Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

DILEMA IBU MENYUSU DEMAM: PATUTKAH HENTIKAN PENYUSUAN?

Ibu menyusukan bayi tidak terlepas daripada demam dan cirit birit. Ada ibu menyusu demam dan cirit birit takut hendak menyusukan bayi sendiri kerana dikhuatiri akan menjangkiti bayi.Saya juga suatu ketika dulu sangat takut menyusukan anak apabila demam. Hendak mengurangkan kerunsingan yang berada di dalam kepala ini, saya tanya terus kepada pakar kanak-kanak. Semasa itu saya menyusukan Zafri.

ibu menyusu demam

Apa yang saya faham adalah selamat jika menyusukan bayi jika ibu sakit demam atau cirit birit. Ini kerana di dalam susu ibu telah mempunyai antibodi ibu sendiri bagi melindungi bayi daripada di serang jangkitan kuman. Untuk meningkatkan antibodi kuat, anda digalakkan supaya menjalani gaya hidup yang sihat, kurang tekanan dan mengambil Vitamin C.

Persoalan yang kedua adakah selamat ibu menyusu ambil panadol atau antibiotik? Ya, selamat berdasarkan perkripsi yang di berikan oleh doktor.

Setiap kali ibu menyusu demam atau sakit, anda perlu beritahu doktor bahawa anda sedang menyusukan bayi. Ubat untuk ibu menyusukan anak dosnya lebih rendah dah selamat untuk bayi. Terdapat segelintir ibu apabila makan antibiotik diberikan susu ibu kurang dan merudum. Jadi untuk mengelakkan susu merudum ketika sakit amat digalakkan supaya minum lebih air kosong supaya pengeluaran susu tidak terjejas.

Pengalaman saya menyusukan Zafri ketika demam atau sakit ialah Zafri memang akan terkena tempias demam sedikit seperti badan dedar terkadang terus demam. Jika anda menghadapi perkara yang sama dengan saya ini, ibu-ibu dan bapa-bapa jangan takut dan risau kerana tubuh bayi anda sedang membina antibodinya sendiri sambil dibantu oleh antibodi ibu tadi. 

Kali pertama bayi anda mungkin akan demam 2-3 hari. Kali kedua mungkin sehari semalam sahaja. Alhamdulillah Zafri sekarang susah sangat nak pergi hospital kecuali cari penyakit sendiri. Cari penyakit apa? Cari penyakit jatuh kerusi sampai kepala berdarah baru lah nampak kitaorang kat hospital. Hehehe...

CARA URUS SUSU BADAN BEKU (EBM) JIKA BLACKOUT

Susu badan beku atau lebih dikenali sebagai Express Breastmilk (EBM) sangat di perlukan bagi ibu yang berkerja yang menyusukan anak. EBM ialah susu badan beku yang di kumpul dan disimpan di dalam peti ais atau Freezer untuk kegunaan bayi jika diperlukan terutamanya ketika susu ibu merudum atau semasa ketiadaan ibu. 

Cara uruskan susu badan ketika blackout

Walaubagaimanapun terdapat situasi bekalan elektrik terputus (blackout) tanpa notis. Situasi sebegini memang membuatkan ibu tidak senang duduk kerana EBM yang cair sepenuhnya tidak boleh di beri kepada bayi lagi. Ibu-ibu tidak perlu panik! Masih ada cara untuk menyelamatkan susu badan beku daripada cair.

Cara-caranya:
  1. Sediakan Thermos atau kotak polistrin yang sesuai dengan jumlah stok EBM.
  2. Lapikkan Thermos atau kotak polistrin dengan helaian surat khabar yang tebal.
  3. Taburkan ais yang mencukupi di dasar termos/polistrin sehingga menutupi ruang.
  4. Masukkan stok EBM ke dalam termos dan taburkan garam. Selang selikan stok EBM dengan ais dan garam
  5. Pastikan bahagian atas termos di tutup dengan ais secukupnya.
  6. Fungsi garam membantu melambatkan ais cair.
  7. Letak termos di tempat yang sejuk dan elak letak tempat yang panas.
  8. Akhir sekali letakkan sehelai tuala basah sebelum menutup termos/polistrin.
  9. Kaedah ini akan membantu stok EBM bertahan sehingga 10 jam. 

