Showing posts with label pemerisaaan kehamilan. Show all posts
Showing posts with label pemerisaaan kehamilan. Show all posts

BETULKAH KEPUTUSAN UJIAN KEHAMILAN HOMEMADE BOLEH DI PERCAYAI?

Assalamualaikum w.b.t. Selamat pagi... Hari ini saya nak cerita bab ujian kehamilan yang isteri-isteri yang lewat datang period suka buat terutamanya jika sedang menantikan kehadiran cahaya mata. Harga pregnancy test di pasaran agak mahal dan yang paling murah yang saya pernah jumpa RM 2.00. Yang paling mahal sekitar 36.00 keatas. Kit ujian kehamilan yang mahal sikit ini boleh mengesan hormon kehamilan walaupun belum sampai waktu haid lagi. Kiranya sebelum datang period kita boleh tahu kita mengandung tak. Kit ujiaan kehamilan seperti ini membantu jika wanita tersebut terlibat dengan aktiviti lasak atau dah memang dah tak sabar lagi menunggu period datang. hehehe..


Ada bermacam-macam cara ujian kehamilan buat sendiri di rumah seperti dengan menggunakan bahan peluntur (Clorox), ubat gigi dan cuka. Setakat ini kebenarannya masih di pertikaikan kerana ada ibu mengandung yang buat tetapi tetapi tidak menjadi iaitu hormon kehamilannya tidak dapat dikesan.

Bagaimana hendak tahu sama mengandung atau tidak jika buat ujian kehamilan homemade?


  • Bahan peluntur - Campurkan air kencing pertama pagi hari dengan sedikit bahan peluntur. Jika berbuih banyak maknanya mengandung, jika tidak hasilnya negatif.
  • Cuka - Campurkan air kencing pertama pagi hari dengan sedikit cuka. Jika warna air kencing bertukar menjadi semakin gelap maknanya mengandung, jika warnanya semakin memudar hasilnya negatif.
  • Ubat gigi - Campurkan air kencing pertama pagi hari dengan sedikit ubat gigi. Jika berbuih banyak maknanya mengandung, jika tidak hasilnya negatif. Kacau ya air kencing itu dengan ubat gigi.
  • Walaubagaimanapun kebenarannya masih lagi di pertikaikan tetapi kalau nak cuba apa salahnya boleh juga cuba suka-suka. Ada yang buat menjadi. Disini saya lampirkan video keberkesanan ujian kehamilan homemode ini dengan kit ujian kehamilan untuk tatapan korang.



Walauapapun jangan lah letakkan harapan setinggi gunung jika tidak merana diri. Untuk ujian yang lebih tepat silalah beli kit ujian kehamilan untuk keputusan yang sebenar.

Klik disini untuk membaca artikel:
Waktu yang paling sesuai untuk membuat ujian kehamilan
Cara cepat hamil untuk pasangan yang dah lama berkahwin
Punca keguguran ibu mengandung
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in