Apabila bayi hendak tumbuh gigi memang serba tidak kena. Makan tidak mahu, menyusu tidak mahu. Sampai kita pula yang risau. Selalunya bayi yang nak tumbuh gigi ini air liurnya meleleh-leleh dan demam. Jika bayi menyusu badan bayi kerap mengigit ketika menyusu.
Anak-anak saya pula jika nak dapat gigi mesti akan demam dahulu baru dapat gigi. Sakit urat agaknya. Sekali tumbuh 2-3 batang gigi. Orang tua-tua dulu cakap seelok-eloknya tumbuh gigi bawah dulu, kalau tumbuh gigi atas dulu nanti suka cakap besar. Pada pendapat saya, kepercayaan ini adalah mengarut kerana perwatakan anak-anak kita apabila besar di pengaruhi oleh didikan ayah dan ibu ketika kecil.
Antara perkara yang saya lakukan untuk mengurangkan kesakitan bayi ketika tumbuh gigi ialah:
- Beri bayi gigit mainan yang sejuk seperti Cool Gel atau teether. Ia akan membantu mengurangkan rasa kesakitan gusi bayi.
- Berikan paracetamol mengikut sukatan yang diberikan. Paracetamol membantu mengurangkan gusi bengkak dan berfungsi sebagai 'pain killer'.
- Berikan hirisan lobak untuk digigit. Pastikan anda duduk bersama dengan bayi bagi megelakkan bayi tercekik.
- Lakukan aktiviti yang melibatkan permainan berwarna-warni. Ini akan menyebabkan bayi tidak fokus pada kesakitan yang dialaminya.
Diharap dengan perkongsian saya serba sedikit ini dapat membantu anda!