Untuk memastikan stok EBM masih boleh diminum atau tidak, jika EBM mencair tetapi masih ternampak kristal/ais maka ia masih boleh di minum tetapi jika EBM mencair sepenuhnya ia tidak boleh di gunakan lagi.

Selamat mencuba mama! 

CARA AJAR BAYI MENYUSU BOTOL

Setiap kali nak naik kerja atau pergi kemana-mana pasti ibu menyusu dilema nak mengajar bayi menyusu botol. Ada ibu yang berbotol-botol jenama di tukar kerana bayi tidak mahu. Hati gundah gulana nak tinggalkan anak pada pengasuh. Kedua-dua anak saya menyusu badan dan tiada masalah ketika mengajar bayi menyusu botol. 

Di sini saya nak kongsi tips bagaimana nak ajar bayi menyusu botol tanpa sebarang masalah:

  • Jangan ajar bayi menyusu botol ketika dalam pantang kerana ia akan menyebabkan bayi keliru puting dan mengakibatkan bayi menolak menyusu badan atau menyusu botol. Ini kerana menyusu botol lebih mudah dan tidak memerlukan usaha yang banyak untuk mengeluarkan susu akibat puting botol lebih besar berbanding payudara ibu. Payudara ibu perlu ransangan untuk mengeluarkan susu. Ada bayi yang sanggup menunggu dan tidak.
  • Ketika waktu menyusukan bayi, ibu jangan berada di sisi bayi. Seelok-eloknya minta suami atau penjaga yang memberi susu ibu dalam botol. Selalunya bayi tidak mahu menyusu kerana ada ibu berdekatan. Ajar suami atau pengasuh teknik penyusuan susu botol dengan betul.
  • Gunakan botol susu yang menyerupai payudara ibu seperti Tomme Tippie atau Mijumi.


  • Ikut panduan atau cadangan Jadual Latihan Pemberian Susu Ibu secara berperingkat atau bersesuaian.
  • Banyakkan berdoa. Doa dengan tuhan supaya di permudahkannya.
Selamat mencuba!

Lagi tips penyusuan:

PUNCA KEGAGALAN PENYUSUAN SUSU IBU

3Zaman sekarang ini adalah evolusi penyusuan susu ibu. Rata-rata ibu mengandung yang ditemui kini ingin menyusukan anak dengan susu ibu walaupun berkerja. Ia adalah kesedaran yang membanggakan. Namun tidak terkecuali ada yang gagal dalam merealisasikan penyusuan susu ibu.
Apakah punca kegagalan penyusuan susu ibu?

♡ Kurang ilmu penyusuan. Ilmu penyusuan susu ibu sangat penting untuk menghadapi saat turun naik menyusukan anak. Ilmu penyusuan susu ibu boleh dicari di internet atau berjumpa dengan kaunselor penyusuan. Ia harus dipelajari sejak bayi di dalam kandungan lagi. Anda boleh sertai kelas-kelas penyusuan ibu yang dianjurkan NGO atau kumpulan sokongan ibu menyusukan.

♡ Tidak mendapat sokongan daripada pasangan atau orang sekeliling. Suami memainkan peranan penting dalam hal ini tetapi jika suami sendiri tidak menyokong penyusuan ibu bagaimana ya? Ibu-ibu boleh mengajak suami pergi ke kelas penyusuan ibu supaya suami lebih terdedah dengan kebaikan susu ibu. Anda juga boleh memberikan risalah daripada hospital atau buku penyusuan. Jika orang tua yang tidak menyokong penyusuan ibu, berbincanglah dengan baik tentang kepentingan dan khasiat susu ibu. Selalu mereka tidak menyokong penyusuan susu ibu kerana tiada pendedahan atau lebih mempercayai iklan susu Formula.

♡ Memberikan puting tiruan atau botol terlalu awal. Bayi selalunya keliru samada puting ibu atau puting tiruan. Selalunya bayi akan memilih puting tiruan kerana ia lebih mudah dan cepat mengeluarkan susu berbanding puting ibu yang mengambil masa. Walaupun susu ibu yang diletakkan di dalam botol susu, tetapi ia akan mengurangkan stimulasi di payudara ibu dan sekaligus akan mengurangkan pengeluaran susu ibu.

