Showing posts with label Tempat makan yang sedap. Show all posts
Showing posts with label Tempat makan yang sedap. Show all posts

SEDAPNYA MAKAN PIZZA DI PIZZA VS SATAY, SUBANG JAYA

Assalamualaikum wbt. Hari ini kita cerita tentang makan pula ya. Lapar pula tengah-tengah malam ni bila teringatkan makanan. Sebenarnya saya pergi restoran ini minggu lepas. Dah jadi bahan kumbahan pun. Hehehe... Tetapi masih lagi nak cerita sebab masih terbayang kesedapannya itu. 

Hari itu saya ada kelas di HQ Shaklee di Sunway. Habis je kelas suami jemput terus pergi cari makan untuk makanan tengahari. Lepas makan boleh terus balik kampung. Jadi suami terus bawakan tempat yang dulu beliau selalu makan masa bujang-bujang dulu. Bila sampai sahaja di lokasi dia terkejut sebab restoran lama dah tiada digantikan dengan restoran baru iaitu Pizza VS Sate.

Pada awalnya memang tak nak makan kat situ pon sebab macam tiada orang sahaja lepas tu nampak nan hado je. Bila nengok kita restoran tak de orang mesti tanggapan restoran ini tak sedap kan tetapi apabila perut dah mula bernyanyi maka terpaksa lah redah je makan di situ. Masuk-masuk je restoran itu sekali nengok..... waaaaa.... ramainya. full house gitu. Rupanya derang pakai cermin gelap sebab tu tak nampak orang di dalam.



Konsep dekorasi restoran itu English Style. Memang cantik! Ala-ala Italiano pon ye gak. Tidak seperti luarannya. Macam biasa bila duduk je pelayan akan berikan menu untuk di pilih. Macam-macam ada! Bukan setakat makanan barat sahaja, makanan Malaysia pun ada juga seperti Nasi Lemak. Ye lah dah nama pun Pizza VS Satay kan..

Tetapi selera kami pada hari itu nak makan makanan barat lak. Jadi kami order Rib-Eye Steak, Pizza, Spaggeti Bolognese dan Sate. Servisnya juga cepat tetapi bagi orang yang tengah lapar macam saya memang rasa lambat la... hehehe... Meh sini kita layan beberapa gambar yang mengiurkan ini... hehehe...


Pizza ni memang terbaik! Sedap tau... tak sama macam kat Pizza H** dan Dom*** yang selalu kita makan tu. Boleh tangkap leleh la kalau makan. Cheese dan dohnya memang perfect!


Rib-Eye Steak ni pon sedap juga terutamanya kuahnya. Dagingnya agak liat sedikit tetapi masih boleh d kunyah


Spagetthi Bolognese ni pon sedap gak. Tidak terlalu masam. Just nice. Anak-anak suka betul makan ni.


Sate ni jika di lihat pada rupanya agak menawan kerana menggunakan pewarna merah. Kuah kacangnya juga sedap.

Yang terakhir but not least dah tentu airnya. Kang tak pasal-pasal makan tercekik. Hehehe..

Kalau bagi 5 bintang saya bagi 4.5 bintang. Lepas ni nak cuba spagethhi Carbonara pulak. Nampak sedap nengok orang sebelah makan. Kalau korang teringin nak makan-makan disini amat digalakkan sebab sedap... Restoran ini berada di Subang Jaya.

Pizza VS Satay
2 Jalan USJ 11/3j
47600 Subang Jaya, 
Selangor



TAUHU BAKAR TERBAIK DI PELABUHAN KLANG

Assalamualaikum wbt. Cuba angkat tangan siapa kat sini tak suka makan! Tiada manusia di dalam dunia ni tak suka makan, semuanya suka makan kecuali yang memang sakit dan tak de selera nak makan tu la. Hari ini saya nak bawakan tempat tauhu bakar dan rojak yang sedap di Pelabuhan Klang.


Sebenarnya saya mengenali pakcik yang menjual Tauhu Bakar ni sejak 4 tahun lepas setelah rakan sepejabat beritahu port baru tempat makan yang sedap. Beliau menjalankan perniagaan rojak buah dan tauhu bakar atas sokongan Lembaga Zakat Selangor. Macam mana saya boleh tau? Kerana beliau menggunakan lori yang di bekalkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Jadi kami gelarkan dia pakcik lori zakat untuk mudah mengenali beliau.


