depan supaya senang nak menyusukan anak.
  • Minyak panas
  • Selimut
  • Selipar
  • Set Berpantang / Set Berpantang Shaklee
  • Maternity Pad
  • Kerusi toilet (jika dirumah tandas cangkung) untuk menjaga luka 
  • Bantal alas
  • Hair Dryer (bagi ibu yang bersalin secara pembedahan untuk mempercepatkan luka cepat sembuh)
  • Tukang urut
Penyusuan ibu:
  • Pam penyusuan
  • Bantal menyusu
  • Bottle Storage
  • Warmer
  • Sterillizer
  • Botol susu (jika ingin kembali berkerja)
  • Nursing Pad
  • Bra Penyusuan
  • Poncho
Semoga membantu!!

SET BERSALIN SHAKLEE BUDGET

Set Bersalin Shaklee Budget



Amalan berpantang sangat dititik beratkan oleh masyarakat kita. Bersauna, bertungku dan berurut sememangnya menjadi kemestian setiap ibu bersalin. Ia bertujuan untuk mengekalkan kesihatan dan tahap keintiman setelah habis berpantang. Namun bergitu pada masa kini amalan berpantang seringkali dipandang remeh oleh golongan muda masa kini. Ada yang cukup hari atau habis nifas sahaja dah mulai 'bersama'. Dalam hal ini kerjasama dan kefahaman suami sangat diperlukan. Ye memang apabila seorang suami memanggil isteri maka hukumnya wajib untuk memenuhi tetapi pernah kah anda terfikir bahwa tubuh isteri telah mengalami suatu perubahan yang sangat besar dan memerlukan penjagaan rapi. Mengandung dan melahirkan adalah suatu proses alami yang sangat memenatkan. Hampir keseluruhan sistem dalaman dalam tubuh isteri berubah. Penyerapan zat-zat penting di dalam tubuh perlu di ganti balik. Walaupun setelah habis berpantang ada juga ibu-ibu yang mengadu badan sakit-sakit dan lemah anggota badan. Ini adalah kesan daripada penjagaan semasa berpantang sambil lewa dan cara pemakanan yang tidak seimbang. Untuk suami-suami yang kasihkan isterinya, hadiahkanlah isteri anda Set Bersalin Shaklee Fullset atau jika mempunyai kekangan kewangan anda boleb mencuba Set Bersalin Shaklee Budget. Harganya mampu milik berbanding dengan pengorbanan seorang isteri mengandungkan dan melahirkan anak kita.

Di dalam Set Bersalin Shaklee terdapat VitaC, Bcomplex, Vitalea dan Zinc. Suplemen-suplemen ini membantu memulihkan tubuh dengan cara menggantikan zata-zat yang hilang semasa proses mengandung. Peranan VitaC ialah untuk meningkatkan sistem immune tubuh seseorang. Selain dari itu ia juga membantu mempercepatka luka cepat sembuh. Peranan Bcomplex pula ialah untuk menghindari daripada meroyan atau 'monday blues' pada ibu bersalin. Meroyan berlaku apabila ibu tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru dan merasakan mereka gagal menjadi seorang ibu. Pada masa ini sokongan suami dan kaum keluarga yang terdekat sangat penting. Bantulah isteri anda menguruskan anak. Pada awal kelahiran selalunya bayi akan menangis di malam hari. Ini kerana bayi tidak biasa dengan keadaan sekeliling yang baru bagi mereka. Manakan tidak di dalam rahim ibu, keadaanya tenang dan aman tetapi di dalam dunia sebenar keadaannya bising, sejuk dan menakutkan. 

Fungsi vitalea pula membantu menggantikan semula darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran. Ada dikalangan kita memakan bahagian dalaman anggota haiwan sebagai penambah darah tetapi tahukah anda di dalam hati dan limpa haiwan itu terdapat segala toksin? Fungsi hati ialah menapis segala toksin di dalam tubuh. Manakala fungsi Zinc Complex pula mempercepatkan lagi proses penyembuhan luka. Gabungan keempat-empat suplemen ini perlu diambil kerana ia melengkapi satu sama lain asas suplemen.


Set ini sangat sesuai diambil jika anak mengidap kuning kerana ia tidak menggunakan sebarang herba. Untuk makluman lanjut, anda boleh terus hubungi saya:

Pn. Ain 016-6684762 (sms, wassap, call)
ID: 881668

Kenapa perlu menggunakan Set Bersalin Shaklee?