♡ Waktu mengepam susu yang tidak teratur dan selalu membiarkan payudara membengkak. Konsep asas penyusuan susu ibu ialah demand and supply. Jika anda mengurangkan sesi mengepam susu, otak akan menerima isyarat bahawa susu sudah mencukupi dan tidak perlu menghasilkan susu lagi dan susu ibu akan kurang.

♡ Tidak menjaga pemakanan. Pemakanan yang berkhasiat dan lengkap sangat penting dalam penghasilan susu ibu. Bahan utama penghasilan susu ibu ialah karbohidrat, protien dan serat. Jika anda mengambil pemakanan secara seimbang bagaimanakah susu ibu akan terhasil?

♡ Selalu berada dalam keadaan stress. Musuh utama penyusuan ibu ialah stress. Apabila ibu berada di dalam stress selalunya susu ibu akan merudum. Oleh itu elakkan stress dan cuba pelbagai aktiviti yang mencegah stress. Macam saya bila saya stress, saya lebih gemar window shopping bersama dengan rakan-rakan atau semasa mengepam susu saya gemar melayan media sosial sedar-sedar je susu dah penuh.

Nasihat saya untuk ibu yang menyusukan dan sedang mengalami saat susu merudum, penyusuan susu ibu ini memang penuh dengan cabaran dan hanya ibu-ibu yang kuat dan cintakan anak yang sanggup menghadapinya.

Saja juga pernah melalui susu merudum tetapi saya kuatkan semangat dan carikan ibu susuan untuk Zafri. Apabila pengeluaran susu ibu telah pulih, saya terus menyusukan anak dengan susu ibu sendiri. Tiada salahnya anak kita mempunyai ibu susuan. Bahkan bertambah erat kasih sayang sesama kita.

Anda juga meminati:

KHASIAT SUSU IBU DAN PENYUSUAN BADAN

Saya teringat masa mula-mula saya mengambil keputusan untuk menyusukan anak. Ramai yang mencebik seolah-olah susu ibu ini tiada kualiti. Memang sangat susah nak meyakinkan orang terutama sekali suami yang langsung tidak percaya kebaikan susu ibu. Dia lebih terpengaruh dengan iklan-iklan di media massa. Katanya saya suka makan benda merapu atau tidak berkhasiat nanti susu anak jadi tidak berkhasiat. Setelah saya berdoa dan menyakinkan suami dengan risalah-risalah kebaikan susu ibu barulah dia boleh terima. Dia masih lagi mencari susu yang terbaik untuk diberikan kepada Jasmine bawah setahun tetapi tak jumpa dan rata-rata di tin susu formula tertulis ‘Susu ibu adalah yang terbaik’ barulah dia benar-benar percaya.



Saya ingin memberikan susu ibu kepada anak-anak saya kerana saya percaya dengan khasiat dan kebaikkannya. Ini adalah bukti dan kajian yang dilakukan tentang keberkesanan susu ibu. Saya ambil keratan akhbar ini di Berita Harian bertarikh 31 Disember 2013.


Bestkan? Memang banyak sangat khasiat susu ibu dan penyusuan badan ini. Jom saya kongsikan kebaikan susu ibu.

Antara khasiat susu ibu ialah:

  • Bayi jarang terkena serangan penyakit kerana di dalam susu ibu mempunyai antibodi yang tinggi yang membantu bayi melawan serangan penyakit.
  • Bayi lebih mudah belajar dan menerima ilmu kerana susu ibu meningkatan tahap perkembangan otak dan sistem saraf
  • Bayi lebih mudah menghadam susu ibu dan dapat mengelakkan kolik dan risiko sembelit yang teruk
  • Sistem immune bayi bertambah kuat dan dapat mengelakkan daripada alergi, asthma, obesiti dan lain-lain lagi.
  • Susu ibu terhindar daripada bahan kimia merbahaya. Kita pernah dikejutkan di dalam susu fomula terdapat sejenis bahan kimia ‘melamine’ dan boleh menyebabkan kanser dan tumbesaran bayi terbantut.
  • Penyusuan badan membantu membangunkan emosi rohani dan sahsiah bayi
  • Rasa susu ibu berubah-ubah mengikut apa yang ibu makan sekaligus memperkenalkan pelbagai jenis makanan pada bayi. Saya selalu cakap dengan Zafri ‘Hari ini kita minum susu durian ye’

Apakah kebaikkan susu ibu pada ibu?

