CARA MEMUJUK BAYI NURSING STRIKE

Ibu menyusukan anak pasti runsing hendak meninggalkan bayi jika pergi berkursus berada di luar kawasan. Selain hendak menguruskan stok susu EBM, ibu menyusukan anak juga perlu bersedia untuk menghadapi keadaan Nursing -Strike iaitu keadaan bayi menolak untuk disusukan. Apakah Nursing Strike? Nursing Strike ialah penolakkan bayi menyusu badan.

Bayi menolak menyusu badan


Punca-punca Nursing Strike ialah:
  • Mastitis - Susu ibu berkurangan setelah demam atau jangkitan kuman dan kandungan garam tinggi di dalam badan menjadikan susu sedikit masin.
  • Theeting - Proses pertumbahan gigi. Ada bayi yang menyusu kerap dan ada juga yang tidak mahu menyusu langsung. Zafri pada waktu ini di memang suka sangat menggigit.
  • Masalah kesihatan - Bayi yang demam, sakit tekak, hidung tersumbat dan sakit telinga juga boleh menganggu penyusuan. Anda boleh menyusukan bayi dalam keadaan footbal atau duduk.
  • Diganggu adik beradik lain ketika menyusu
  • Berpindah ditempat baru
  • Ibu berjauhan lama dengan bayi
  • Ibu over react ketika bayi menggigit puting.


Bagaimana hendak memujuk bayi yang mengalami Nursing Strike:
  • Bayi mungkin tidak mahu menyusu kerana aliran susu terlalu laju. Ibu-ibu boleh perahkan terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi agar aliran susu berada dalam keadaan yang baik dan puting lebih panjang.
  • Kerapkan menyusu. Susukan bayi sebelum bayi terlalu lapar atau sebelum bayi menangis.
  • Susukan bayi dalam keadaan bayi mengantuk atau baru terjaga dari tidur.
  • Cari tempat menyusu yang lebih sesuai, tanpa gangguan, bilik yang sunyi dan malap.
  • Susukan dalam keadaan bergerak seperti berjalan, berendoi dan mengenjut.
  • Lakukan sentuhan kulit ke kulit sekerap yang mungkin.
  • Latih bayi menghisap jari telunjuk atau jari kelingking untuk melatih bayi menjatuhkan lidah sebelum menyusu.
  • Jika bayi tidak mahu menyusu kerana aliran susu perlahan, pastikan ibu tidak memerah sebelum menyusukan.
  • Sekiranya bayi membuat ragam ketika ibu memujuk, berhenti dulu dan tenangkan bayi, cuba lagi sehingga berjaya.
Biasanya tempoh ini tidak akan lama (bergantung pada bayi). Ibu-ibu juga perlu memerah susu seperti biasa untu mengelakkan susu ibu berkurangan. Penggunaan botol perlu dielakkan. Ibu-ibu boleh mencuba menggunakan picagari, sudu atau cawan. Ini bagi bertujuan mengelakkan bayi keliru puting. Jika terdesakl, guna pusting yang lambat aliran keluarnya.

Selamat mencuba!!

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in