Pengalaman saya ketika mengandungkan anak yang kedua, secara tiba-tiba mengidamkan tauhu bakar pakcik ini. Hampir setiap petang saya cari dan tak jumpa. Ingatkan dah tutup tetapi rupanya saya cari tak kena hari yang beliau berniaga.. Akhirnya setelah anak saya berusia 2 tahun baru jumpa.. huhuhu

Untuk pengetahuan korang, setiap kali pergi ke tempat pakcik ni mesti ramai orang yang menunggu. Tapi saya salute la beliau sangat pantas melayan tempahan walaupun seorang diri. Cuma kenkadang tu bila dah ramai sangat orang dia memang minta pelanggan ambil sendiri. Hehehe... tetiba ada pelayan sambilan pula di sini.


Apa yang best sangat tauhu bakar dan rojak buah pakcik zakat ini ialah kuahnya! Memang melekat habis!... Ditambah pula taburan kacang yang meriah dan mendamaikan. Bila tauhu bakar masuk ke mulut memang terasa segala kenikmatannya itu. Rasa kacang, rasa kuah rojak dan rasa tauhu menjadi satu.Weeewwwit!!


Untuk pengetahuan korang pakcik zakat ni ada dari jam 12.30 tengahari sehingga 6.30 petang setiap hari Isnin hingga Khamis. Jumaat beliau cuti. Cara nak cari tempat pakcik ini ialah ia berada di berdekatan RHB Bank Pelabuhan Klang. Jika berada di traffic light bangunan pagawam Show Brothers lama arah dari Klang ambil ke kanan nampak RHB Bank belok ke kanan dan jalan terus. Di situ lah pakcik itu berada. Faham ke faham ni?

Kalau tak jumpa boleh la tanya orang di situ. Papepun korang wajib cuba tau!

MASAKAN INDONESIA DI WARONG LEKO

Siapa suka makan makanan Indonesia angkat tangan! Hehe.. Saya dulu sebenarnya tak minat langsung makanan Indonesia. Ye lah asyik pandang asam pedas dan masak lemak cili padi aje.
Dulu-dulu ingatkan ayam penyet tu ayam yang diketuk sampai penyet. Haha... rupa-rupannya ayam goreng yang dimakan bersama tempe, tauhu dan sayur.


Dalam banyak-banyak restoran Indonesia yang yang saya pernah pergi ada satu restoran Indonesia yang sedap iaitu Warong Lekò terletak di Pusat Perniagaan Sungai Buloh, Selangor. Memula terjumpa restoran ni sebab masa tu dah lambat balik dari Hospital jadi hanya restoran ni je lah yang menerima kami. Hehe..

Dekorasi nya boleh tahan cantik ala-ala warong dan disediakan perkhidmatan WiFi tapi kene minta password la. Anda menu yang hot di sini ialah Iga Hot Plate dan Pisang Goreng Cheese... Memang sedap! Jom layan beberapa keping gambar...


Menu makanan..


Ni IGA Hot Plate... Mantap!


Ayam penyet berserta Sup Otot.. Pasni laki ku terus boleh join angkat berat sebab dah makan otot.. hehe


Air dia memang meleleh.. Ni Fresh Orange, Apple Jus, Air Bandung Gembira..


Korang boleh je datang kat sini sebab tutup jam 10.30 malam.. rasanya ia buka setiap hari. Kat sini tak de lah sesak sangat... kira senang la nak dating dan makan bersama keluarga...

RESTORAN NASI ARAB - DIMA RESTAURANT

Semalam saya teringin nak makan nasi arab. Antara Restoran Nasi Arab yang menjadi kegemaran kami sekeluarga ialah Dima Restaurant. Restoran Nasi Arab - Dima Restaurant terletak di Oasis Square, Ara Damasara. Dima Restaurant mempunyai cawangan di MITC, Melaka, Bukit Beruang, Melaka, Cyberjaya dan terbaru di Oasis Square, Ara Damansara. Saya suka makan nasi arab sebab ia menggunakan beras wangi dan panjang-panjang. Anak-anak pun suka makan nasi kosing bergitu sahaja. Tambahan pula kawasan persekitan cantik dengan lampu neon dan air terjun. Disini terdapt juga Bar restaurant.



Antara makanan yang saya order ialah Nasi D'Zurbiyan, Banana Maskoob ( ini pencuci mulut campuran pisang, madu dan cream cheese.. sedap sangat!!) Kebab, Air Traffic Light dan Fresh Orange.




