Showing posts with label Rawatan kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Rawatan kesuburan. Show all posts

6 PUNCA MASALAH HAID TIDAK TERATUR

Assalamualaikum wbt. Salah satu punca susah mendapat zuriat ialah haid tidak tidak teratur. Datang 2-3 bulan sekali dan ada yang tanpa henti. Keadaan ini amat menyukarkan kerana kita tidak tahu bilakah ovulasi sedang berlaku. Mengetahui masa ovulasi adalah sangat penting bagi pasangan yang inginkan zuriat. Ovulasi ialah tempoh telur/ovum keluar dari kilang ovari untuk di senyawakan. Tambahan pula ovulasi hanya berlaku selama 3 hari dalam satu tempoh kitaran haid.

masalah haid tidak teratur

Bagi mengatasi masalah ini jom kita nengok apakah masalah penyebab haid tidak teratur :

  • Amenorrhoea - Seseorang wanita yang tidak pernah datang haid pada umur 16 tahun atau haid berhenti sekurang-kurangnya 3 bulan tetapi tidak mengandung. Ia bukan penyakit tetapi ia di mungkin disebabkan oleh tekanan perasaan, terlebih bersenam, gangguan pola pemakanan (seperti anorexia), masalah hormon makan dan PCOS. Rawatan Amenorrhoea ialah dengan mencari punca masalah tersebut. Contohnya terlalu kuat bersenam, anda perlu kurangkan aktiviti bersenam. Jika mempunyai masalah berat badan, anda perlu mengurangkan berat badan. Gaya hidup perlu di ubah.


  • Oligomenorrhoea - Haid datang dalam kitaran 35-90 hari (kitaran normal 28 hari). Ini di sebabkan pengambilan pil hormon perancang dan ia berlaku kepada wanita yang menyusukan anak anak kerana hormon prolaktin tinggi di dalam badan. Pesakit PCOS juga mempunyai Oligomenorrhoea. Kebanyakkan remaja mempunyai masalah ini sebelum kitaran haid betul-betul tetap. Keadaan ini tidak membahayakan kerana hanya berkaitan keseimbangan hormon. Apabila berhenti mengambil pil perancang atau menyusukan anak, insyallah haid pasti normal.


  • Ovari pra-matang - Kilang Ovari berhenti mengeluarkan telur/ovum sebelum sampai waktunya. Contohnya, seorang wanita yang berusia 25 tahun tidak datang haid kerana Ovarinya telah menapous. Keadaan ini agak menakutkan bagi wanita yang inginkan cahaya mata. Jangan tidak percaya ovari juga boleh tua sebelum waktunya. Proses kehamilan agak sukar tetapi masih boleh di cuba dengan cara lain. Doktor selalunya akan memberikan pil hormon estrogen dan hormon-hormon lain bagi membantu ovari wanita mngeluarkan telur seperti biasa. 
fibroid dalam rahim


  • Fibroid rahim - Fibroid rahim adalah tumor tetapi bukan kanser. Ia selalu terjadi kepada wanita yang pernah melahirkan anak. Ia terjadi disebabkan terdapat darah haid tidak habis keluar atau darah nifas yang tidak di keluarkan dengan habis semasa proses berpantang. Ada wanita walaupun mempunyai fibroid masih lagi boleh mengandung tetapi ada sesetengah wanita tidak boleh hamil secara semulajadi. Tanda-tanda fibroid rahim ialah haid yang berpanjangan dan sakit senggugut yang kuat. Selalunya rawatan yang di cadangkan ialah dengan pemberian ubat melegakan kesakitan, melambatkan atau menghentikan pertumbuhan fibroid. Pembedahan juga boleh di lakukan untuk membuang fibroid.
period tidak teratur di sebabkan ketumbuhan di dalam rahim



  • Endometriosis - Ia berlaku apabila tisu yang biasanya tumbuh di dalam rahim tetapi ia berkembang di luar rahim. Endometriosis menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa awal period. Endometriosis juga boleh menyebakan kemandulan. Antara rawatan yang di syorkan ialah pil tahan sakit, pil hormon atau pembedahan. Walaubagaimanapun bagi pasagan yang mahukan cahaya mata rawatan secara IVF (persenyawaan in vitro) boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita.


  • Dysmenorrhoea - Mempunyai sengugut yang teruk. Walaubagaimanapun ia tidak serius tetapi masih perlu di beri perhatian kerana di takuti berlaku di sebabkan jangkitan, endometriosis atau sista ovari.