  • Rahim/ uterus ibu cepat mengecut
  • Vagina bertambah ketat
  • Membantu ibu kurus dengan lebih cepat kerana semasa penyusuan tubuh membakar sebanyak 500 kalori.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.

Apakah kebaikan susu ibu kepada bapa?
  • Kaum bapa tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membeli susu fomula.
  • Hubungan seksual lebih bermakna kerana penyusuan ibu merapatkan faraj. Ibu menyusukan tidak perlu memakan jamu untuk merapatkan faraj selepas bersalin.

Bagaimana kaum bapa boleh melibatkan diri dalam penyusuan susu ibu?
  • Bapa boleh memberikan bayi susu ibu melalui botol. Bayi juga akan menerima sentuhan kasih sayang (bonding) daripada bapa.
  • Urut isteri yang keletihan menyusukan anak dan sediakan secawan susu suam. Apabila suami buat sebegini pasti isteri gembira.
  • Belikan isteri makanan tambahan (supplemen) untuk kesihatan. Tidak perlu tunggu isteri mengadu kepenatan sebab menyusukan anak, mengurus hal rumahtangga dan berkerja memang sangat memenatkan. Isteri berkorban untuk suami juga jadi apa salahnya berikan hadiah yang bernilai kepadanya.


Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING


Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangis kelaparan menjadi igauan ngeri. Dalam hati memang nak sangat susukan anak sehingga 2 tahun. Tapi anak  baru 10 bulan susu dah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dilema ini banyak ditempuhi oleh ibu-ibu yang berkerjaya dimana kesibukan tugasan melanda dan tekanan di tempat kerja.

Disini saya kongsikan salah satu teknik untuk membanyakkan susu ibu. Teknik ini di panggil teknik power pumping. Teknik powerpumping dilakukan dengan cara:

Jika mengguna Single Pumping – Perah setiap sebelah payudara selama 10 minit selama 1 jam. Contoh: 10 minit sebelah kanan, apabila selesai tukar mengepam pula kepada payudara sebelah kiri 10 minit sehingga 1 jam.

Jika menggunakan Double Breastpump – Pam sehingga 10 minit, berehat 10 minit kemudian sambung balik sehingga 1 jam.

Teknik ini bertujuan untuk meransang kelenjar susu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Walaubagaimanapun tidak digalakkan di lakukan dalam masa yang lama seperti mengepam sehingga 20 minit kerana akan menyebabkan kelenjar susu rosak.

Teknik power pumping ini akan menunjukan kesan seawal mulai 5-6 hari dan ada yang hampir 2 minggu baru nampak kesan.Teknik ini sesuai dilakukan pada sewal pagi iaitu jam 2-3 pagi kerana pada waktu ini hormon prolaktin (hormon penyusuan) sedang meningkat. Walaubagaimanapun ibu-ibu masih boleh dilakukan ketika siang hari cuma kesannya agak lambat.Ibu-ibu haruslah bersabar ketika susu kurang. Kuatkan semangat dan banyakkan berdoa untuk menambah susu badan.

Antara amalan rohani untuk membanyakkan susu ibu ialah amalan Zikir Ya Matin. Lakukannya ketika waktu terluang ,waktu mengepam atau pada waktu menyusukan anak. Lakukan sebanyak mungkin atau 1000x kali. Doa untuk banyakkan susu ibu ialah:



Disamping mengamalkan teknik power pumping anda juga boleh mengambil supplemen tambahan bagi mengelakkan keletihan melampau iaitu Set Penyusan Shaklee. Antara Set Penyusuan Shaklee yang mengikut budget dan terbukti berkesan ialah:



 Insyallah saya akan terangkan satu persatu kebaikan Set Penyusuan Shaklee dalam Entry akan datang.

Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

KENAPA SUSU IBU BERBAU?


Bagi ibu-ibu yang berkerja penting untuk mengumpul stok beku susu ibu (EBM). Namun begitu selalunya susu EBM selalunya berbau seperi tengik dan bau muntah. Selamat ke susu ibu itu? Bagi pada bayi pun dia tidak mahu dan memuntahkannya kembali. 

