TIPS MENGEKALKAN PENGELUARAN SUSU IBU

Pengeluaran susu ibu ada pasang surutnya. Ada masa banyak, ada masa sedikit. Selalunya ibu dalam pantang mempunyai susu ibu yang banyak kerana pada waktu ini hormon prolaktin (hormon penyusuan) sangat tinggi dan badan masih belum pandai untuk menyeimbangkan hormon ini. Apabila bayi hampir ke 2 bulan barulah badan pandai menyeimbangkan hormon prolaktin. Sebab itu, ramai para ibu mengeluh kerana susu ibu sikit bila habis pantang.

Saya dulu masa menyusukan anak yang pertama juga macam tu sebab tidak faham rupanya semasa berpantang kena pam susu untuk mengekalkan momentum penghasilan susu ibu! Jadi apakah penyelesaiannya? Antara tips yang saya akan kongsikan untuk panduan ibu-ibu untuk mengekalkan kuantiti susu ibu yang saya amalkan ialah:

  • Breastpump yang efektif
Pam yang berkualiti sangat membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan proses pengepaman. Pam heavy duty sangat diperlukan untuk proses pengepaman yang kerap. Selalunya pam yang kurang berkualiti akan menyebabkan payudara sakit dan akan membantutkan pengeluaran susu ibu. Pam yang bagus ialah pam yang tidak menyakitkan!

  • Ketetapan masa mengepam
Ketetapan waktu mengepam sama penting dengan kekerapan mengepam kerana tanpa waktu yang tetap badan akan konfius dengan signal yang diberikan.Tentukan masa-masa yang tetap untuk mengepam setiap hari. Jika mengepam susu secara tidak teratur, anda akan merasa susu seperti ada pertambahan. Sebagai contoh, pagi ini anda pam jam 7 pagi esoknya anda pam jam 10 pagi. Payudara akan membengkak dan akan menghantar signal pada otak yang susu dah cukup. Jadi pada hari berikutnya susu akan sedikit pada jam 7 pagi dan semakin merudum. Pengepaman masa yang teratur sepatutnya dilakukan sebanyak 5-8 kali. Lakukan pada waktu yang sama setiap hari. 

  • Buat jadual pengepaman susu ibu yang sistematik  
Buat jadual untuk memudahkan proses mengepam. Lakukan seperti bayi menyusu setiap 2-3 jam sekali. Dengan jadual penyusuan ibu, ibu akan lebih berdisiplin lagi. Zaman sekarang teknologi semakin canggih, terdapat beberapa perisian di dalam iTune atau Play Store tentang jadual penyusuan ibu.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in