Pendek kata masalah haid tidak teratur ini banyak di sebabkan oleh masalah hormon dan gaya hidup yang tidak sihat. Antara pencegahan yang boleh boleh kita sebagai boleh lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah ialah:

  • Jaga kebersihan alat sulit. Elakkan daripada memakai pencuci wanita terlalu kerap kerana ia akan mematikan flora dan fauna di situ.
  • Jangan buat teknik douching (menyebur air masuk ke dalam vagina).
  • Amalkan pemakanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran.
  • Elakkan pemakanan yang bersifat hormon seperti ayam moden, daging lembu import, soya GMO dan pelbagai lagi kerana makanan ini menyebabkan kecelaruan hormon semakin bertambah dan ketumbuhan semakin membesar. Seelok-eloknya makan sumber protien seperti ayam kampung, ikan sungai, daging lembu yang tidak di cucuk dengan ubat hormon. 
  • Elakkan makanan segera kerana ia mempunyai kandungan garam dan bahan perisa yang tinggi
  • Mengambil vitamin yang boleh membantu menstabilkan kembali hormon.

Untuk khidmat rundingan tetang vitamin, anda boleh hubungi saya di:

016-6684862
Ain Ridzuan

Terima kasih

WAKTU YANG PALING SESUAI MEMBUAT UJIAN KESUBURAN

Assalamualaikum w.b.t. Pasangan yang berkahwin sudah tentu inginkan cahaya mata. Perasaan semakin membuak-buak apabila orang sekeling mula bertanya "Bila nak ada anak?" Sebenarnya ini adalah soalan yang paling di elakkan untuk orang yang baru kahwin. Baru kahwin 2 bulan dah tanya "Dah ada ke?"

Rasa nak gelak guling-guling bila dapat soalan macam ini. Hehehe... Sebenarnya diawal perkahwinan suami isteri, proses perkenalan baru sahaja bermula. Jika semasa bercinta dahulu kita mengenal dari segi luaran, bila dah berkahwin ni baru nak mengenali hati nurani yang lebih mendalam pula. 

waktu yang sesuai buat urawatan kesuburan

Nak cipta keserasian suami isteri ini bukan ambil masa satu hari. Asal bersama sahaja ok dah serasi la tu.. Ada isteri yang malu-malu dengan suami walaupun dah 3 bulan berkahwin, ada suami yang masih gemuruh apabila bersama dengan isteri. Jadi jangan nak salahkan suami isteri yang lambat dapat anak.

Dalam rumahtangga ni perlu ada penyatuan dua hati. Hati suami dan isteri perlu seiringan untuk mempermudahkan urusan rumahtangga. Tu dia dah macam pakar motivasi rumahtangga pula.. hehehe.. bukannya apa ini berdasarkan pengalaman rakan-rakan dan pelanggan saya.

Jadi berbalik pada persoalan yang utama bilakah waktu yang sesuai untuk membuat ujian kesuburan? Selalunya doktor akan menasihatkan setelah 2 tahun berkahwin seandainya tiada apa-apa tanda kehamilan. Kalau dah tak sabar sangat semasa 1 tahun setengah pun dah boleh. Jika telah usia perkahwinan telah melebihi 2 tahun, korang boleh pergi ke Klinik LPKKN berdekatan. Ikut senarai menunggu pesakit. 

rawatan kesuburan

Ada yang perlu menunggu sehingga setahun untuk mendapatkan perkhidmatan. Bergantung kepada ramai pesakit di sesebuah klinik itu. Nak lagi cepat pergi sahaja hospital swasta cepat dan tidak perlu menunggu. Cuma yuran perkhidmatannya agak menakutkan la.. hehehe..

Tetapi kitaorang dah tak sabar nak timang cahaya mata sendiri ni... Kahwin pun dah lambat. Ni sekarang nak pulun buat anak ni. Amboi! Pertama sekali bersyukurlah korang mempunyai masa untuk bercinta suami isteri. Bercinta sebelum kahwin dan selepas kahwin lain tau. Jadi nikmati lah percintaan suami isteri yang membahagiakan itu. Abaikan apa yang orang cakap. Janji korang suami isteri loving couple gitu.


Sebelum membuat apa-apa rawatan kesuburan, perbincangan suami isteri dari hati ke hati perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah di kemudian hari sebab bukan suami semua yang terbuka untuk menjalani rawatan kesuburan. Rawatan kesuburan juga perlu dihadiri oleh suami isteri. 

Jadi pergi lah kemana-mana tempat honeymoon yang best-best.. dalam negara pun boleh... yang buat korang suami isteri bahagia sangat. Pimpin dan peluklah pasangan bila berjalan.. ewahh! Daku pula lelebih.. hehe.. Perasaan romantik itu yang sebenarnya meransang kehamilan kerana homon oxytocin di keluarkan dengan banyaknya..

Jadi dah tahukan bila nak buat temujanji dengan doktor? Dah habis ikhtiar? Dah buat apa yang saya cadangkan? Jika sudah sila set date dan ambil cuti dan buat temujanji dengan doktor. Semoga berjaya!!

Klik disini untuk mengetahui: 
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in