Showing posts with label Cara cerai lampin anak dengan mudah. Show all posts
Showing posts with label Cara cerai lampin anak dengan mudah. Show all posts

TESTIMONI ESP HILANGKAN PEDIH ULU HATI

Masalah sakit pedih ulu hati memang sangat menyiksakan. Lebih-lebih lagi jika lepas makan makanan pedas dan makan dalam keadaan tergesa-gesa. Rasa macam ada sesuatu yang tak lepas je kat ulu hati. Macam-macam cara nak hilangkan sakit pedih ulu hati tapi tak berkesan. 

masalah pedih ulu hati

Ada juga produk untuk melegakan pedih ulu hati lepas makan seperti Gaviscon, ENO dan macam-macam lagi. Tapi sampai bila nak bergantung pada produk tersebut.

Saya memang pengamal tegar ESP ni sebab saya suka rasanya. Pastu boleh buat macam-macam smoothies. Boleh camput strawberry ke, mangga ke, nenas ke atau macam-macam. Kira ala-ala macam smoothies yang mahal-mahal kat restoran tu. Nak beli hari-hari macam tak mampu lak. Baik buat sendiri di rumah.

Lagipun macam-macam khasiat boleh dapat bila minum ESP ni walaupun suka-suka. Tak de lah membazir sangat. Kenyang dapat.. sihat pon dapat. 

Antara khasiat ESP ialah:
● Memutihkan kulit
● Menganjalkan kulit
● Mencantikkan kulit supaya tidak kusam
● Menghilangkan pedih ulu hati. Sangat sesuai untuk pesakit gastrik kerana ia mengawal kadar asid di dalam perut.
● Menguatkan rahim
● Memberi tenaga yang pantas dan berpanjangan.
● Membantu menguruskan badan
● Memperbanyakkan air susu ibu
● Mempercepatkan luka pembedahan pulih
● Meransang penghasilan susu badan dengan cepat.
● Menghilangkan parut jerawat , parut pembedahan


Bestkan? Sambil-sambil minum minuman kegemaran semakin cantik dan sihat. Ni lah wajahku setelah mengamalkan ESP secara konsisten. Nak interprem sket..


Ini adalah testimoni pengguna yang telah hilang pedih ulu hati atau gastrik kerana mengamalkan ESP.

Testimoni ESP Shaklee

Harga 1 canister ialah RM 150.00. Nak jimat? Daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan kesemua produk Shaklee..

CARA CERAI LAMPIN ANAK DENGAN MUDAH

Alhamdulillah. Jasmine tahun ini dah masuk 3 tahun dah boleh cerai lampin. Lagipun taska dah ajar cerai lampin. Di taska Jasmine dah tidak pakai lampin lagi. Nak cerai lampin anak ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Jangan di paksa anak atau marah anak jika mereka kencing atau berak berterabur sebab mereka masih lagi belajar cara mengendalikan pundi kencing atau proses menahan air kencing. 

Saya dan suami selalu cakap dengan Jasmine bahawa dia dah besar dan tidak boleh pakai lampin. Ayah dan ibu tidak pakai lampin pun. Ibu bapa adalah role model anak-anak. Gunakannya kearah kebaikkan. 

Cara cerai lampin dengan mudah

Bila masa nak tidur pula, saya akan minta Jasmine kencing terlebih dahulu dan kurangkan pengambilan susu. Selalunya saya akan beri makanan berat supaya dia berasa kenyang lama. Kalau susu hanya beri dalam 4 Oz sahaja. Pastikan suhu bilik tidak terlalu sejuk.

Bila berada di luar rumah pula, sebelum keluar rumah saya akan tanya samada nak kencing atau tidak. Jika di Shopping Complex, tiap kali lalu di tandas saya akan tanya samada dia hendak ke tandas tak. 

Pada awal training pot ini, memang ada insiden kegagalan menahan air kencing seperti dalam kereta bila ambil dari taska tiba-tiba dia cakap nak kencing. Kan haru tu! Pecut daku bawa kereta.. hahaha.. Nasib baik dah turun kereta terus laju keluar air kencing. Kalau malam pula, pada awalnya memang setiap hari basuh comforter, tapi bila hari-hari kita beri nasihat dan penghargaan pada dia akhirnya Jasmine dah tak kencing malam lagi!! Cuma tinggal nak berak je sibuk cari pampers. Mungkin mangkuk tandas besar sangat kot.. 


Jadi ibu-ibu dan bapa-bapa jangan putus asa usaha lagi.. Anak kita hanya perlukan masa sahaja!
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in