Bila usia kandungan mencecah 4-5 Bulan pasti kita akan mencari set-set bersalin/berpantang yang sesuai dan mudah untuk memulihkan tubuh setelah 9 bulan 10 hari melalui proses semulajadi. Semasa proses kehamilan banyak perubahan-perubahan fisiologi, emosi, hormon seorang wanita untuk melengkapkan dan menyambut kelahiran si comel. Ayah ibu banyak melakukan persediaan dari segi mental dan fizikal untuk menerima orang baru. Tidak dilupakan pemilihan Set Bersalin semasa berpantang juga penting kerana ia melibatkan keseluruhan kehidupan kesihatan wanita itu.Bak kata orang tua-tua, kalau tak jaga betul-betul masa berpantang ni nanti bila dah tua/ berusia sedikit pasti akan sakit-sakit badan, bahagian intim longgar dan lain-lain lagi.

Apakah keistimewaan Set Bersalin Shaklee ni?



Set Asas Set Bersalin Shaklee (Vitalea, Bcomplex, VitaC, Zinc Complex)

Vitalea


Vitalea merupakan multivitamin bagi setiap wanita kerana ia mempunyai 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA. Tablet Vitalea juga disaluti dengan ektrak spirulina dan dihasilkan dengan teknologi eksplosif yang disebut sebagai ‘Explo-tab’ dimana ia juga merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di duni dan larut di dalam air dan pantas menyerap.

Vitalea berfungsi sebagai penambah darah/ pengganti darah yang banyak hilang semasa bersalin kerana ia diformulasikan bersama zat besi. Zat besi sangat penting untuk kita dan jika kekurangan zat besi akan menyebabkan badan tidak bermaya, tekanan darah rendah, emosi tidak stabil, kurang focus dan lain-lain.

Bcomplex

Bcomplex berfungsi sebagai penenang dan dapat melawan tekanan perasaan/meroyan. Ia juga mengandungi asid folic semulajadi yang mempunyai kadar serapan yang sangat tinggi dan kebanyakkan asid folic yang berada di pasaran adalah sintetic. Selain itu Bcomplex membantu menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Ia juga boleh menukar makanan kepada tenaga sekaligus megurangkan masalah keletihan/kelesuan. Dengan gabungan Vitalea dan Bcomplex akan mempercepatkan kesan penyembuhan.

VitaC

VitaC dapat meningkatkan antibodi dan memperbaiki sel-sel yang telah rosak semasa bersalin. Selain itu ia juga meransang pembentukan kolagen dan memberi seri kepada ibu yang sedang berpantang.

Zinc Complex

Zinc Complex berfungsi sebagai penyembuh luka dan membantu dan pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ. Selain itu, Zinc Compleks juga membantu dalam masalah keguguran rambut bagi wanita yang habis berpantang.

Add On: Energizing Soy protein (ESP), Ostematrix, Alfalfa

Energizing Soy protein (ESP)

Kebanyakkan ibu hamil/dan berpantang memang digalakkan mengambil ESP kerana ia membantu memberikan tenaga dengan segera untuk ibu yang baru lepas bersalin. Selain itu, ia juga membantu menghilangkan ‘strech mark’ / parut (bersalin czer). ESP juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu badan selepas bersalin (ibu perlu susukan bayi secepat/sekerap mungkin sebaik saja bersalin). Berdasar beberapa testimoni/ pengalaman pengguna, bayi tidak banyak ragam kerana kekenyangan dan susu ibu cukup untuk bayi. Tambahan pula kebanyakkan bayi baru lahir sekarang ini pasti jaundice. Untuk mengurangkan jaundis dengan cepat, ibu perlu menyusukan anak sekerang mungkin.

Ostematrix

Ostematrix berfungsi sebagai pembekal kalsium yang penting jika anda menyusukan anak. Tambahan pula kalsium sangat penting bagi setiap manusia kerana ia dapat mengelakkan osteoporosis. Disamping itu ia juga dapat mengelakkan ibu daripada sembelit semasa dalam pantang dan boleh menghilangkan sakit kepala dan kebas-kebas.

Alfalfa


Alfalfa dikenali sebagai kacip fatimah kerana ia berfungsi sebagai perapat keintiman dan dapat mengecutkan Rahim dengan pantas. Ia juga dapat mengatasi masalah berbau wanita dibahagian intim. Juga berfungsi sebagai agen detoks kerana ia akan membuang segala toksin/ darah kotor dalam tubuh badan. Ia juga milkbooster bagi ibu menyusukan dan dapat memperbanyakkan susu ibu.

Testimoni Set Bersalin Shaklee







Bestkan? Saya jatuh cinta dengan Shaklee kerana produknya dan bukan dengan janji manis... Jom hubungi saya untuk harga promosi yang bombastik!!

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

Berminat?

Anda boleh terus hubungi saya:

Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862)
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in