Tahukan anda bau tengik yang terhasil daripada susu itu adalah daripada Enzyme Lipase . Lipase ini adalah enzim yang berfungsi untuk memecahkan/ menguraikan lemak yang terkandung di dalam susu itu untuk memudahkan proses pencernaan. Lagi lama susu itu dibekukan/disejukkan akan terbentuklah 2 lapisan lemak di dalam susu kita itu di mana ia bertindakbalas di dalam susu kita.

Adakah ia selamat?

Ya, ia selamat! Selagi susu ibu tidak berbau seperti santan masam dan rasa manis ia adalah SELAMAT. Anda semua tidak perlu risau. Cara untuk mengetahui stok EBM selamat atau tidak, anda perlu menghidu samda berbau masam atau tidak dan merasa susu itu samada manis atau tidak.

Tetapi anak saya menolak stok EBM beku, bagaimana penyelesainnya?

Anda boleh mencampurkannya dengan fresh milik (susu yang baru diperah) bagi mengurangkan rasa tengik itu. Pastikan suhu kedua-dua susu itu sama dan baru boleh campurkan. Anda boleh cairkan susu EBM dan letakkan stok susu EBM dan fresh milk di bahagian chilled peti sejuk selama sejam. Apabila susu sama, anda boleh mencampurkannya.

Kenapa perlu mencampurkannya ketika suhu sama?


Ia bagi mengelakkan penurunan suhu secara mendadak dan mengakibatkan bakteria baik dan khasiat-khasiat di dalam susu ibu musnah.

TANDEM NURSING



Apakah Tandem Nursing? Tandem Nursing adalah salah satu kaedah atau teknik untuk membanyakkan susu ibu. Ia dilakukan secara sebelah payudara bayi menyusu dan sebelah lagi mengepam. Teknik ini juga boleh diaplikasikan jika bersalin kembar.

Pada peringkat permulaan memang rasa agak kekok, yelah sebelah bayi dan sebelah lagi breastpump. Sudah tentu si bayi akan mengacau breastpump dan berasa pelik tetapi seperti biasa Practice Make Perfect! Memula memang agak janggal sedikit tetapi lama-lama nanti akan menjadi kebiasaan.

Tetapi jika bayi anda sentiasa mengacau dan rasa tidak selesa, anda boleh mengepam sebelah lagi payudara apabila bayi habis menyusu. Bayi sudah kenyang pasti tidak akan merengek lagi. Untuk menangani masalah breastpum yang bising (electric/ battery breastpump), anda boleh membalut motor breastpump dengan plastic bubble supaya dapat mengurangkan kebisingannya. Bunyi breastpum selalunya akan menarik perhatian bayi.

Antara kebaikan tandem nursing ialah:

  • Memperbanyakkan air susu ibu
  • Menyusu secara tandem akan mengurangkan rasa cemburu adik-beradik jika anda baru sahaja lepas melahirkan. Anak yang tua akan sayang dengan adiknya dan tiada istilah cemburu kerana masing-masing berkongsi bonding dengan ibu mereka.
  • Tandem nursing akan mengurang rasa bengkak payudara akibat susu banyak.
  • Anak-anak akan rapat dan saling menyayangi.
  • Tidak perlu risau samada susu cukup atau tidak untuk si kecil kerana asas penyusuan adalah 'demand and supply'. Selagi bayi menyusu selagi itu susu akan banyak.


Tips tandem nursing

  • Makan lebih banyak makanan yang berkhasiat dan tidak perlu berdiet kerana setiap kali menyusukan secara tandem nursing akan melibatkan pembakaran sehingga 1000 carbo. Pengambilan makanan tambahan juga sangat membantu.
  • Mencuba beberapa kaedah menyusukan seperti:


Cradle Hold 

  • Pegang kedua-duanya secara Cradle Hold

Footbal Hold

  • Pegang kedua-duanya secara Football Hold
  • Seorang secara Cradle Hold dan seorang lagi secara Football Hold
  • Cuba dan terus mencuba posisi yang anda dan bayi sesuai.


 Selamat mencuba!!

