Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts

RESTORAN MAKANAN BARAT YANG HALAL DI BIG PLATE, SHAH ALAM AKAN MEMBUATKAN KORANG MEROYAN

Tercari-cari restoran makanan barat yang halal dan sedap? Meh saya cadangkan kat korang satu restoran Western Food yang boleh tahan sedap kitaorang sekeluarga selalu pergi. Restorannya ialah Restoran Big Plate di Subang Permai, Shah Alam. Berdekatan dengan tarffic light area kedai mama kitchen. Restoran Big Plate ni dibuka pada setiap hari kecuali hari Ahad.

makanan barat yang halal

Tetapi kalau korang nak makan kat sini agak memerlukan kesabaran yang tinggi sebab masa menunggu untuk order sampai ialah setengah jam. Kalau tengah lapar tahap gaban di harap korang makan mende-mende ringan dulu. Kang tak pepasal naik angin sebab order lambat sampai.. Hehe.. 


Dulu masa mengandungkan anak yang pertama, mengidam sangat nak makan kat restoran ni Speghetti Carbonara. Tapi tak boleh masuk tekak. Yelah tekak orang mengandung ni lain macam sikit. Makan sesudu dua aje. Sekarang dah ok so bedal semacam je lah. Jom layan beberapa keping gambar..

  








Dapatkan produk kesihatan berkaitan Kesuburan, menyusukan anak, berpantang, hamil, kanak-kanak secara COD di area Kampung Melayu Subang, Subang Bestari, Kota Damansara, Sungai Buloh. Hubungi saya di:


MASAKAN INDONESIA DI WARONG LEKO

Siapa suka makan makanan Indonesia angkat tangan! Hehe.. Saya dulu sebenarnya tak minat langsung makanan Indonesia. Ye lah asyik pandang asam pedas dan masak lemak cili padi aje.
Dulu-dulu ingatkan ayam penyet tu ayam yang diketuk sampai penyet. Haha... rupa-rupannya ayam goreng yang dimakan bersama tempe, tauhu dan sayur.


Dalam banyak-banyak restoran Indonesia yang yang saya pernah pergi ada satu restoran Indonesia yang sedap iaitu Warong Lekò terletak di Pusat Perniagaan Sungai Buloh, Selangor. Memula terjumpa restoran ni sebab masa tu dah lambat balik dari Hospital jadi hanya restoran ni je lah yang menerima kami. Hehe..

Dekorasi nya boleh tahan cantik ala-ala warong dan disediakan perkhidmatan WiFi tapi kene minta password la. Anda menu yang hot di sini ialah Iga Hot Plate dan Pisang Goreng Cheese... Memang sedap! Jom layan beberapa keping gambar...


Menu makanan..


Ni IGA Hot Plate... Mantap!


Ayam penyet berserta Sup Otot.. Pasni laki ku terus boleh join angkat berat sebab dah makan otot.. hehe


Air dia memang meleleh.. Ni Fresh Orange, Apple Jus, Air Bandung Gembira..


Korang boleh je datang kat sini sebab tutup jam 10.30 malam.. rasanya ia buka setiap hari. Kat sini tak de lah sesak sangat... kira senang la nak dating dan makan bersama keluarga...

RESTORAN NASI ARAB - DIMA RESTAURANT

Semalam saya teringin nak makan nasi arab. Antara Restoran Nasi Arab yang menjadi kegemaran kami sekeluarga ialah Dima Restaurant. Restoran Nasi Arab - Dima Restaurant terletak di Oasis Square, Ara Damasara. Dima Restaurant mempunyai cawangan di MITC, Melaka, Bukit Beruang, Melaka, Cyberjaya dan terbaru di Oasis Square, Ara Damansara. Saya suka makan nasi arab sebab ia menggunakan beras wangi dan panjang-panjang. Anak-anak pun suka makan nasi kosing bergitu sahaja. Tambahan pula kawasan persekitan cantik dengan lampu neon dan air terjun. Disini terdapt juga Bar restaurant.



Antara makanan yang saya order ialah Nasi D'Zurbiyan, Banana Maskoob ( ini pencuci mulut campuran pisang, madu dan cream cheese.. sedap sangat!!) Kebab, Air Traffic Light dan Fresh Orange.




Nasi D'Zurbiyan dan Banana Maskoob




Set Kebab. Rasanya ia diberbuat daripada daging kambing. Rasanya seperti makan bebola kambing. sedap.. sedap..




Inilah air trafficlight. Lapisan pertama dari atas Rasberry, Mangga dan Avocado. Rasanya pun tidak muak sangat.



Senarai menu dan harga. Kita orang ambil portion small. Cukup je nasi 4 beranak. Lagipun ada tambahan set Kebab. Harganya juga berpatutan.

Dari segi reakreasi pula di situ ada air pancut jadi anak-anak pun suka nengok dan bermain disitu. Cantik bila malam. Kami duduk di luar aje.. Fresh air gituww!!





Tuuu dia!!! Dah mula posing..

Kalau korang nak teringin nak datang sini, ia terletak di kawasan bangunan Sime Darby lalu jalan ke Lapangan Terbang, Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Selangor mesti nampak dari tepi. 

TEMPAT MAKAN YANG SEDAP DI PELABUHAN KLANG

Untuk korang yang ingin pergi ke Pelabuhan Klang samada berjalan-jalan atau urusan kerja, terdapat pelbagai makanan yang sedap ada di Pelabuhan Klang. Kebanyakkan restoran yang sedap di Pelabuhan Klang ialah berasaskan mamak dan makanan laut: 

Tempat makan yang paling sedap


  • Uncle berjualan pada hari Jumaat di hadapan Masjid Jamek Samadiah. Dia ini tiada restoran tetapi hanya menjaja. Nasi Briyani dia memang sedap tahap gaban. Setiap kali hari Jumaat je mesti teringatkan dia. Ada pelbagai Nasi Briyani iaitu lauk kari kambing, kari ikan, kari ayam, masak kurma dan pelbagai lagi. Kari dia memang mabeles.
  • Asam pedas Melaka, Pelabuhan Klang - Selaku orang Melaka, asam pedas dekat restoran ini agak sedap (opkos masakan mak lagi sedap). Saya selalu makan di sini ambil asam pedas daging tetel. Memang terangkat. Macam-macam ada dan semuanya masakan kampung. Ia mempunyai cawangan di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.
  • Mee Berahim - Restoran ini telah berada di Pelabuhan Klang hampir 30 tahun. Keenakkan mee nya memang sangat menawan kalbu. Ia juga resepi turun temurun.
  • Restoran Hajra - Restoran ini adalah restoran mamak tetapi mempunyai pelbagai lauk melayu seperti ulaman. Boleh pilih lauk kampung ke atau lauk mamak.
  • Rahmat Tan - Restoran ini di asaskan oleh seorang mualaf cina. Makanannya juga sedap. Terdapat kelengkapan WiFi. Tetapi dari segi kebersihan agak kureng dan pernah diberi notis tutup gerai sebab kotor. 
  • Restoran deSelat - Tidak pernah pergi tapi kawan-kawan cakap ok jer
Ok  tak? Kalau korang ada tempat makan yang sedap boleh komen kat bawah!
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in