Nasi D'Zurbiyan dan Banana Maskoob




Set Kebab. Rasanya ia diberbuat daripada daging kambing. Rasanya seperti makan bebola kambing. sedap.. sedap..




Inilah air trafficlight. Lapisan pertama dari atas Rasberry, Mangga dan Avocado. Rasanya pun tidak muak sangat.



Senarai menu dan harga. Kita orang ambil portion small. Cukup je nasi 4 beranak. Lagipun ada tambahan set Kebab. Harganya juga berpatutan.

Dari segi reakreasi pula di situ ada air pancut jadi anak-anak pun suka nengok dan bermain disitu. Cantik bila malam. Kami duduk di luar aje.. Fresh air gituww!!





Tuuu dia!!! Dah mula posing..

Kalau korang nak teringin nak datang sini, ia terletak di kawasan bangunan Sime Darby lalu jalan ke Lapangan Terbang, Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Selangor mesti nampak dari tepi. 

RESTORAN PAK LEE CENDOL DI PELABUHAN KLANG

Susulan entry tempat makan yang paling sedap Pelabuhan Klang, kini saya dedahkan tempat cendol yang sodap! Korang boleh serbu time musim-musim panas ni.. Kalau time makan tengahari memang ramai. Untuk pengetahuan Pak Lee Cendol di buka sehingga petang sahaja. Malam tutup key.. Seba teringat masa tu mengidam nak akan Pak Lee Cendol sekali tutup daaa..... Pak Lee Cendol terletak dibangunan Giant Pelabuhan Klang berhadapan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang.

Set kurus Shaklee tempat makan sedap


Pelbagai menu yang dihidangkan seperti Mee Sup, Sup Daging, Lekor Cheese (nampak macam sedap sebab meja depan order), Mee kari dan macam-macam lagi. 

Antara menu kegemaran saya ialah Cendol Pulut. Manis dan masyukk.. Sambil tutup mata (nak ambil feel kengkonon). Meh layan sat gambar..

Set Kurus Shaklee tempat makan paling sedap

Saya order Set Nasi + Sup Daging + Telur. Sup dia mantap.. Tetapi kadang-kadang fail sebab masin.. Hari ini sedap pulak.. hehe. Tengah makan baru teringat nak ambil gambar. Keropok ikan pon sedap sebab ia diperbuat dari ikan parang. Yang tu tak sempat nak ambil gambar. Hehehe...


Sila jangan meleleh air liur tu ye...

TEMPAT MAKAN YANG SEDAP DI PELABUHAN KLANG

Untuk korang yang ingin pergi ke Pelabuhan Klang samada berjalan-jalan atau urusan kerja, terdapat pelbagai makanan yang sedap ada di Pelabuhan Klang. Kebanyakkan restoran yang sedap di Pelabuhan Klang ialah berasaskan mamak dan makanan laut: 

Tempat makan yang paling sedap


  • Uncle berjualan pada hari Jumaat di hadapan Masjid Jamek Samadiah. Dia ini tiada restoran tetapi hanya menjaja. Nasi Briyani dia memang sedap tahap gaban. Setiap kali hari Jumaat je mesti teringatkan dia. Ada pelbagai Nasi Briyani iaitu lauk kari kambing, kari ikan, kari ayam, masak kurma dan pelbagai lagi. Kari dia memang mabeles.
  • Asam pedas Melaka, Pelabuhan Klang - Selaku orang Melaka, asam pedas dekat restoran ini agak sedap (opkos masakan mak lagi sedap). Saya selalu makan di sini ambil asam pedas daging tetel. Memang terangkat. Macam-macam ada dan semuanya masakan kampung. Ia mempunyai cawangan di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.
  • Mee Berahim - Restoran ini telah berada di Pelabuhan Klang hampir 30 tahun. Keenakkan mee nya memang sangat menawan kalbu. Ia juga resepi turun temurun.
  • Restoran Hajra - Restoran ini adalah restoran mamak tetapi mempunyai pelbagai lauk melayu seperti ulaman. Boleh pilih lauk kampung ke atau lauk mamak.
  • Rahmat Tan - Restoran ini di asaskan oleh seorang mualaf cina. Makanannya juga sedap. Terdapat kelengkapan WiFi. Tetapi dari segi kebersihan agak kureng dan pernah diberi notis tutup gerai sebab kotor. 
  • Restoran deSelat - Tidak pernah pergi tapi kawan-kawan cakap ok jer
Ok  tak? Kalau korang ada tempat makan yang sedap boleh komen kat bawah!
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in