CABARAN AWAL DI DALAM MEMILIH PENYUSUAN SUSU IBU


Menyusukan anak sebenarnya tidak semudah yang difikirkan. Ramai ibu yang gagal dan kecundang dan proses menyusukan anak. Terdapat banyak rintangan yang perlu dilalui semata-mata ingin memberikan yang terbaik untuk si comel. Macam saya di awal-awal pemilihan untuk menyusukan anak, suami saya tidak menyokong penyusuan susu ibu. Katanya susu saya tidak berkualiti dan nampak cair, takut anak tak cukup zat. Memang sangat down masa ini. Walhal kita semua tahu Nabi Muhammad S.A.W menyusu dengan halimatussadiah sehingga 2 tahun lebih (di sunatkan 2 tahun sahaja). Mungkin beliau terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen yang mengembar-gemburkan tentang kehebatan susu formula.

Dalam hati ini, tuhan sahaja yang tahu. Saya mendapat cahaya mata lambat kerana masalah rahim terbalik. Jadi saya niatkan dalam hati, jika saya hamil dan melahirkan, saya nak susukan anak saya dengan susu saya sendiri. Alhamdulillah Allah perkenankan. Apabila suami saya reject untuk menyusukan anak perkara pertama yang saya buat ialah:

Berdoa kepada tuhan agar dibukakan pintu hati suami saya untuk mengizinkan saya menyusukan anak. Betapa hebatnya doa itu secara tiba-tiba kami termasuk ke kelas penyusuan ibu sedangkan sepatutnya kami perlu menghadiri kelas Dietition (kerana kencing manis ketika hamil). Maha suci Allah… Allah bukakan pintu hati suami saya untuk memberi keizinan menyusukan anak. Siap support belikan semua peralatan penyusuan dan breatpump yang memudahkan.

Dari segi mentua pula, tiada masalah sangat kerana mentua saya tidak kisah saya menyusukan anak susu ibu atau formula cuma beliau terkejut apabila saya beritahu saya masih menyusukan anak (kedua) sehingga sekarang (setahun 5 bulan). Tak sangka kot.. hehehe

Ibu saya pula masa anak pertama, memang sangat mencabar… yelah anak pertama mana ada pengalaman lagi.. orang tua-tua dulu kalau anak menangis je dikatakan lapar. Lalu di pujuknya saya berikan nestum/air kanji pada bayi itu walhal masa itu baru anak saya baru 4 hari. Allah! Saya keraskan hati dan cakap dengan emak saya, bayi saya tidak perlukan makanan lain selain susu ibu (very strict).. sampai nak gaduh pun ade… hehehe.. Tapi gaduh-gaduh manje la.. Akhirnya emak saya dah give up nak berikan susu formula/nestum. 

Sebenarnya bayi yang selalu menangis masa pantang hanya nakkan bonding si ibu sahaja. Manakan tidak 9 bulan 10 hari duduk nyaman di dalam Rahim ibu tetapi tiba-tiba dikelilingai keadaan yang menakutkan (sejuk, panas, bising).. Sudah tentulah dia perlukan pelukan seorang ibu (bonding).. Hanya penyusuan susu badan sahaja dapat menenangkannya.

Bagi ibu-ibu baru yang memilih untuk penyusuan susu ibu secara ekslusif seeloknya anda lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu terlebih dahulu kerana dugaan nak menyusukan anak ni maha dasyat. Disini saya kongsikan tips untuk menyakinkan orang terdekat  (suami, ibu sendiri, ibu mertua, ipar duai) supaya menyokong penyusuan ibu.

Berdoa – Berdoa semoga dibukakan pintu hati mereka mereka untuk meyokong penyususan susu ibu.

Cetak risalah-risalah tentang kebaikan susu ibu dan tunjukkan kepada mereka dan suruh meraka baca.

Selalulah bercerita tentang kebaikan susu ibu. Nyatakan niat murni anda untuk memberikan yang terbaik kepada cahaya mata sendiri.

Menghadiri bersama kelas atenatal yang menyokong penyusuan susu ibu. Disini akan di dedahkan kebaikan dan faedah menyusukan anak.


