BAHAYA DEMAM PANAS KEPADA KANAK-KANAK

Anak kecil jika demam panas mesti ibu bapa tak senang duduk. Risau jadi apa-apa pada anak. Teringat masa anak pertama, sanggup bawa Jasmine ke Hospital jam 4 pagi sebab suhu dah mencecah 39.5° celcius. Dia dah macam tak bermaya. Masa tu dia 7 bulan. Memang menakutkan.


Jadi bila anak dah 2 orang ni, kene la expert bila anak-anak sakit. Antara tips-tips yang saya amalkan dan hasil nasihat turun temurun yang saya praktikkan ialah:

Jerlum anak dengan air asam jawa - untuk turunkan panas badan

Jerlum anak dengan air kelapa - untuk turunkan panas badan.

Jerlumkan anak dengan air bunga raya - untuk turunkan panas badan anak.

Pakaikan baju berlubang - untuk mengeluarkan bahang panas

Elakkan memakai stokin, selimut dan baju lengan panjang.

Mandikan anak dengan air sejuk.

Masukkan ubat bontot - ubat bontot digunakan untuk menurunkan panas dengan cepat.

Berikan paracetamol atas nasihat doktor.

Letakkan tuala basah di dahi dan pelipat kaki dan tangan.

Berikan air kelapa yang dicampur dengan secubit garam kerana air kelapa bersifat antibiotik.

Berikan air masak untuk bayi lebih 6 bulan.

Berikan Nutriferon dan Performance Drink untuk kekal terhidrat dan dan meningkat sistem ketahanan 

* Jerlum= sapukan keseluruh badan

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in