Ok. Ini sahaja perkongsian saya tentang cabaran awal menyusukan anak. Semoga anda semua berjaya… Ingat! Nak buat perkara baik pasti ada cabarannya. Gud luck!! 

Jumpa lagi di next entry ya!! Daaa…

CARA PENGENDALIAN STOK PERAHAN SUSU IBU SEMASA TRAVELLING


Sekarang ni nak dekat-dekat cuti sekolah ni mesti ramai yang nak balik kampung, bercuti bersama keluarga atau pun berpindah rumah. Stok perahan EBM (Express Breast Milk) masih banyak di dalam peti ais, takkan nak buang sayang tu. Disini saya kongsikan tips-tips pengendalian susu ibu semasa sedang travelling.

Anda perlu menyediakan:

  • Kotak polistrin/Coller Bag/ Thermos

  • Garam kasar

  • Milk liner (Autumn atau beberapa brand lagi)

  • Ais pack/ Ais

  • Tuala

  • Surat Khabar


Langkah 1:
Isikan susu ibu perahan di dalam Milik Liner bagi menjimatkan ruang, Tag tarikh dan waktu susu diperah pada milk liner tersebut.

Langkah 2:
Masukkkan susu perahan itu kedalam polistrin/coller bag secara berselang seli dengan garam dan ais/ais pack. Contoh: Letak Garam kasar, ais/ice pack terlebih dahulu, kemudian letak Stok Perahan EBM pada lapisan pertama, Ulangi langkah taburkan garam, ais/ice pack dan kemudian letak Stok Perahan EBM untuk lapisan kedua. Ulangi langkah diatas sehingga penuh.

Langkah 3:
Akhir sekali letakkan tuala basah dan surat khabar diatasnya supaya udara sejuk tidak keluar sepanjang perjalanan.

Cara ini insyallah selalunya tahan sehingga 8 jam perjalanan. Lebih banyak ais/ice pack dan garam yang digunakan lagi lama tahan sejuk. Saya telah menggunakan teknik ini semasa mambawa pulang Stok Perahan Susu Ibu ketika habis pantang dari Melaka ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah susu masih lagi dalam keadaan elok. Teknik ini juga boleh digunakan jika secara tiba-tiba blackout.

Bagi ibu yang berkursus pula yang tidak kurang dari 3-4 hari, anda tidak perlu membekukan stok perahan susu ibu tersebut dan lebih elok jika hanya mengekalkan sejuknya sahaja. Ini kerana susu yang telah dibekukan dan kemudian telah telah cair, ia perlu dihabiskan dalam masa 24 jam.


Semoga ibu-ibu semua berjaya!

Bayi menggigit semasa menyusu



Aduh, bayiku menggigit... Bagi paraibu yang menyusu badan inilah perkara yang paling ditakuti sehinggakan ada yang berputus asa untuk exclusive breastfeeding.. Sampai ada sesetengah ibu yang berdarah putingnya... bukan tujuan saya nak menakutkan anda semua tetapi itu lah hakikatnya.. bagi menyelesaikan masalah mommies semua, saya ada tips untuk menangani bayi yang suka menggigit. Antara tipnya ialah:


  • Picit hidung bayi tatkala dia menggigit. Biarkan bayi mencugap seketika. Lakukan berulang kali sehingga bayi berhenti/ memahami.
  • Jangan menjerit kerana bayi fikir anda sukanya. Ia ibarat mainan yang dipetik suisnya.
  • Jika bayi masih lagi menggigit, letakkanya ketepi dahulu setelah tenang baru susukan semula
  • Bagi anak yang lebih besar, berikan reaksi positif seperti pelukan atau ciuman kerana tidak menggigit.
  • Pastikan lekapan penyusuan adalh betul dan bukanna di hujung puting.
  • Letakkan jari kelingking bagi melonggarkan gigitannya
Cara memulihkan gigitan bayi ialah:
  • Sapu dengan air susu ibu
  • Sapu dengan minak zaitun
  • Menapu krim-krim tertentu (pastikan puting dibasuh terlebih dahulu)
Bersabarlah mommy-mommy semua kerana kita sedang menjalankan perintah Allah.. Anggaplah setiap gigitan bayi itu sebagai penghapus dosa kita. Capailah cita-cita mu untuk menyusukan bayi sehingga dua tahun.
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in